Mangsa penipuan gores menang naik angin Mangsa-mangsa terlibat mengerumuni pintu masuk syarikat gores dan menang terbabit, semalam SEREMBAN - Berang tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa, kira-kira 30 mangsa penipuan gores dan menang di negeri ini nekad membuat terjahan ke premis syarikat terlibat, semalam. Selain mangsa, serbuan mengejut kira-kira 1.30 petang di Pusat Komersil Bukit Kepayang, dekat sini itu disertai Ahli Parlimen Seremban, Teo Kok Seong; Adun Port Dickson, M Ravi dan Ketua PKR Cabang Rasah, R Tangam. Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian ke premis terbabit, semalam mendapati ia berkunci dan seolah-olah tidak berpenghuni. Kecewa dengan keadaan itu, beberapa mangsa yang mula hilang sabar telah memecahkan beberapa kamera litar tertutup (CCTV) milik syarikat dan menendang pintu gril premis berkenaan sebelum beredar. Enggan berputus asa, kesemua terlibat mengambil keputusan pergi ke sebuah pasar raya di Oakland, dekat sini bagi mengesan beberapa pekerja syarikat itu untuk disoal siasat, namun mereka sempat melarikan diri. Salah seorang mangsa, Bihah (bukan nama sebenar), 22, berkata, dia bersama yang lain sebulat suara membuat terjahan kerana mahu mendapatkan semula wang mereka, walaupun sedar tindakan sedemikian boleh mengundang pelbagai risiko. “Kami sudah muak berurusan dengan pihak berkuasa yang asyik tolak menolak antara satu sama lain, sedangkan sipelaku masih bebas menjalankan kegiatan mereka. Kami pula diperlakukan seperti bola yang ditendang sana-sini,” katanya. Menurutnya, seandainya keadaan ini berterusan, nampaknya harapan untuk mendapatkan semula wang sebanyak RM12,300 kepunyaan ibu bapanya agak tipis. “Sampai sekarang masih tiada tindakan drastik diambil terhadap syarikat terbabit, sedangkan ibu bapa saya sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan sejak April lalu. “Kami amat memerlukan wang itu untuk menanggung pengajian saya di universiti, selain membuat persiapan hari raya,” katanya yang memberitahu ibu-bapanya diperdaya wakil syarikat tersebut pada 3 April lalu di sebuah pasar raya di Seremban 2, di sini.
|
aderaderker posted on 22-7-2014 10:17 PM
Soklan:
Dorang semua ni x pernah baca paper/tengok berita ke?
chaintea posted on 22-7-2014 10:34 PM
Duh..i pernah kena
Sumpah x caya lgsg
Masa gores depa yg bersorak lebih
mommymonster82 posted on 23-7-2014 01:14 AM
50 ribu tu baik byr dpayment keta xpon gi jer amik pakej melancong...
lavaketupat posted on 23-7-2014 01:19 AM
pastu ambik gambar masuk facebook kata menang skim gores dan menang...
mesti yg tertipu tu pana ...
ADVERTISEMENT