CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Minyak Senjata Utama Lawan Zionis

14-7-2014 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8863| Komen: 33

MINYAK SENJATA UTAMA LAWAN ISRAEL



Sekatan penjualan minyak oleh negara Arab kepada AS pada 1973 membuktikan kekuatan ekonomi negara Islam.

ISRAEL, yang kini sedang menyembelih rakyat Palestin di bumi Gaza mungkin terkenal dengan pelbagai senjata canggih ciptaan orang bijak pandai Yahudi, selain mendapat sokongan kuat ketenteraan daripada Amerika Syarikat (AS).

Tetapi, negara Islam, walaupun mungkin tidak memiliki kecanggihan teknologi ketenteraan seperti Israel dan sekutunya, mereka dikurniakan ALLAH dengan sumber paling berharga di muka bumi, iaitu minyak.

Dengan perang ekonomi inilah Israel dapat dikalahkan, jika negara Islam pengeluar minyak menyekat eksport minyak kepada AS.

Sekatan ke atas AS dan sekutunya ini seterusnya dapat memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin.

Kaedah ini, yang membuktikan kekuatan ekonomi negara Islam pernah digunakan pada 1973.

Waktu itu, semasa Perang Yom Kippur, negara-negara Arab yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengenakan sekatan minyak terhadap AS sebagai tindak balas kepada keputusan AS memberikan bekalan ketenteraan kepada Israel dalam perang rejim Zionis itu dengan Mesir dan Syria.

Sekatan turut dikenakan kepada negara penyokong Israel lain termasuk Belanda, Portugal dan Afrika Selatan.

Embargo itu mengharamkan eksport petroleum kepada negara yang disasarkan tersebut.

Terjejas teruk dengan sekatan itu, AS terpaksa tunduk dan berunding supaya Israel meninggalkan kawasan milik Syria dan hanya selepas rundingan itu berjaya, sekatan itu ditamatkan pada Mac 1974.

Sekatan itu menyebabkan kemerosotan ekonomi kepada AS dan negara pengimport minyak yang lain, serta mengukuhkan pengaruh negara-negara Arab dalam arena politik antarabangsa.


Dunia Islam kuasai simpanan minyak

Menurut statistik Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) bagi April 2014, sebanyak 110 juta daripada 287 juta tong minyak sebulan diimport oleh AS dari negara OPEC, dan daripada jumlah itu, 48 juta tong diimport dari Arab Saudi sahaja.

Adakah adil untuk menyasarkan sekatan ke atas AS?

Jawapan pendek: Ya.

Laporan Perkhidmatan Penyelidikan Kongres AS berhubung bantuan kepada Israel bertarikh 11 April 2014 menunjukkan Israel ialah penerima bantuan luar AS terbesar sejak Perang Dunia Kedua.

Sehingga tarikh laporan itu, AS telah memberikan Israel AS$121 bilion (RM385 bilion) bantuan kewangan.

"Hampir kesemua bantuan dua hala kepada Israel ialah dalam bentuk bantuan ketenteraan," menurut laporan itu.

Pada 2007, AS bersetuju memberi pakej bantuan ketenteraan AS$30 bilion (RM95 bilion) kepada Israel untuk tempoh 10 tahun dari 2009 hingga 2018, dan semasa lawatannya ke Israel pada Mac 2013, Presiden AS Barack Obama berjanji AS akan terus memberikan Israel bantuan ketenteraan.

Benar, kuasa OPEC semakin berkurangan kerana sejak sekatan itu, negara Barat berusaha mengeluarkan minyak mereka sendiri.

Namun dengan simpanan minyak di negara Islam mencecah kira-kira 55.7 peratus daripada jumlah keseluruhan di seluruh dunia, mengikut statistik EIA bagi 2013, kita masih mampu menggoncang dunia.

Malangnya, negara Islam, dengan kekayaan sumber alam yang diberikan ALLAH, masih belum bangun daripada tidur selepas 66 tahun bumi Gaza diratah dengan rakus oleh bangsa pendatang Yahudi. 


Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 14-7-2014 07:34 AM
silap...

Agama lah musuh utama mereka....kuatkan agama...sure mereka mengeletar punya...
Quote Dzulqarnain 14-7-2014 07:59 AM
Ye ke? Kesatuan Arab yg berdiri di belakang Saudi pn dh goyang
bila Putin dan sekutu BRICSnya mewujudkan monetary dan trade model baru
- tamparan hebat gugat kekayaan jazirah, Amireka dan sekutu, ofkos termasuk Yisrael.

Quote Sephiroth 14-7-2014 09:57 AM
by tempur

Tetapi, negara Islam, walaupun mungkin tidak memiliki kecanggihan teknologi ketenteraan seperti Israel dan sekutunya, mereka dikurniakan ALLAH dengan sumber paling berharga di muka bumi, iaitu minyak.


Minyak sebagai senjata? Kenapa orang2 macam kamu tidak menganggap minyak sbg sumber mengubah dan memajukan dunia Arab? Kenapa orang2 macam kamu tidak menganggap minyak sbg sumber utk mendapatkan sains dan teknologi yg kamu sendiri mengaku negara Islam tak ada? Kenapa orang2 macam kamu tak terfikir mengunakan minyak utk memajukan diri sendiri?


Kaedah ini, yang membuktikan kekuatan ekonomi negara Islam pernah digunakan pada 1973.


Maaf, taktik lapuk ini sudah ketinggalan zaman. 1973 dulu (40 tahun yg lalu) mungkin ianya berjaya, tetapi kini Dunia sudah terjaga dari tidur. Mereka sudah sedar bahawa minyak itu tidak diperlukan lagi dan mereka mampu menjanakan tenaga dari sumber2 alternatif spt cahaya matahari, angin dan air.

Kamu tahu tak pasal 5 Pillars of Third Industrial Revolution yg direkacipta oleh kuasa Barat (terutamanya European Union) pada tahun 2007 dgn matlamat menukarkan pengantungan tenaga kpd pengunaan petroluem kpd "renewable energy source". Mereka mahukan pengurangan sebanyak (sekurang2nya) 20% pada SETIAP NEGARA EUROPA.
Quote obelisk 14-7-2014 10:16 AM
Former American President speaking the truth about Israel
Former American President Jimmy Carter speaking the truth about the apartheid regime of the Israeli government.

He responds to a caller who asks questions concerning pressure put on the US political system and the resulting support of Israel.
#FreePalestine #SaveGaza #PrayForPalestine

[fbv]10152136038346104[/fbv]
Quote namirulmukminin 14-7-2014 10:29 AM
Simunggu posted on 14-7-2014 07:34 AM
silap...

Agama lah musuh utama mereka....kuatkan agama...sure mereka mengeletar punya...

Betul... yang ni aku stuju...
Quote Cakkkk....aaaa 14-7-2014 10:30 AM
jangan harap.

negara arab allies US... banyak telah berlaku since 1973

perang teluk teruatmanya... telah mengubah geopolitik negara arab..

tambah2 dengan konflik dalaman beberapa negara arab sekarang i.e. mesir, syria makanya jangan haraplah OIC akan dapat buat apa2 tindakan
Quote Simunggu 14-7-2014 10:36 AM
namirulmukminin posted on 14-7-2014 10:29 AM
Betul... yang ni aku stuju...

org yahudi bermati matian menyerang akidah org islam....minyak kemudian sbb dia tahu minyak akan dpt dgn mudah kalau akidah sudah mereka control.....
Quote namirulmukminin 14-7-2014 10:42 AM
Kepada saudara muslim, aku sarankan kalian renung-renungkanlah Surah Al-Isra' (Ayat 4-8)...

Kemudian renung pula kitab Perjanjian Lama (Dalam Bible/Torah) Ulangan 29 (Ayat 1-29) dan Ulangan 30 (Ayat 1-10)...

Pastu bandingkan persamaan dan perbezaan antara keduanya.... guna kan akal untuk berfikir dan memahaminya.... Apa yang berlaku ke atas umat islam hari ini adalah kerana kesilapan umat islam sendiri... Umat Islam hari ini telah mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Bani Israil satu masa dahulu yang mengundang kemurkaan Allah... Sekarang giliran kita pula... itulah akibatnya...

Janji kedua dalam surah Al-Isra' (Kemanangan umat islam) takkan datang bergolek... Kita perlu kembali kepada jalan Allah... Tinggalkan Riba', Tinggalkan segala kemaksiatan yang berleluasa di kalangan umat islam... Tinggalkan segala larangan Allah dan kembalilah berhukum dengan HUKUM ALLAH....
Quote elle_april 15-7-2014 05:19 PM
Kalau betul berkesan silalah buat segera.. Kesian tengok org2 palestin kat sana.
Quote pyropura 15-7-2014 06:10 PM
mana boley sekat minyak, Arob2 sunni semua dah berganding bahu dgn kapitalis Yahudi zionis...





Quote perang_candu 15-7-2014 06:18 PM
rasanya tun M pernah gagaskan perkara ni masa persidangan OIC kat KL dulu.. tapi negara arob x setuju.
Quote ratna 16-7-2014 03:01 PM
klu sekat jualan minyak..mrk cari akal serang negara arab...
konon ada pengganas ler..bla..blaa..blaaa
Quote robertocarbos 16-7-2014 03:07 PM
Sephiroth posted on 14-7-2014 09:57 AM
by tempur

Renewal energy ada pun manusia tetap bergantung terhadap minyak,
berapa ramai jek orang denga UK tu pakai kereta electiric??
Mase pergi Manchester dulu nak jumpa stesen minyak ada charge electric susah!
So yeah! minyak dapat menumbangkan Israel,
Silap sekarang negara Arab tutup mata.
Sampai sempadan Mesir-Gaza ditutup daripada pekerje sukarela masuk!
Arab bangga para nabi lahir daripada kalangan mereka,
mereka lupa yang ianya sebab bangsa Arab sebenarnya bangsa yang paling BARBARIC dan hina.


Quote Anak_Nogori 16-7-2014 03:08 PM
Simunggu posted on 14-7-2014 10:36 AM
org yahudi bermati matian menyerang akidah org islam....minyak kemudian sbb dia tahu minyak akan d ...

kalau semua negara2 arab bersekufu ngan Russia plak macam mana?....negara2 arab kaya raya....beli senjata2 canggih dan halakan ke israel..guna inteligent Russia..tengok korea utara..apa cam?.
Quote bangcak 16-7-2014 04:03 PM
Simunggu posted on 14-7-2014 07:34 AM
silap...

Agama lah musuh utama mereka....kuatkan agama...sure mereka mengeletar punya...

nak kuat agama celah mana.
ustaz baru nak bukak tajuk ceramah 'hukum islam' tross kene cop berpolitik
Quote akificha 16-7-2014 07:53 PM
jika betul bagai dikata..kita sekat sahaja penjualan minyak ke negara yahudi..sian rakyat GAZA.
Quote Sephiroth 16-7-2014 08:30 PM
by robertocarbos  

Renewal energy ada pun manusia tetap bergantung terhadap minyak,
berapa ramai jek orang denga UK tu pakai kereta electiric??
Mase pergi Manchester dulu nak jumpa stesen minyak ada charge electric susah!


Aku pasal masa depan tak lama lagi, kamu cakap masa lampau yg sudah berakhir. Nampak sangatlah kamu tak ada sebarang ilmu pengetahuan akan apa yg berlaku di dunia kini.

Kalau kamu fikir bahawa minyak mampu mengalahkan Israel, teruskan je mimpi indah kamu itu. Satu hari nanti, orang Islam bagi minyak free kpd kaum bukan Islam pun, mereka tak nak kerana minyak dianggap kotor dan tak efficient. Masa itu, kemungkinan besar harga nyawa orang Islam tak nilai lagi dah.
Quote matpiah 17-7-2014 12:35 AM
Kalau pondan @Changa dia guna blackboard ja utk jadi senjata...kah kah kah
Quote chazey 17-7-2014 12:43 AM
Fuh. Dah lama tak nampak akak Sephiroth posting ilmiah.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.217630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top