CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembunyi Dalam Seluar Dalam

11-7-2014 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5800| Komen: 25

SENAWANG - Tiga pekerja ladang warga Pakistan ditahan Jabatan Imigresen Negeri ditepi perhentian tol di Senawang di sini, kelmarin kerana disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Lebih mengejutkan, hasil daripada penahanan ketiga-tiga warga Pakistan yang berumur lingkungan 40-an itu, turut membawa kepada penemuan barang kemas seberat 83 gram dan sejumlah wang tunai RM2,500, yang disembunyikan di dalam seluar dalam dua daripada tiga lelaki tersebut ketika pemeriksaan pada anggota badan dilakukan.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan secara kebetulan ke atas kesemua mereka kira-kira  2 petang, kelmarin, selepas mereka dilihat dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, mereka yang bekerja di Shah Alam didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pihak berkuasa.

“Oleh demikian, kita membawa mereka ke pejabat untuk pemeriksaan lebih lanjut dengan turut membuat pemeriksaan pada anggota badan sebelum menemui barang kemas dan wang tunai yang telah disembunyikan di dalam seluar dalam dua daripada tiga lelaki tersebut,” katanya.

Katanya, daripada soal siasat selepas penemuan barang kemas dan wang tunai tersebut, mereka dipercayai baharu sahaja pulang dari membeli barang kemas di Kuala Pilah sebelum singgah di Senawang.

“Tindakan suspek ketika ditahan kelmarin amat meragukan bagaimanapun, mereka telahpun ditahan dan akan  dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut mengikut di bawah Sekyen 6 (1)(c) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana tiada  dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 11-7-2014 11:00 AM
malaysia darul internasional.

mcm2 warganegara ada kat malaysia. u named it..

Quote znuyul 11-7-2014 12:00 PM
emas bau tut...hazab baunya..sedangkan bau badan pun aku x tahan ni bau tut dorang,lagi la..pengsan
Quote kluangman 11-7-2014 02:36 PM
Tatktik nak elak kena pau sebenarnya.
Biasanya depa ada dokumen tapi semuanya majikan pegang.
Kalau tak pegang hilanglah depa.
Quote ice_sky92 11-7-2014 02:42 PM
Simpati dgn emas dan duit ituuuuu...
Quote tucenmeow 11-7-2014 02:43 PM
habis kena cek......
Quote pengimbas 11-7-2014 05:02 PM
jangan dihilangkan pulak barang kemas orang tu ye... dah lepas tu, bagi balik...
Quote nebulagazer 11-7-2014 05:06 PM
Aku harap bukan brg curi
Quote mak_wa95 11-7-2014 05:23 PM
barang kemas nak pakai raya tu...
Quote BotakChinPeng 11-7-2014 09:16 PM
nampak orang pakistan tahan dan periksa terus
Quote sigila 11-7-2014 09:28 PM
Melabur emas ni
Quote alinone78 11-7-2014 11:00 PM
Nak gunakan emas n duit sebagai barang hantaran kot
Bakal manten org nogori
Mana la tau
Minta serba berdiri
Quote Changa 11-7-2014 11:07 PM
otai_g posted on 11-7-2014 11:00 AM
malaysia darul internasional.

mcm2 warganegara ada kat malaysia. u named it..

tak payah nak batak sangat la sis, dunia hari ini sudah globalisasi.
tak perlu nak batak sangat bila ada orang asing berkuntum di tanah air,
bukan tanah air sahaja, mana2 negara pun sama sahaja.

tak nak orang luar datang, pergi sahaja menetap di korea utara. hidup sesama caprut
Quote BeeHaa 11-7-2014 11:14 PM
P tangkap pakistan kat nilai 3 sana tu. Berlambak2 lah dorang niaga tudung. Takde sorang org kita.  Aku klu beli tudung situ pilih kedai yg x bau hapak pakistan.
Quote GhostWalking 11-7-2014 11:24 PM
sigila posted on 11-7-2014 01:28 PM
Melabur emas ni

Melabur dalam seluar dalam hahahahah
Quote batmana 11-7-2014 11:35 PM
xpenah dgr lak, pakistan meragut..
diorg bukan reti bawak motorsikal..boleh terbabas nnti..
Quote ultra78 11-7-2014 11:40 PM
barang kemas itu nanti kena sertu tak?

Quote BumpIQ 12-7-2014 04:09 AM
spendar stopa ali ke yg dia pinjam???
Quote FanTasyCreaTioN 12-7-2014 04:17 AM
pengimbas posted on 11-7-2014 05:02 PM
jangan dihilangkan pulak barang kemas orang tu ye... dah lepas tu, bagi balik...

ha`ah .. setuju ..



Quote mommymonster82 12-7-2014 04:43 AM
Bangla  paki mari malysia boleh brli barang kemas hntar kt bini.. Rakyat mlysia sihat walafiat duk dalm pondok berkemut dgn mertua 14 orang dalm tu..kerajaan negeri jugak yg disalhkn...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.084247 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top