INILAH kolam ikan yang dibersihkan peniaga kedai makan sebelum dia ditemui mati terkena renjatan elektrik di Taman Mahkota, Bachok, Kelantan semalam. KOTA BHARU , 2 Ogos – Rutin seorang peniaga kedai makan membersihkan kolam ikan miliknya berakhir dengan tragedi apabila dia maut terkena renjatan elektrik di sebuah kedai makan di Taman Mahkota, Bachok semalam. Dalam kejadian pukul 1.15 tengah hari itu, mangsa, Wan Mohd. Hadi Wan Mahmud (gambar kecil), 40, yang maut di tempat kejadian ditemui oleh isterinya, Ruzila Che Ajid, 35, dalam keadaan terlentang di dalam kolam berkenaan. Menurut Ruzila, ketika kejadian, dia sedang mencucuk sate kira-kira 10 meter dari kolam tersebut. “Suami saya memberitahu dia mahu membersihkan kolam tersebut yang merupakan rutinnya selang dua atau tiga hari. “Saya ada mendengar bunyi kocakan air seperti ada sesuatu terjatuh ke dalam kolam namun tidak ambil peduli sehinggalah anak keempat yang berusia lima tahun memberitahu bahawa ayahnya sedang tidur di dalam kolam ikan tersebut,” katanya.
|
9
Bagus |
1
Marah |
10
Terkejut |
1
Sedih |
6
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jengkoil posted on 3-8-2014 07:12 AM
Innalillah. ..takziah...
kolam tu kosong xde ikan ke? Kalo x...ikan yg terapung dulu kena renjata ...
jengkoil posted on 3-8-2014 07:12 AM
Innalillah. ..takziah...
kolam tu kosong xde ikan ke? Kalo x...ikan yg terapung dulu kena renjata ...
ADVERTISEMENT