Makmal Proses Dadah Terbakar Alat dan serbuk putih yang sedang dimasak dan ditinggalkan suspek.
KUALA LUMPUR – Sebuah kondominium dipercayai dijadikan makmal memproses dadah di Taman Sungai Besi, Cheras, di sini, terbakar jam 12 tengah hari, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak, pemeriksaan di dalam kediaman itu menemui pelbagai peralatan memproses dadah dan serbuk putih disyaki syabu.
Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat, namun dipercayai suspek lelaki tempatan terdiri daripada tiga hingga lima orang termasuk penyewa rumah berkenaan.
Katanya, pihaknya menemui kesan cap jari dan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu juga dijalankan bagi bantu siasatan.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur, M Letchumanan berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, rumah berkenaan kosong dan berkunci menyebabkan pihak pengurusan diminta membuka pintu kerana bimbang api akan merebak dan berlaku letupan.
“Namun amat mengejutkan apabila mendapati asap itu berpunca daripada kebakaran campuran bahan kimia dipercayai dadah,”katanya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|