CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kerajaan Bayar Rm30 Juta Bebas Tebusan Warga China

21-7-2014 05:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8809| Komen: 47

Kerajaan Malaysia didakwa membayar kira-kira RM30 juta bagi pembebasan pelancong warga China yang diculik di Semporna, Sabah dua bulan lepas.

Dakwaan itu didedahkan portal fz.com dalam laporannya hari ini yang mendapat maklumat daripada sumber memberitahu perkara itu kepada pihak mereka.

Tulisnya, pembayaran wang tebusan RM30 juta itu dibayar kepada Abu Sayyaf untuk pembebasan itu yang kebetulan sama dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke China baru-baru ini.


Laporan media mengatakan penculik menuntut wang tebusan sebanyak 500 juta pesos (RM36.5 juta) untuk pembebasan itu.

Menurut fz.com, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein belum memberikan sebarang komen apabila dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berkenaan dakwaan itu.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam twitternya mempersoalkan tindakan kewajaran Kerajaan Malaysia dalam pembayaran tebusan itu kepada penculik.

“Reuters lapor Polis Filipina bagitau Najib Razak bayar sejumlah wang yang besar dalam usaha melepaskan mangsa culik di Sabah.

“Najib pada hari pembebasan itu dia bangga konon Malaysia mampu berunding dan disegani,
soalnya sekarang wajarkah negara membawa penjenayah berunding dan beri wang pula, lemahnya Najib,” tulis Badrul Hisham.

Sebelum ini, Najib Razak mengumumkan tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan seorang wanita warganegara China dan seorang wanita warganegara Filipina yang diculik dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Sabah awal April lepas.

“Saya baru sahaja diberi taklimat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas, telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

“Tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan mereka,” kata Najib dalam Twitter beliau pada Sabtu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 18-7-2014 10:52 PM
Kalau betul, oh mana datang duit rm30 juta tu??
Quote capiloton 18-7-2014 10:57 PM
aku lagi percaya satu lagi versi yang sebut Komando larikan tebusan..
lepas tu, Sulu tak puas hati, balas dendam tembak polis..
Quote tobby 18-7-2014 11:00 PM
30 juta tu abu sayaf beli lebih byk weapon utk membunuh & menculik pd masa depan... never ending story
Quote Orix 18-7-2014 11:03 PM
Hmmm....sumber?
Quote ajie2000 18-7-2014 11:05 PM
Last edited by ajie2000 on 18-7-2014 11:07 PM

Quote endus 18-7-2014 11:05 PM
Orix posted on 18-7-2014 11:03 PM
Hmmm....sumber?

http://bm.selangorku.com/51769/n ... ebusan-warga-china/
Quote BotakChinPeng 18-7-2014 11:09 PM
Sumber maklumatya adalah jiran flat pprt pekerja portal fz.com sendiri. Hahahahaa
Quote spiderman80 18-7-2014 11:15 PM
Malaysia suka menderma kepada China kan? Panda tu dah berpuluh juta. Tebusan ni dah berjuta-juta. Spiderman80 pun selalu menderma kat China Doll RM180 seorang setiap bulan.
Quote ajie2000 18-7-2014 11:18 PM
Quote drivethru 18-7-2014 11:20 PM
30M???

lg gigih la dorang menculik. senang nk dpt duit.
Quote ida88 18-7-2014 11:26 PM
Dgn jumlah uwang sebanyak tu
Maka tak heran la kes penculikan puak ni akan berlaku dan berlaku lg
Quote spiderman80 18-7-2014 11:30 PM
ida88 posted on 18-7-2014 11:26 PM
Dgn jumlah uwang sebanyak tu
Maka tak heran la kes penculikan puak ni akan berlaku dan berlaku lg

Sasaran mereka cumalah Cina PRC. Kalau yang diculik tu non PRC, habislah riwayat mereka. Kalau tak kena bunuh pun mesti dipaksa menjadi hamba cuci pinggan mangkuk dan cuci pakaian para lanun.
Quote Maideen. 18-7-2014 11:35 PM
Salam semua,

Di bulan Puasa yang mulia ini izinkan Maideen dengan rendah diri mengingat kawan kawan akan pesan Allah dalam Quran ia itu " Kalau datang orang fasik bawak cerita bla bla bla bla bla......."

Harap sampaikanlah peringatan ini kepada sedara mara kita yang suka membawa cerita agar mereka sempat bertaubat sebelum Allah mengutuskan malaikal mawoot untuk mencabut nyawa mereka dan menghumban mereka kedalam Jahannam dimana mereka akan menerima azab yang dahsyat dan kekal didalamnya....

Oh....hampir terlupa pula....pesanan ini adalah untuk diri Maideen juga. Maklomlah sekarang ini pelupa betul....
Quote Pailang 18-7-2014 11:38 PM
aku dah buat kajian pasal berita ni dan ternyata kesahihan berita ni sungguh meragukan. Kes yang sama yang kononnya timbalan Perdana Menteri Malaysia letak jawatan, tapi ternyata berita tu berita palsu. sama lah dengan berita ni. Macai...












Quote mikasa 18-7-2014 11:43 PM
Even kalau betul pun kerajaan bayar tebusan...sudah pasti perkara tersebut dirahsiakan, Malaysia kena bertanggungjawab sebb gagal jaga pelancong yg dtg sini jadi sudah pasti Malaysia kena buat sesuatu untuk cover balik dan pastikan cina itu selamat
Quote spiderman80 19-7-2014 12:02 AM
mikasa posted on 18-7-2014 11:43 PM
Even kalau betul pun kerajaan bayar tebusan...sudah pasti perkara tersebut dirahsiakan, Malaysia ken ...

Macam mana nak dirahsiakan kalau benar tebusan dibayar? Kan kerajaan perlu menjawab kat parlimen ketidakseimbangan akaun negara? Apa pun saya tak pasti, cuma tanya je.
Quote mikasa 19-7-2014 12:05 AM
spiderman80 posted on 19-7-2014 12:02 AM
Macam mana nak dirahsiakan kalau benar tebusan dibayar? Kan kerajaan perlu menjawab kat parlimen k ...

perbelanjaan luar jangka?
Quote spiderman80 19-7-2014 12:07 AM
mikasa posted on 19-7-2014 12:05 AM
perbelanjaan luar jangka?

Itu dah selalu diguna pakai.
Quote Acong_II 19-7-2014 12:29 AM
tolong shot to kill

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.164211 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top