CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Jadikan Bayi 'Tebusan'

23-9-2013 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6982| Komen: 32

Description: Suspek Yang Cedera Ditembak Selepas Cubamenyerang Anggota Polis Menggunakan Parang Dalam Kejadian Di Bukit Mertajam,Pulau Pinang Semalam Dibawa Oleh Kakitangan Hospital Bukit Mertajam Untukmendapatkan ...
 
SUSPEK yang cedera ditembak selepas cuba  menyerang anggota polis menggunakan parang dalam kejadian di Bukit Mertajam,  Pulau Pinang semalam dibawa oleh kakitangan Hospital Bukit Mertajam untuk  mendapatkan rawatan lanjut.


BUKIT MERTAJAM 20 Sept. - Seorang lelaki tergamak  membahayakan nyawa bayinya sendiri yang berusia empat bulan dengan mengacukan  parang ke kepala anaknya itu semata-mata mahu melarikan diri daripada ditahan  polis.

Kejadian berlaku semasa suspek cuba meloloskan diri selepas rumahnya di  Kampung Bukit Teh, Machang Bubuk di sini, diserbu sepasukan polis kira-kira  pukul 9.45 pagi.

Suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau melarikan diri dengan  mengendong anaknya sejauh 100 meter sambil mengancam untuk menikamnya.

Namun tindakan suspek berusia 26 tahun itu akhirnya dipatahkan polis yang  menembak kedua-dua kakinya selepas cuba bertindak agresif menyerang anggota  pasukan keselamatan berkenaan.

Kejadian itu mengejutkan penduduk kampung kerana tidak menyangka berlaku di  depan mata mereka.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia sedang menidurkan anaknya  sebelum terdengar bunyi bising dan ternampak beberapa anggota polis mengejar  seorang lelaki yang berlari sambil mengendong bayi dan memegang dua bilah  parang.

"Saya tidak berani hendak keluar, cuma mengintai melalui tingkap sebelum  ternampak dia terbaring akibat ditembak di kaki dan bayi berkenaan diselamatkan  oleh anggota polis," katanya yang masih trauma dengan kejadian berkenaan.

Tambahnya, dia jarang bertegur sapa biarpun pernah tinggal berjiran selama  beberapa tahun sebelum lelaki itu dan keluarganya berpindah ke rumah peninggalan  bapanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah  memberitahu, anggotanya terpaksa melepaskan tembakan di kedua-dua kaki suspek  untuk mempertahankan diri selepas cuba dilibas dengan parang.

Menurutnya, anggotanya telah melepaskan tembakan amaran terlebih dahulu namun  suspek terus bertindak agresif.

"Suspek kini dirawat di hospital dan dilaporkan stabil. Anggota polis juga  tiada yang cedera. Dia mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan kes curi  motosikal dan dadah," ujarnya sambil memberitahu, kes berkenaan disiasat  mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chaintea 21-9-2013 10:29 AM
Hilang akal gunakan anak sbg tebusan...
Quote bianglala 21-9-2013 10:33 AM
paper metro tulis, emak baby tu umur 16 tahun. tak tau la betul ke tak.

Quote noor2 21-9-2013 10:38 AM
kecik2 malas belajo..pelajaran gagal.....dah besar sikit gatai nak kawin....bila dah kawin baru rasa perit kehidupan...pendapatan diluar kemampuan kehendak...tak dak cara lain maka jadila penjenayah,...merampok harta benda org lain..


pi mampusla manusia2 macam ni..menyusahkan org...
Quote cikatilia 21-9-2013 10:43 AM
mmg takde otak punya jantan
ada ke guna baby

bacul sungguh!


Quote Innrukia 21-9-2013 10:44 AM
Ramai operator kilang aku duk kawasan ni...
Memang ramai org susah sini. Kesian, dah la daif, buat pulak pilihan tak betul dlm hidup
Quote mysara 21-9-2013 10:49 AM
bianglala posted on 21-9-2013 10:33 AM
paper metro tulis, emak baby tu umur 16 tahun. tak tau la betul ke tak.

alangkan budak umo 12 tahun pun boleh mengandung dan berbaby, inikan pulak umo 16 thn, masa ngandung tu 15 ler.
Quote zaiha 21-9-2013 10:50 AM
pengaruh dadah memang macam ni kan....
tiada lagi sifat kemanusiaan.....
Quote rosasa 21-9-2013 10:54 AM
kesian baby tu berbapakkan lelaki bangang macam tu.. kesian..

apa boleh buat, sebangang-bangan lelaki itu, tetap bapa baby tu juga..
rasa macam nak bubuh kicap garam limau kasturi kat tempat kena tembak tu
Quote FlowerGirl 21-9-2013 11:14 AM
Kalau x pegang baby harus lah dh kena tembak mati tu
Quote Suchi 21-9-2013 11:52 AM
macam filem plak
hurm bleh wat pilem neh
tp biasa dlm pilem bapak tu syg anak dia
pastu nnt dia tinggalkan kat umah pompuan yg mcm gila tp tak gila
keje kutip sampah
mcm dlm pilem anak halal
Quote perang_candu 21-9-2013 12:04 PM
Makan apa sedap kat Bukit mertajam ni ye..?
Quote batmana 21-9-2013 12:08 PM
bagusla polis, dpt juge aim kt kaki..bukan kt kepala bapaknye...
Quote edee_91 21-9-2013 12:37 PM
batmana posted on 21-9-2013 12:08 PM
bagusla polis, dpt juge aim kt kaki..bukan kt kepala bapaknye...

kepala atas kepala bawah?

Quote setia00 21-9-2013 01:13 PM
menyusahkan orang !!
nsib baik bayi tu tak de pape..
kalau tak, memang hukuman mati le menanti kau!
Quote Innrukia 21-9-2013 01:18 PM
perang_candu posted on 21-9-2013 12:04 PM
Makan apa sedap kat Bukit mertajam ni ye..?

makan candu
byk aih makanan sini, berlambak kedai makan...
Quote shazm85 21-9-2013 01:29 PM
Mostly yg duk area ni org2 susah n anak2 ramai..
Kalau yg sekolah pun setakat darjah 6 saja
Quote purpledesire 21-9-2013 06:14 PM
kenapa la sanggup nak cederakan bayi sendiri semata2 nak lari dari polis..mana lah pegi ibu bayi tu..
Quote matamata 21-9-2013 06:36 PM
polis mungkin dah dapat "baca" yg bapak baby tu bukan betul2 nak apa2kan baby tu....
kalau tak mmg kepala lah yg jadi target...
Quote honda_jazz 21-9-2013 06:40 PM
bodoh punya jantan..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.167434 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top