Malah peniaga biskut raya yang ditemui mendakwa perniagaan mereka tahun ini agak perlahan sambil mengakui ia kesan daripada kenaikan beberapa barang keperluan termasuk bahan mentah untuk membuat biskut. Rata-rata peniaga juga berpendapat kuasa beli pada tahun ini tidak memberangsangkan kerana orang ramai terlalu berhati-hati berbelanja. Bahan mentah naik, tetap jual murah Seorang peniaga biskut raya, Zaharah Hasan, 36, dari Kelulut, berkata, dia memulakan perniagaan sejak lima tahun lalu dan mampu menjual hampir 1,000 bekas biskut raya pada harga RM16 sebekas pada tahun lalu. Menurutnya, biskut raya yang dihasilkan antaranya tat nanas, ‘cornflake madu’, biskut kelapa, biskut kacang, ‘coklat rice’ dan lain-lain termasuk pelbagai jenis kek akan dihantar ke sebuah pasar raya di daerah ini pada harga borong. “Walaupun harga bahan mentah naik, saya tetap jual setiap bekas biskut raya dengan harga borong iaitu RM13 satu bekas. Malah masih mengekalkan saiz dan bahan yang digunakan seperti (tahun) sebelum ini. “Walaupun ramai peniaga biskut raya naikkan sedikit harga jualan tahun ini, tetapi saya terpaksa jual murah kerana persaingan ramai, lagi pun biskut raya yang dijual di pasar raya ternama, mereka jual dengan harga rendah,” katanya. Zaharah berkata, bahan mentah yang digunakan untuk membuat biskut naik termasuk bekas kuih. Katanya, tahun lalu bekas biskut raya dijual pada harga RM22 untuk 24 biji, namun tahun ini naik kepada RM26 untuk kuantiti sama. “Bahan-bahan lain yang turut naik adalah planta, sebelum ini hanya RM42 kini RM50, kacang badam dari RM28 kepada RM29 sekilogram. "Sukar mendapat untung sekiranya saya mengenakan harga mahal walaupun barang naik,” katanya.
|
jofizo posted on 23-7-2014 08:30 AM
dari beli biskut raya baik gi beli kepek ngan jeruk...... yg tu org balun dulu masa mai rumah.......
ADVERTISEMENT