CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Port Kaki Ponteng Puasa Di Serbu

8-7-2014 04:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7446| Komen: 33



DUNGUN - RM6 sebungkus. Itulah harga yang dikenakan bagi mereka yang tidak berpuasa untuk mendapatkan sebungkus nasi.

Walaupun lebih mahal daripada biasa, demi melayan nafsu makan yang tidak terbendung mereka tidak kisah untuk membayarnya.

Bagaimanapun tindakan tidak bertanggungjawab pengusaha pusat hiburan, di sini, yang menjual nasi bungkus kepada golongan tidak  berpuasa pada waktu pagi dan tengah hari terbongkar selepas premis itu diserbu pihak berkuasa, pagi semalam.

Hasil pemeriksaan, nasi bungkus dipercayai berlauk ayam dan daging itu dimasukkan dalam kotak untuk mengelak dihidu sebelum dijual kepada penduduk.

Bagaimanapun, nasi bungkus tersebut difahamkan hanya dijual kepada pelanggan tetap di premis yang turut beroperasi sebagai pusat snuker.

Serbuan melibatkan Unit Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Dungun dan Penguat Kuasa Syariah diketuai Pegawai Agama Daerah, Nik Zulhaiza Ismail seawal jam 8 pagi itu turut menahan dua lelaki dalam dua serbuan berasingan masing-masing di warung dan restoran bukan Islam.

Dalam serbuan pertama, seorang buruh yang juga warga emas ditahan ketika menikmati sarapan pagi di ruang dapur restoran bukan Islam di pekan Kuala Dungun, manakala dua lagi berjaya meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran pihak penguat kuasa.


Serbuan seterusnya dilakukan di sebuah warung kopi milik bukan Islam, tidak jauh dari lokasi pertama serbuan dilakukan.

Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, beberapa lelaki Melayu yang dipercayai sedang menikmati sarapan pagi roti bakar dan kopi o cuba melarikan diri, namun seorang daripadanya berjaya ditahan.

Suspek berusia 54 tahun, difahamkan seorang peneroka yang beralamat di Felda Kerteh Empat.

Dia dikatakan sanggup meredah perjalanan lebih 20 kilometer semata-mata untuk menikmati sarapan pagi di warung kopi yang menjadi kunjungan masyarakat Tiong Hua setiap pagi.

Dalam serbuan berasingan kira-kira jam 8.15 pagi sebelumnya, seorang peniaga kedai makan di Bijangga turut diberikan amaran keras kerana dipercayai menjual makanan kepada orang tidak berpuasa.

Nik Zulhaiza yang ditemui pada operasi berkenaan berkata, pihaknya akan memperhebatkan operasi sama sepanjang Ramadan ini bagi membanteras jenayah syariah, iaitu tidak menghormati bulan puasa.

Beliau juga berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

Mereka yang melakukan kesalahan tidak menghormati Ramadan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum 1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama manakala kesalahan kedua boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

2

Bagus
4

Marah
12

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 8-7-2014 01:09 PM
da tua2 pun x larat nak posa lagi ker...
budak2 kecil pun gigih blajar posa..
Quote setia00 8-7-2014 01:31 PM
lagi tua lagi malas puasa...
Quote ctaz 8-7-2014 01:34 PM
dah tua...dah nak mampos pun malas nak posa....
heran aku....
Quote mirae7729 8-7-2014 02:23 PM
gastrik kot...xbaik tabur fitnah bulan mulia ni..bersangka baik je.
Quote kenarikelabu 8-7-2014 02:36 PM
masak megi kat umah je udah lerr....punya la pemalas nk masak sendri
Quote Parit.Hilton 8-7-2014 02:37 PM
buatnya makan nasik bungkus tu pastu ada kuman e coli ke.... baru diorang ni taubat kot
Quote izabellemylia 8-7-2014 02:45 PM
sanggup dtg 20km katanya...
Quote gaara_X 8-7-2014 02:51 PM
hehehehehehehee......makan berjamaah mmg kantoi der
Quote brownstone 8-7-2014 02:55 PM
Tapi kalau melakukan kerjaan berat x salah kut x puasa??

Mana nak dtg kudrat kalu x makan?
Quote exclusive_vvip 8-7-2014 02:59 PM
i heran btol la dgn golongan x puasa ni...kalu yer pun takmo puasa, makan sajalah kat dlm rumah...ni gigih gi cari makan kat luar apehal....kalu kene tangkap, bukan diri sendirimje malu.keluarga pun malu juga....
Quote azrain98 8-7-2014 03:13 PM
nasi bungkus itu amat menyelerakan
Quote MengkuduMasam 8-7-2014 03:21 PM
tetiba teringat kat housemate aku jaman study dulu... slamber badak xposa... siap suh org lain masuk bilek sbb dia nak mkn...

pi bazar ramadhan.. awal.. saing2 org gomen kuar opis... sampai umah terus mkn...

harap2 ko dah posa laa laa nih...
Quote harimau76 8-7-2014 04:07 PM
dia tak masak maggi kat umah sbb malu kat bini, anak cucu semua.. makan kat kedai, balik pura2 posa la depan family..
Quote bluehedgehog 8-7-2014 04:09 PM
untungnya rm6 sebungkus...double price
Quote zameyla 8-7-2014 04:11 PM
sedap pulak tengok nasi tu....
Quote batmana 8-7-2014 04:14 PM
exclusive_vvip posted on 8-7-2014 02:59 PM
i heran btol la dgn golongan x puasa ni...kalu yer pun takmo puasa, makan sajalah kat dlm rumah...ni ...

biasa golongan cmni, dia jenis nafsu besar.
tk layan mskn sendri, nk org lain mskan..

Quote rdzaccess 8-7-2014 04:22 PM
kalau puasa takleh kerja berat
tak kerja,tak der pendapatan
tak der pendapatan ,tak leh beli makanan
tak der makanan, tak leh makan
tak leh makan , kena puasa gak ..
Quote Anden 8-7-2014 04:24 PM
Dey...malu la...dah tua pun tak larat berposa...

Anak sy yg 6 tahun puasa dah 10 hari penuh...tak mengeluh pun...siap aktif bermain cam biasa...
Quote nist02 8-7-2014 07:46 PM
mirae7729 posted on 8-7-2014 01:23 PM
gastrik kot...xbaik tabur fitnah bulan mulia ni..bersangka baik je.

Ye le tp pe iye mkn kat kedai.. x pose tu antara dia ngan allah tp sebagai islam hormat bulan yg mulia ni da org lain yg menjalani ibadah ni...x gitu..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.178808 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top