CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuih Telur Kobis Jadi Idaman-Sanggup Berhenti Kerja

5-8-2014 02:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15660| Komen: 86


Wan Zaleha (kanan) menunjukkan cara membuat kuih telor kubis.

KUALA TERENGGANU – Seorang eksekutif kewangan di sebuah syarikat swasta sanggup berhenti kerja dengan gaji empat angka setelah melihat potensi dan kejayaan dalam bidang perniagaan makanan bermula sejak tiga tahun lalu.

Wan Zaleha Wan Muda, 40, memilih untuk menjual kuih telor kobis secara sepenuh masa.

Mungkin bagi sesetengah orang nama kuih yang bentuknya seakan-akan martabak itu agak pelik dan mungkin mengelirukan orang ramai, namun kuih itu dipercayai menjadi kegemaran kerabat diraja Terengganu suatu ketika dahulu.

Wan Zaleha berkata, disebabkan kuih tersebut tidak popular berbanding kuih tradisional Terengganu yang lain, ia telah memberikan ilham kepadanya untuk mengkormesialkan resipi yang diwarisi daripada ibunya itu kepada umum.

Usaha ibu kepada dua anak berusia antara 10 hingga 12 tahun itu nyata tidak sia-sia apabila dia kini mampu menjana pendapatan yang agak lumayan dengan hanya menjual kuih berkenaan di kedai, selain turut menerima tempahan.

“Sebelum ini, kesibukan bekerja menyekat saya untuk mengambil tempahan kuih telor kobis dalam kuantiti yang agak besar. Setelah melihatkan perniagaan ini boleh pergi jauh, saya nekad mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

“Dengan hanya bermodalkan RM35 saya mampu mendapat pulangan sekali ganda pada hari pertama membuatnya. Saya begitu teruja dan yakin perniagaan ini dapat pergi jauh dan mengambil keputusan melakukannya dengan serius,” kata anak jati Seberang Takir itu.

Wan Zaleha berkata, pada hari biasa dia mampu menghabiskan antara lima hingga enam kilogram tepung di mana sekilogram tepung dapat menghasilkan 15 biji kuih telor kobis.

“Pada Ramadan lalu pula, jualan meningkat dan kami tidak menang tangan untuk menyiapkan tempatan dengan menggunakan kira-kira 15 hingga 20 kilo tepung,” katanya yang turut dibantu adiknya (Wan Azizah Kamaliah Wan Muda, 30).

Cara agak rumit

Menjelaskan proses penghasilan kuih telor kobis, Wan Zaleha menyatakan caranya agak rumit kerana memerlukan adunan tepung yang dibuat secara sangat teliti agar tidak ditembusi minyak.

Manakala untuk membuat intinya pula katanya, dia perlu menggunakan isi ikan segar dalam kuantiti yang agak banyak dan kobis pula perlu dihiris halus-halus sebelum dapat dijual secara sejuk beku dengan harga RM3 sebiji.

Wan Zaleha berkata, dia kini menyasarkan untuk menjadi pengeluar utama produk itu suatu hari nanti dan kini sedang mencari tempat yang sesuai bagi membina kilang untuk menjadi pengeluar kuih telor kobis di negeri ini.

“Untuk mencapai hasrat itu, saya memerlukan modal yang mencukupi. Sebelum ini, saya pernah mendapat bimbingan dan bantuan modal daripada Mardi sebanyak RM10,000 untuk membeli mesin.

“Oleh itu, dalam usaha mengembangkan perniagaan yang baru bertapak ini saya mengharapkan agensi-agensi berkaitan sudi memberikan bantuan dalam bentuk modal mahupun bimbingan kepada kami,” katanya.

Menurut Wan Zaleha, melihat kepada permintaan jualan kuih telor kobis yang mendapat tempat di kalangan penduduk setempat, membuatkan suaminya juga nekad membantu secara sepenuh masa di kedai miliknya di sini.

Sementara itu, suaminya, Che Engku Ahmad Muazzam, 40, yang pada mulanya tidak yakin dengan keputusan isterinya itu, turut mengambil keputusan berhenti kerja sebagai penyelenggara pendingin hawa untuk membantu isterinya secara sepenuh masa.

Che Engku juga menyifatkan keputusan yang mereka buat iaitu berhenti kerja nyata berbaloi dan kini sedang merancang secara bersama untuk melebarkan sayap perniagaan dengan hasrat menjadikan perniagaan mereka dikenali di negeri ini.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavasyawal 5-8-2014 08:39 AM
Gaji 4 angka tu banyak sgt ke..??

Quote idadzira 5-8-2014 08:40 AM
alhamdulillah.......moga berjaya
Quote ultra78 5-8-2014 08:42 AM
Melipat kuih atas belakang periuk aje kak?

Quote GhostWalking 5-8-2014 08:42 AM
idadzira posted on 5-8-2014 12:40 AM
alhamdulillah.......moga berjaya

Kan?Mungkin pendapatan dia dah naik ke 5 ke 6 angka sekarang berkat kerja keras berniaga
Quote chinta89 5-8-2014 08:45 AM
kat mana kedai dia? ak nk g cari.. tnya org opis xde spe tahu menahu..
Quote chinta89 5-8-2014 08:46 AM
lavasyawal posted on 5-8-2014 08:39 AM
Gaji 4 angka tu banyak sgt ke..??

kalau angka '1' di depan... xde la byk mana.. kalau angka '2' pun xde la byk sangat...

wartawan pun, gaji empat angka kalau takat 1,000 ape la sgttttt...
Quote ultra78 5-8-2014 08:46 AM
Kalau gaji 4 angka tu tak perlulah tulis '4 angka'. Kalau 5 angka barulah tulis. Apalah wartawan ni
Quote Simunggu 5-8-2014 08:47 AM
good luck..semoga berjaya dalam bidang perniagaan halal food...tak lah kami termakan DNA lagi...
Quote ultra78 5-8-2014 08:48 AM
Minta orang ganu dlm CI ni ceritakan sedikit mengenai kuih ini

Quote LUNCH 5-8-2014 08:48 AM
lavasyawal posted on 5-8-2014 08:39 AM
Gaji 4 angka tu banyak sgt ke..??

Bagi orang kampung banyak lah tu. Tu semua rejezi dari tuhan Allah.  
Quote AdsMsia 5-8-2014 08:49 AM
kalau 9999 pun 4 angka jugak kan
Quote lavasyawal 5-8-2014 08:49 AM
chinta89 posted on 5-8-2014 08:46 AM
kalau angka '1' di depan... xde la byk mana.. kalau angka '2' pun xde la byk sangat...

wartawan ...

Bangla jaga toilet kincin boley vera ta boley pun gaji 4 angka..

Quote GhostWalking 5-8-2014 08:49 AM
ultra78 posted on 5-8-2014 12:48 AM
Minta orang ganu dlm CI ni ceritakan sedikit mengenai kuih ini

Aah aku pun teringin nak tau slurpsss
Quote leylapple 5-8-2014 08:50 AM
lavasyawal posted on 5-8-2014 08:39 AM
Gaji 4 angka tu banyak sgt ke..??

blh la tahan besar kalo singgit lagi nak masuk 5 angka

and besar lagi dari 3 angka..

syukur....atleast tak bekerja utk org..
Quote mikasa 5-8-2014 08:51 AM
gaji 4 angka?

RM1111 atau RM9999 sebulan?
Quote lavasyawal 5-8-2014 08:52 AM
LUNCH posted on 5-8-2014 08:48 AM
Bagi orang kampung banyak lah tu. Tu semua rejezi dari tuhan Allah.

Wa org kl..

Dulik apa wa dgn org kg cam lu..

Quote damian_lee 5-8-2014 08:53 AM
mcm mana rupa kuih tu ..... mcm xpernah dengar ,,,
Quote lavasyawal 5-8-2014 08:54 AM
leylapple posted on 5-8-2014 08:50 AM
blh la tahan besar kalo singgit lagi nak masuk 5 angka

and besar lagi dari 3 angka..

Patutnyer wartawan tu tulis la gaji lebih 5 ribu rm ke 8 ribu ke..

Ni mesti baru kluar U ni..

Quote WawaRaRa 5-8-2014 08:57 AM
alamak nak try... kat mana kedai dia nak suh adik cari....

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.048459 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top