MH17: Waris Penumpang Dijangka Terima Pampasan AS$50,000 Dalam Masa Terdekat
Kuala Lumpur - Waris terdekat kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dijangka menerima bayaran pampasan awal sebanyak AS$50,000 atau kira-kira RM160,000 dalam jangka masa terdekat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bayaran pampasan awal itu sediakan oleh pihak MAS. "Saya difahamkan bayaran kepada waris yang ini dapat dibuat dalam masa terdekat memandangkan kita sudah sedia maklum apa yang berlaku kepada pesawat itu (MH17)," katanya ketika dihubungi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang disiarkan di TV1. Rohani berkata sebelum ini sebanyak 25 anggota keluarga mangsa tragedi MH17 telah menerima bayaran saguhati AS$5,000 atau kira-kira RM16,000 secara sekali gus daripada pihak MAS untuk membantu dalam soal perbelanjaan harian yang mungkin diperlukan.
Setakat ini 70 peratus daripada waris penumpang warganegara Malaysia telah memaklumkan kepada pihaknya mengenai pengurusan mayat mangsa nahas MH17 apabila ia tiba di tanah air kelak. Baki 30 peratus lagi waris penumpang belum membuat sebarang keputusan. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=94
|
11
Bagus |
13
Marah |
18
Terkejut |
24
Sedih |
21
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT