CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Que Haidar Akan Ke Palestin

18-7-2014 04:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11934| Komen: 55


NASIB rakyat Palestin yang dipaparkan di media massa cukup meragut perasaan seluruh umat Islam di dunia ini. Namun, apa yang mampu kita lakukan hanya berdoa dan terus berdoa agar penderitaan mereka berakhir.

Sebagai insan biasa mana mungkin kita mampu melawan serangan yang dilakukan. Hanya iringan doa dan sumbangan sahaja yang dapat dihulurkan.

Aktor Que Haidar turut meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa umat Islam di Palestin. Baginya, sebagai manusia, sesiapa sahaja akan terkesan dengan peristiwa itu.
Atas alasan itu, Que mencari jalan bagaimana untuk memperjuangkan nasib mereka.

"Setiap hari saya melihat apa yang berlaku kepada mereka di televisyen, surat khabar dan Internet. Saya pun ada anak dan isteri, apabila melihat anak-anak kecil dan wanita di sana dibunuh, dikejami dan mati setiap hari, ia benar-benar menyedarkan saya.

"Sebab itu, saya fikir apa lagi boleh kita lakukan untuk membantu mereka," katanya kepada Zass.

Akui suami kepada Linda Jasmine ini, dia mendapat tahu mengenai Aman Palestin menerusi Maulana AF8.

"Saya masih ingat Maulana pernah ke Palestin dahulu, jadi saya hubungi dia bertanya mengenai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu.

"Alhamdulillah, dia cadangkan Aman Palestin dan telah mengaturkan satu mesyuarat mengenai perkara ini," katanya telah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian Awang Piut malam kelmarin.

Menerusi pertemuan itu, persetujuan telah dicapai dan Que bersedia membantu  NGO tersebut.

"Mereka bercadang membawa saya ke sana dan sebenarnya itulah tujuan utama saya," kata pemilik nama Tengku Iskhan Shah ini.

Beri kesedaran

Menurut pelakon Rock Ooo ini, sebagai selebriti dia berharap dapat menyedarkan masyarakat supaya bersama-sama menolong apa yang termampu.

Baginya meskipun doa dan sumbangan yang dihulurkan amat bermakna, tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.

"Apa lagi yang boleh dibuat untuk membantu mereka? Rasanya kita cukup bertuah dapat hidup di bumi Malaysia. Bayangkan di bulan Ramadan ini, kita dapat bersahur, berbuka puasa, bertarawih dan tidur dengan cukup selesa.

"Sebaliknya mereka di sana, hendak makan pun belum tentu, inikan pula tidur yang sentiasa bertemankan serangan Israel," katanya.

Jelas pelakon berusia 35 tahun ini, sekembali dari Palestin, dia berharap dapat memberi talk perjuangan Palestin kepada rakyat Malaysia.

"Mungkin saya boleh berkongsi pengalaman di sana dengan mereka, dengan cara ini saya yakin mereka pasti lebih terbuka membantu daripada aspek mental dan fizikal kepada rakyat di sana," ujarnya sedang bercuti dan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti seni sepanjang Ramadan.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lululun 17-7-2014 12:29 PM
tahniah...

tapi dah domok.
Quote Zumbajunkie 17-7-2014 12:30 PM
buat apa bawak retis gi Palestin?
Quote uori 17-7-2014 12:33 PM
Zumbajunkie posted on 17-7-2014 12:30 PM
buat apa bawak retis gi Palestin?

setuju2  
Quote znuyul 17-7-2014 12:36 PM
tahniah q...
Quote znuyul 17-7-2014 12:37 PM
Zumbajunkie posted on 17-7-2014 12:30 PM
buat apa bawak retis gi Palestin?

mungkin ada segelintir artis ni btul2 nak membantu..xde slhnya kot..
maaf..pendapat 5sen saya sahaja..
Quote CrowneGlory 17-7-2014 12:38 PM
Ko kesian kat rakyat Palestin... Kat bini ko ..ko x kesian ke q..
Quote kauado? 17-7-2014 12:38 PM
klu joint aman palestin ni bleh g sane ker?..nak joint cam no?
Quote hambaallah1709 17-7-2014 12:39 PM
q nampak gemok dalam pic tu..bambam sangat
Quote sicantep 17-7-2014 12:41 PM
linda bagi ke pegi
Quote skun 17-7-2014 12:45 PM
Linda jasmin tak naik Hangen ke?
Quote kamexkame 17-7-2014 12:47 PM
biarla dia nak pergi
whats with the negative thinking?
kalau ada peluang saya pun nak pergi
isteri dia mestilah dah setuju sebab tu que boleh inform reporter.duh
Quote berun 17-7-2014 12:50 PM

Quote itik_kuning 17-7-2014 12:51 PM
wehhh gemuk nya dia. nak lawan bini ke?
Quote kakasotong 17-7-2014 12:54 PM
CrowneGlory posted on 17-7-2014 12:38 PM
Ko kesian kat rakyat Palestin... Kat bini ko ..ko x kesian ke q..

Kenapa dgn bini dia?????
Quote biskut_milo 17-7-2014 12:58 PM
Motif ke sana? Bantu cara apa?
Quote kakasotong 17-7-2014 01:00 PM
Bagusla que ni ada kesedaran nak pegi join misi aman palestine. Okla heols ade usaha nak mncari alternatif cemana nak pegi ke sana. Bini heols bg la kot heols pegi sbb bkn nak kene blakon kena kepit kepitan ngan org pmpuan.

Syg btul que ni. Ade bakat tp tnggelam dek krana ade binik yg qc
Quote Yoongie 17-7-2014 01:08 PM
Alhamdulillah Que ada niat nak menolong. Semoga dpermudahkan segala urusan Que di palestine.
Quote nurfariezza 17-7-2014 01:18 PM
ehhh...gemuk plak q ni...
Quote mixed 17-7-2014 01:21 PM
LJ pn gemuk kan skunk ni

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040854 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top