CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tercekik Nasi Lihat Pegawai Agama

11-7-2014 04:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11676| Komen: 62

Sungai Petani: Seorang warga emas berusia 56 tahun yang sedang menjamu selera tidak mampu bercakap kerana tercekik nasi akibat terkejut apabila melihat sepasukan pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) menyerbu sebuah kedai kopi di Tikam Batu, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 11.30 pagi itu, kira-kira 10 lelaki bertempiaran lari sebaik menyedari kehadiran pegawai PADKM dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), tetapi malang menimpa warga emas itu kerana tidak mampu berlari disebabkan menggunakan tongkat.

Gambar hiasan


Ketika disoal siasat, warga emas berkenaan mengaku sedang makan sepinggan nasi berlaukkan ikan dan meminum kopi ais mendakwa dihantar oleh rakannya ke kedai kopi itu untuk makan.

Malah, warga emas berkenaan yang menggunakan tongkat akibat serangan angin ahmar itu mendakwa datang ke kedai kopi milik bukan Islam itu untuk menjamu selera kerana ia menjual masakan Melayu berikutan pemiliknya mengupah tukang masak Melayu untuk memasak lauk-pauk.

Ketua Penguat Kuasa PADKM Zaiferi Zainul Abidin berkata, warga emas terbabit diambil keterangan dan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dengan dia boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika sabit kesalahan.

11

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 11-7-2014 02:30 PM
ishk tak malu dah tua2 pun tak posa
Quote biggirlduncry 11-7-2014 02:33 PM
alahai pakcik oii... kalau sungguh la mu dok sihak..
tak mampu puasa dok saje la diam2 kat rumah, nak makan apa pun takpe
badak berendam, taik itik, pizza, kfc...makan la sambil bersandar kat tiang seri rumah tu..

tak payah la sampai bertongkat ke kedai carik makan
pastu wak muko sedih oyak tak sihat la, angin ahmar la..

alahaiiiii
Quote TuntungReturn 11-7-2014 02:37 PM
tgh tecekik depa patot ckp ramai2 serentak MANROBBUKA!!!!!:lol
Quote Loxlaxman 11-7-2014 02:39 PM
Huk aloh .... mintak simpang ler supaya tak jadi kat aku ... nak kena tobat dah ni ..
Quote hungryhenry 11-7-2014 02:47 PM
gigih bertongkat kluar pi mkn..nasib ajal xdtg
bertongkat dan hampir tercekik tu peringatan utk pokcik..harap insap
Quote kikuri 11-7-2014 02:47 PM
nasib baik tak innalillah terus....sia -sia je...dah tua-tua pon tak boleh beri tauladan yang baik
Quote xtahumenahu 11-7-2014 02:49 PM
hmmmm...xtau laaa apa yg susah sgt tahan lapar kejap..hishhh
Quote card_reader 11-7-2014 02:59 PM
Tikam batu nie port plastik hitam tepi jalan yg mengadap petronas......:lol
Quote iman_aly 11-7-2014 03:05 PM
budak kecik pn reti puasa laa.. adooiii pakcik2
Quote star_anisse 11-7-2014 03:08 PM
takut kt manusia dr takut kt allah... insaf la atuk!
Quote epis 11-7-2014 03:09 PM
malu ke kat anak cucu, huhu..
Quote CiliPadiSedap 11-7-2014 03:10 PM
sebelum pakcik ni tercekik?

ada tingkah laku pelik tak semalam?

ada termimpi mimpi ke?
Quote lolali 11-7-2014 03:15 PM
hahahaha imagine dia tgh pki tongkat jln g kedai mkn, lps tu kantoi tercekik. ahahahah
Quote lavatungguMLQ 11-7-2014 03:22 PM
CiliPadiSedap posted on 11-7-2014 03:10 PM
sebelum pakcik ni tercekik?

ada tingkah laku pelik tak semalam?

mimpi lu kena kubur sebab mati barah buah dada...

ni anak dia bagitau wa ni..









Quote lonso 11-7-2014 03:23 PM
mmg padanlah.. sape suruh...
Quote ice_sky92 11-7-2014 03:24 PM
Kenapa tak masak maggi kt umah je?
Quote uori 11-7-2014 03:25 PM
hahahahahahaha
buat malu sungguh
Quote pasuoren 11-7-2014 03:31 PM
@GhostWalking ,
ko punye tajuk berita2 sensasi dah jadik lawak pulak..
Quote amyainsamad 11-7-2014 03:36 PM
mknla kt umh pakcik ooiii


ke ni spesis dpn bini ckp pose, sbnrnya xpose??


awk tu takut bini ke takut ALLAH??

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.094933 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top