CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Boikot Mcdonald'S Jumaat Ini?

6-8-2014 11:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 97480| Komen: 1605

Boikot McDonald's Jumaat ini?





SHAH ALAM – Setelah beberapa siri bantahan dilakukan rakyat di negara ini terhadap produk yang dikatakan menyumbang kepada rejim Israel, kempen itu nampaknya semakin diperhebat dari hari ke hari.

Melalui satu pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial,  orang ramai diajak memboikot McDonald's bermula Jumaat ini di seluruh negara.

Tiada maklumat setakat ini siapakah penganjur kepada kempen tersebut.

“Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McDonald's bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin,” tulis pesanan itu.

Pemerhatian Sinar Harian Online mendapati rata-rata pengguna yang berkongsi perkara tersebut di laman sosial masing-masing menyokong kempen berkenaan.






12

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
19

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupaiterbang 5-8-2014 02:12 PM
kepada yang boikot mekdi ni teruskan boikot..
kito toksah pedulik suare2 yg membantah usahe
boikot ning.
Biorlah derang nk kato apa pung janji depa pueh ati kan..
Boikot Tetapppp Boikot!!!






















Last edited by tupaiterbang on 8-8-2014 12:18 AM

Quote akakmasihvogue 5-8-2014 02:14 PM
harap akan ada pengganti MCD yang lebih mulia...
Quote GalileO 5-8-2014 02:16 PM
kenape mcd je...bukan kah filem 2x holywood didominasi oleh yahudi tak di boikot sama  penuh je wayang...
Quote shernazz 5-8-2014 02:17 PM
Sekering jiwa ente lahhh
Quote kakikuDibibirmu 5-8-2014 02:17 PM
sampai bila-bila pun akak takkan boikot GCB.

nak harapkan mulayu, buat jarum pun tak reti
Quote tupaiterbang 5-8-2014 02:17 PM
GalileO posted on 5-8-2014 02:16 PM
kenape mcd je...bukan kah filem 2x holywood didominasi oleh yahudi tak di boikot sama  penuh je waya ...

Siapa kata BOIKOT TIDAK EFEKTIF?

Saya tidak pandai dan kurang faham politik. Sebab itu di facebook saya tak pernah pun menulis apa2 perihal politik. Tetapi, saya amat tahu dan faham mengenai perniagaan melalui pengalaman 14 tahun dalam bidang perniagaan dan juga konsultan/speaker kepada beberapa perniagaan besar dalam dan luar negara.

Izinkan saya mengambil masa 2 minit daripada anda untuk jelaskan bagaimana usaha boikot perniagaan-perniagaan yang membantu Zionis telah memberi impak teruk kepada mereka dan apa yang kita sebagai pejuang Islam perlu lakukan untuk terus membantu.

Baru-baru ini, dilaporkan, dua jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot, iaitu syarikat Coca Cola dan juga Mc Donalds. CNN melaporkan (satu lagi yang perlu boikot), kejatuhan nilai dua perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memboikot dua syarikat tersebut.

Di sini, perlu saya fahamkan anda, apa yang terjadi.

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi. Inilah yang terjadi pada dua syarikat Coca Cola dan McDonalds.

Hakikatnya, boikot produk-produk Israel (Coke dan McD bukan produk Israel) dan juga produk yang menyokong Israel (Coke dan McD tergolong dalam yang ini), telah bermula bertahun-tahun lamanya. Sejak 2009, beberapa pasaraya besar Eropah telah mula menghentikan pengambilan stok produk-produk Israel.

Cuma sejak kebelakangan ini, isu boikot telah menjadi tumpuan pengguna dan orang ramai oleh kerana penyebaran mesej boikot melalui media sosial seperti Facbook ini.

Negara seperti Turki baru-baru ini telah menghentikan pengambilan Coca Cola untuk rak-rak kedai/pasaraya. Begitu juga hotel-hotel di India telah mula menghenti pengambilan Coca Cola di premis mereka. Pelanggan di restoran francais McDonald juga terdapat pengurangan. Mungkin dilihat tidak banyak, tetapi seperti yang dikatakan, pengurangan untung 10% akan memberi impak kepada organisasi.

Di Malaysia Persatuan Pengguna-Pengguna Islam telah menekankan 4 produk yang perlu di boikot, iaitu McDonalds, Coca Cola, Starbucks dan Colgate. Walaupun banyak lagi produk yang membantu Zionis, 4 ini diberi penekanan untuk boikot secara strategik.

Adakah dengan boikot perniagaan seperti Coca Cola, Mc Donalds, Colgate, Starbucks dan lain-lain akan menghentikan peperangan Gaza?

Jawapannya mungkin tidak. Wallahualam.

Tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zionist. Usaha boikot menjatuhkan nilai mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan-insan perihatin. Usaha boikot akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zionis dalam membantu mereka.

Dan inilah yang terjadi kini. Alhamudlillah, kemenangan kepada kita.

Sememangnya, untuk lakukan boikot 100% diakui adalah agak sukar. Mungkin anda sedang membaca nukilan saya ini menggunakan PC yang dikuasai Pentium? Atau di pejabat anda menjalankan tugas menggunakan Pentium? Intel juga adalah antara penyumbang terbesar Zionis. Mungkin juga antara sahabat atau keluarga kita masih merokok? Masih minum Milo? masih makan Maggie? Juga memyumbang ke arah Zionis.

Tetapi, sekiranya tidak boleh 100%, kurangkanlah 50%. Sekiranya tidak mampu 50%, kurangkan lah 10%. Ingat, kejatuhan keuntungan perniagaan dan jenama besar 10% akan memberi impak kerugian yang besar kepada organisasi tersebut.

Sekurang-kurangnya, usaha meninggalkan produk yang membantu Zionis yang sedikit itu, mampu memberi penangan yang besar kepada syarikat-syarikat yang membantu Zionis dan menjauhkan hubungan syarikat-syarikat lain dikaitkan dengan mereka seperti banyak syarikat kini.

Dan walaupun mungkin Zionist melihat kemenangan mereka dalam membunuh beribu rakyat, kanak-kanak dan ibu palestine serta mengambil tanah mereka, ia merupakan kemenangan yang kosong yang tidak mendapat restu dan dikeji satu dunia melalui usaha boikot kita.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz saya satu ketika dulu di zaman Nabi Ibrahim, yang dibakar oleh kaumnya. Seekor burung cuba memadam api tersebut menggunakan air yang dikendong di dalam paruhnya berulang alik. Walaupun gagal memadamkan api tersebut, tetapi apabila ditanya, jawabnya, ia berusaha juga - walaupun sedikit demi Islam.

-Irfan Khairi, Kuala Lumpur
Last edited by tupaiterbang on 8-8-2014 12:19 AM

Quote kakikuDibibirmu 5-8-2014 02:18 PM
double GCB to be exact, nyum nyum nyum
Quote prettyuglybabe 5-8-2014 02:19 PM
sibuk la mek delivery nanti
Quote d'zeck 5-8-2014 02:19 PM
betapa besarnya kuasa beli muslim
berdasarkan volume

asas ini perlu disedari
Quote tupaiterbang 5-8-2014 02:20 PM


Last edited by tupaiterbang on 6-8-2014 01:35 AM

Quote cmf_rambutan 5-8-2014 02:21 PM
prettyuglybabe posted on 5-8-2014 02:19 PM
sibuk la mek delivery nanti

klu jiran ko amik gambo masuk fb siaplah ko....
Quote kakikuDibibirmu 5-8-2014 02:22 PM
tupaiterbang posted on 5-8-2014 02:20 PM
dalam apa jua perjuangan, mesti ada haluan kiri, sabor jelah

kalau KFC pulak, akak tak sanggup nak boikot cheesy wedges, nyum nyum nyum
Quote Madel 5-8-2014 02:22 PM
Aku mmg dah lama tak mencekik Mcd..aku lgi suka Marrybrown
Pikir balik pasal boikot2 ni..dlm pada kita memboikot ni..kita ada terfikir tak yg kebanyakan pekerja McD ni org2 melayu Islam..mereka ni mebawa rezeki pada keluarga

Kesian aku lebih pada pekerja2 ni..nanti derang tak dapat bonus, tak dpt naik gaji
Quote prettyuglybabe 5-8-2014 02:23 PM
cmf_rambutan posted on 5-8-2014 02:21 PM
klu jiran ko amik gambo masuk fb siaplah ko....

aku memang tak makan dah mekdi.. jemu
Quote GalileO 5-8-2014 02:25 PM
tupaiterbang posted on 5-8-2014 02:17 PM
selangkah kita boikot mekdi ni, maka berlangkah2 yang lain kita boikot jugak..kayuh pelan2

selangkah bendanya kita berpaling ke belakang...benda tu lagi senang nak boikot...depa dah kaut untung beratus juta dalam satu filem....ada berpuluh filem dalam setahun....


Quote makkenits 5-8-2014 02:28 PM
tadi member bgtau mekdi nak buat sedekah burger n air ke masjid2 jumaat ni.. mau ramai je yg rajin pi masjid jumaat ni..
Quote Bell 5-8-2014 02:31 PM
Vincent Tan sure tgh atur strategi rebranding McD.
Quote pumpkingirl 5-8-2014 02:33 PM
Lama tak minum mekdi mc cafe latte
Quote tupaiterbang 5-8-2014 02:36 PM
GalileO posted on 5-8-2014 02:25 PM
selangkah bendanya kita berpaling ke belakang...benda tu lagi senang nak boikot...depa dah kaut un ...

Xpe..ada pasukan lanun dvd gan geng torrent tu kira macam hamas la jgk Iz-Toren Al-Massam ,
burger paling kuat pun ramly gan burger bakar abang burn

Lihat semua komen(1605)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.419796 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top