Kebanyakan wanita yang bekerjaya, tiada masa untuk memanjakan diri di Spa, terutama sekali bagi mereka yang memegang jawatan penting dalam syarikat. Namun begitu, ini bukan penghalang bagi mereka, untuk kelihatan cantik sepanjang masa. Oleh itu, dengan mengamalkan rawatan mandi susu di rumah, ia sedikit sebanyak dapat membantu wanita bekerjaya ini untuk terus mengekalkan kecantikan kulit mereka walaupun sibuk dengan rutin seharian di pejabat.
Terdapat banyak khasiat dalam amalan mandi susu, antaranya ia dapat mencerahkan serta melembutkan kulit. Disamping itu, rawatan ini juga dapat menghasilkan kulit yang putih gebu serta putih bercahaya. Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit. Jadi di sini, OHBULAN! ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk manghasilkan rawatan mandi susu di rumah. Siapkan beberapa mangkuk susu. Anda boleh menggunakan sama ada susu tepung, mahupun susu cair.
Campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Panaskan selama 5 hingga 10 minit. Campurkan dengan sedikit air suam. Berendam selama 20 hingga 30 minit. Sebaiknya, sebelum berendam dengan mandian susu ini, anda digalakkan untuk scrub tubuh terlebih dahulu bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Rawatan ini boleh diamalkan dua kali seminggu, bagi mendapat hasil yang lebih maksimum. Selamat mencuba!
|
ss8384 posted on 10-7-2014 08:58 PM
Aku Kalau jumpa carrot ke tomato ke aku sebat je. Blend dgn susu masuk madu pon boleh hehehe.
Cookeelaat posted on 11-7-2014 02:24 AM
susu apa nak guna? susu yang dalam kotak atau susu tepung (nespray, anlene etc) yang dibancuh atau ...
ana_w_houb posted on 11-7-2014 06:37 PM
my friend keje kilang susu.....dia cakap ada satu spa tu hari2 beli susu kat kilang dia.my friend tu ...
ana_w_houb posted on 11-7-2014 06:37 PM
my friend keje kilang susu.....dia cakap ada satu spa tu hari2 beli susu kat kilang dia.my friend tu ...
poyohabis posted on 15-7-2014 09:15 PM
Cara aku paling senang.. Bancuh je susu tepung kecuali susu anelene... Lps tu ms nak mandi lulurkan ...
Nayzu posted on 16-7-2014 08:59 AM
Kulit jadi makin cerah x?
ADVERTISEMENT