Menjadi lumrah kepada wanita untuk sentiasa tampil cantik menawan. Lebih-lebih lagi apabila mahu menghadiri temujanji bersama yang tersayang. Pastinya seseorang wanita itu akan memastikan penampilannya sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki. Semak tip yang kami kongsikan ini dan adaptasikan dalam hidup agar temujanji anda menjadi suatu kenangan yang sukar untuk dilupakan. 1)Nikmati rawatan spa yang dapat membantu melegakan saraf dan menenangkan minda sebelum temujanji. 2)Pakai masker muka pada malam sebelum hari temujanji kerana ia bukan sahaja melembapkan kulit anda pada keesokkan harinya. Malah, turut membantu mekap anda kelihatan lebih menawan. 3)Dapatkan rawatan dan tat arias kuku agar tangan kelihatan bersih dan kemas. Tambahan lagi, memakai warna kuku yang elegan meningkatkan lagi penampilan tangan anda. 4)Cukur dan rapikan bulu badan yang terdedah terutamanya bulu di bawah lengan. 5)Dapatkan minyak wangi untuk dipakai semasa temujanji. Pewangi itu haruslah menepati keperibadian anda kerana ia akan mempertingkatkan lagi keterampilan diri anda. 6)Gunakan masker rambut untuk memperbaiki rambut rosak serta mendapatkan rambut licin, halus dan selembut sutera dengan segera. 7)Lakukan skrub badan untuk membuang kotoran serta sel-sel kulit mati untuk kulit yang lembut dan berseri. 8)Masuk tidur awal pada malam sebelum temujanji untuk mengelakkan lingkaran hitam di bawah mata dan merosakkan penampilan anda untuk temujanji itu.
|
ADVERTISEMENT