Mastura Salam, Minta Maaf Sebelum Keluar Bertugas
SEREMBAN – “Sebelum Mastura pergi kerja dia salam dan minta maaf kepada saya,” ungkap Mustafa Abdul Samad, bapa pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, semalam. Mustafa, 83, berkata kali terakhir beliau berjumpa Mastura, 40, pada petang Rabu lepas sebelum mangsa pergi bekerja. “Saya tengok dia macam biasa sahaja. Saya mengetahui kejadian menyedihkan ini pada 8 pagi tadi menerusi jiran yang mendapat maklumat melalui Internet,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sentosa, Paroi dekat sini, hari ini. Katanya anak bongsu daripada tujuh beradik itu memang mengambil berat dirinya dan anak tunggalnya, Muhriz Marzaidi, 10, yang tinggal bersamanya di Kampung Sentosa. Katanya Mastura sering menghubunginya setiap kali bertugas di luar negara, termasuk kali ini ke Amsterdam.
“Memang itulah sifat dia, anak yang baik dan tidak lupa menghubungi keluarga setiap kali bertugas di luar negara,” kata Mustafa. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818042&extra=&page=42
|
9
Bagus |
14
Marah |
4
Terkejut |
1
Sedih |
17
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT