CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Gambar Saspek Rogol Beramai-Ramai Ketereh Di Dedahkan

23-7-2014 08:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29691| Komen: 159

KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.


Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.


4

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 23-7-2014 07:40 AM
Muka macam setaz pun ada yang kiri tuh
Last edited by GhostWalking on 22-7-2014 11:52 PM

Quote cmf_premierleag 23-7-2014 07:42 AM
Kalo mangsa terpreknen....mesti hodoh baby tu sbb jantan2 ni sume mcm jongos jah
Quote Simunggu 23-7-2014 07:43 AM
O alo...kelate...
Quote haryatie 23-7-2014 07:44 AM
muka sekor2 pun mcam org gila seks jerk..
Nauzubillah..
Quote ultra78 23-7-2014 07:45 AM
Muka ustaz?

Quote DayangKirana 23-7-2014 07:49 AM
ohh..memalukan..dah kuar gambar plak dah..
Quote batmana 23-7-2014 07:50 AM
Sebelum Raya dorg balik kampung kot
Quote budakmanentah 23-7-2014 07:54 AM
tu la...nak lifestyle mcm amerika lagi....merasa la demo deh
Quote kekkeladi 23-7-2014 07:58 AM
Lari alik siam dh blako tuh..
Quote voizze 23-7-2014 08:02 AM
Kesian ... Sepatutnye de cite cite nk bantu mak abah  kt kampung... Cr rezeki.. Gi palestin ke mati syahid...rupenye  anggota seksual mengatasi Akal yg satu... Caya le korang..
Quote xtahumenahu 23-7-2014 08:05 AM
hmmm...mmg x beraya laaa korang..nk sembunyi kat mana dah...satu malaysia tau korg merogol
Quote enchikfitz 23-7-2014 08:06 AM
Pergh..muka sekor2 tahap pecah rumah. Elok pun kluar gmbr dorg. For sure xkn terlepas.
Quote Dia_Yuni 23-7-2014 08:08 AM
Nama penuh ada, boleh try cek sesorg kat fb..
Quote rosasa 23-7-2014 08:10 AM
muda2 dah merogol
Quote puterikhaleeda 23-7-2014 08:12 AM
cmf_premierleag posted on 23-7-2014 07:42 AM
Kalo mangsa terpreknen....mesti hodoh baby tu sbb jantan2 ni sume mcm jongos jah

hahahaha ko ni .......
Quote Sweetnye 23-7-2014 08:14 AM
Si gemok inesen tu ade hati jugak nk ngesek
Quote Sagoo 23-7-2014 08:15 AM
yg baju belang2 tu mmg d takdirkan ke penjara...kene dgn pakaiannye
Quote zacrin 23-7-2014 08:16 AM
kah2 amik ubat tula tuhan bagi akal xnak guna nak juga fikir huna kepala k*t* mendapatlah kome kah3
Quote wak_karman 23-7-2014 08:20 AM
sorang2 bwak nama muhammad....


Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.349366 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top