NIBONG TEBAL - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan perut terburai di kawasan tanah lapang berhampiran dengan pencawang elektrik di Tasik Chempedak, Simpang Ampat di sini pagi semalam. Dalam kejadian kira kira jam 7.43 pagi itu, mangsa yang dipercayai warga asing ditemui terbaring dalam keadaan kedua tangannya diikat dengan menggunakan wayar. Menurut sumber, mangsa yang berpakaian seluar pendek dan baju kemeja-t putih dipercayai mati akibat ditikam menggunakan senjata tajam. “Mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan di bahagian perut, betis kanan dan pipi kiri,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan awal polis di tempat kejadian menemui kesan tompokan darah atas jalan sekitar 20 meter daripada tempat mayat ditemui. Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mangsa. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pualau Pinang, Senior Asisten Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurutnya mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. “Polis tidak menemui objek mahupun senjata pembunuhan di sekitar kawasan kejadian. Siasatan masih di teruskan bagi mengetahui motif sebenar kejadian. “Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
|
5
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Innrukia posted on 3-8-2014 12:55 PM
Area nibong tebal, simpang 4, bkt tgh, permatang tinggi, juru mmg tpt panas
d_alighieri posted on 3-8-2014 09:50 PM
Panas dengan apa? Gangster ka?
ADVERTISEMENT