CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda 26 Tahun Curi Duit Masjid

14-7-2014 10:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4032| Komen: 14

TEMERLOH – Sekumpulan jemaah di Masjid Kampung Sanggang sempat mengintai tindakan seorang lelaki yang mencuri duit tabung masjid sebelum menangkap dan menyerahkan kepada polis malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 malam kelmarin apabila sekumpulan jemaah melihat seorang lelaki menunggang motosikal memasuki kawasan masjid dalam keadaan mencurigakan.

Imam Masjid Kampung Sanggang Maazi Rahmat Maharam Abdullah berkata, sekumpulan jemaah terbabit kemudian bertindak mengintai tingkah laku pemuda berusia 26 tahun itu yang menggunakan dawai untuk melarikan duit tabung masjid itu.

“Apabila pemuda itu menyedari kehadiran jemaah, dia kemudian berpura-pura solat sedangkan ketika itu dia hanya memakai seluar pendek dan memakai kasut,” katanya.


Pemuda terbabit ditangkap dan ditahan di balai polis untuk siasatan pihak berkuasa


Maazi Rahmat berkata, hasil siasatan penduduk kampung mendapati pemuda terbabit berasal dari sebuah kampung yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Sanggang.

Menurutnya, pemuda terbabit mengaku mencuri kali pertama di masjid itu untuk tujuan mendapatkan wang untuk membayar hutang.

“Pemuda ini kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Anuar Othman mengesahkan tangkapan dibuat ke atas pemuda terbabit.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 11-7-2014 03:10 PM
musim nk raya ni rembat duit la kerja? baik ko cuci pinggan dr rembat
Quote sekngucing 11-7-2014 03:13 PM
rembat? buat apa rembat? ingat main bola ke apa?
curi la terus
Quote iman_aly 11-7-2014 03:21 PM
bdn sihat walafiat tapi pemalas! keje la woi! ngok!
Quote Artemesiaa 11-7-2014 03:27 PM
Sorang pakai lidi sorang lagi pakai dawai lebih kurang sama je gaget yang digunakan utk mencuri.
Quote encikWawad 11-7-2014 03:28 PM
selayaknya di kerah kerja keras - muda2 lagi haisshhh
Quote berun 11-7-2014 03:32 PM
mcm mana la terdetik nak curi duit masjid
Quote HANIMUSLIMAH 11-7-2014 03:37 PM
berun posted on 11-7-2014 03:32 PM
mcm mana la terdetik nak curi duit masjid

orang yang rajin keja macam depa ni memang dah aim masjid
dalam bulan Ramadhan kan masjid masyuk banyak.........
Quote zacrin 11-7-2014 03:41 PM
kah3 berpura2 solat kah3..pakai selaur pendek pulak kah3
Quote jzzz 11-7-2014 03:50 PM
smyg pakai seluar pendek dgn kasut!
mahzab mana la mangkok hayon ni ikut.....
Quote karlee 11-7-2014 04:07 PM
inilah balasan nakkan duit segera

dan akhirnya mendapat balasan cash

Quote gnote_2 11-7-2014 06:34 PM
berun posted on 11-7-2014 07:32 AM
mcm mana la terdetik nak curi duit masjid

dadah kot.. tgh high.. tapi tgk badan, sehat jee
Quote alinone78 11-7-2014 08:46 PM
Kesian dia
Kalau betoi takde duit nak bayar utang
Sila ke baitul mal
Quote BumpIQ 12-7-2014 12:12 AM
spatutnya tunggu la hari jumaat.. mesti byk duit org derma...
ni dpt ciput je... kena tangkap plak tu...
Quote Manusiabiasa 12-7-2014 02:43 AM
Bila manusia dah takda iman, mcm ni la...selalunya mat petbyg buat kerja ni...nak duit dgn cara senang sbb nk lyn ketagihan yg diri sendiri cari pasal..tak dpt curi duit masjid, meragut,menyamun,bunuh...ape nak jadi laaa...jauhkanlah keturunan aku dari org2yg berperangai mcm ni...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.163931 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top