CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Datuk Berkhalwat Dengan Isteri Orang

14-7-2014 04:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19102| Komen: 117

Datuk 48 cucu khalwat dengan isteri orang

KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Gambar hiasan


Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie.  

Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leftrani_kel 14-7-2014 09:43 AM
atuk ni....
Quote c===8 14-7-2014 09:43 AM
dasat atok umur 78 romen awek umur 31
Quote Loxlaxman 14-7-2014 09:44 AM
Ade orang cakap...pelior lelaki macam ekor cicak .. kalau tercabut dia boleh goyang goyang lagi .. cuma tak leh tumbuh balik jer..
Quote bambimo 14-7-2014 09:44 AM
25 kali berkahwin huhuhu...
ada tak kursus pengurusan nafsu utk tarbiahkan datuk ni hehehehe
Quote kucen_miang 14-7-2014 09:45 AM
kepok lekor atuk masih mengganas.
Quote finesse 14-7-2014 09:47 AM
breeder
Quote sapp73 14-7-2014 09:48 AM
Pernsh berkahwin 25 kali.....kahwin cerai ni, ntah peduli atau tidak anakhya yang 18 org itu. Dan ditangkap dengan isteti orang...dah tua tua pun masih tak slowdown perangai tu
Quote nanie 14-7-2014 09:51 AM
berselera plak pompuan tu ngan atuk
Quote leylapple 14-7-2014 09:51 AM
kadang2 aku tak paham la dgn org laki kuat libido nie...

mmg tak blh kawal walopun udah 25 kali nikah ker? tu 25 kali nikah, kalo yang tak nikahnya??

even bulan puasa pun bafsu tak menahan... umo pun dah kira tak lama lagi dah nak masuk kubur...
Quote otai_g 14-7-2014 09:54 AM
er knp atuk tu je disalahkan?

aku rs yg isteri org tu lg besar kesalahan dia...

mesti balik2 rumah kena sula dgn suami dia
Quote GhostWalking 14-7-2014 09:55 AM
Loxlaxman posted on 14-7-2014 01:44 AM
Ade orang cakap...pelior lelaki macam ekor cicak .. kalau tercabut dia boleh goyang goyang lagi .. c ...

loqlaq hahahahahah
Quote zacrin 14-7-2014 09:58 AM
ni atok ni jenis pikir pakai kepala kxtx ni..yg betina tu dah kenapa selera lak orang tua gayut
Quote amyainsamad 14-7-2014 10:01 AM
...adoi geli n memalukan btl
Quote annehuda 14-7-2014 10:04 AM
leylapple posted on 14-7-2014 09:51 AM
kadang2 aku tak paham la dgn org laki kuat libido nie...

mmg tak blh kawal walopun udah 25 kali n ...

kalau kt malaysia ni laki kuat libido ni lah dipandang tinggi. gagah n kuat gitu. pdhal kalau kt negara maju yg ketagih seks ni dh lame dah masuk terapi makan pil hormon nk kasi kurang libido tu

Quote emmaisa 14-7-2014 10:05 AM
teringin la nak tengok rupa atok ni...
boleh la buat kajian kenapa dia jadi bergitu...
Quote nidzrain 14-7-2014 10:09 AM
ini semua salah perempuan tu..... dah la berstatus istri org... ada hati lagi nak menyundal ngn datok yg dah nak pegi tu.... dasar perempuan skrg ramai yg cyco
Quote leylapple 14-7-2014 10:09 AM
annehuda posted on 14-7-2014 10:04 AM
kalau kt malaysia ni laki kuat libido ni lah dipandang tinggi. gagah n kuat gitu. pdhal kalau kt n ...

khen??

salah satu pesakit mental tu... mungkin blh membahayakan orang lain (kes rogol, cabul)

tapi lagi satu yang peliknnya..mcm2 produk pulak dijual kat luar sana just nak merangsang libido..tahapapapaptah
Quote bluberi 14-7-2014 10:14 AM
alahaiiii
atuk atuk
bawak bawak la diri tu ke rumah Allah pulak
kubur kata mariiiiii dah tu

yg pompuan tu punnnnnn
birah jugak
Quote chinta89 14-7-2014 10:18 AM
annehuda posted on 14-7-2014 10:04 AM
kalau kt malaysia ni laki kuat libido ni lah dipandang tinggi. gagah n kuat gitu. pdhal kalau kt n ...

agaknya org malaysia ni mmg ke arah nafsu je kot.

sb tu atok ni ligat nikah sampai 25 kali....

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.172695 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top