SEMPORNA - Penduduk daerah ini diminta bertenang dan tidak panik berikutan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri, Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong berkata, keputusan kerajaan itu merupakan tindakan yang tepat pada masanya untuk memastikan keselamatan di kawasan tersebut lebih terjamin. Katanya masyarakat di kawasan terbabit harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota pasukan keselamatan dengan mematuhi arahan dikeluarkan.
"Kita juga perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat sekiranya terdapat anasir-anasir yang cuba menggugat ketenteraman awam khususnya mengenai kemasukan pendatang asing tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka Puasa di Pulau Bumbum dekat sini, malam tadi.
Beliau berkata, perintah berkurung yang akan diumumkan itu bukan melibatkan semua kawasan dan sepanjang masa sehingga rakyat tidak boleh keluar rumah, tetapi ia hanya melibatkan kawasan dan masa tertentu sahaja. Katanya langkah itu juga bertujuan untuk melengkapkan laluan yang telah ditetapkan selain memastikan ia tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan penceroboh. Jaujan turut menyarankan agar imam di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Sulabayan mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan. |
5
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
garyura posted on 21-7-2014 08:18 PM
aik takde jabatan kerajaan lain ke kat pulau mabul tu selain dari sekolah?
sidewinder posted on 22-7-2014 11:10 AM
baru terbaca dlm surat khabar...si zahid kata dah nak tak guna kaedah defensive.....dia nak tukar ke ...
kauado? posted on 22-7-2014 11:15 AM
kannnn...x salah kot klu kite start dulu...dah kite diceroboh..bknnyer kite menceroboh
fcl29 posted on 22-7-2014 10:33 AM
ye.. situ pulau kecil sahaja... ada sekolah yg beroperasi di waktu malam...
Simunggu posted on 22-7-2014 11:56 AM
yang kena culik pelancong dan polis..bukan org awam...sepatutnya perinta berkurung pada pelancong da ...
garyura posted on 21-7-2014 08:18 PM
aik takde jabatan kerajaan lain ke kat pulau mabul tu selain dari sekolah?
sidewinder posted on 22-7-2014 11:20 PM
follow jer la.....kang kena culik menanggis2 nak balik...nak celebrate raya.....satu hal plak nak ...
garyura posted on 22-7-2014 11:16 PM
ko biar betul sekolah mlm??? sekolah siang pun murid ramai ponteng sekolah mlm cikgu terjongo ...
fcl29 posted on 23-7-2014 10:30 AM
aku tny budak2 bajau laut situ... die kate sekolah mlm... tp utk 2 jam je cmtu... tatau le betul k ...
ADVERTISEMENT