TUMPAT - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu. Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah. Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang. "Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH. "Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya. Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan. Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting. Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998.
|
the_killer posted on 8-7-2014 12:42 PM
salah satu tanda kiamat ialah ayat2 Al-Quran di Al-Quran akan hilang
Innrukia posted on 8-7-2014 12:46 PM
Dan Al-Quran hanya dijadikan hiasan. Dibaca hanya bila ada kematian @ kenduri kesyukuran
chinta89 posted on 8-7-2014 12:46 PM
mse buka tu nampak hilang atau buka2 tu dah mmg hilang?
ak syak lapuk dek zaman kot page tu..
FanTasyCreaTioN posted on 8-7-2014 12:50 PM
ha`ah .. nak tanya soalan yang sama..
memang takde masa beli ka..?
chinta89 posted on 8-7-2014 12:53 PM
x ade kaki2 plk nk tanya sep mrsm tersebut... hmmm.. kalo tak helo terus lps baca td
the_killer posted on 8-7-2014 12:49 PM
kalo salah prnt ka..apa ka...mungkin sebab lain...
tp kalo dulu2 dah terima Al-Quran ni...siap2 ...
Simunggu posted on 8-7-2014 12:49 PM
waktu aku sekolah dulu dulu pun ada...ada mamat tu siap berdrama..menangis teresak esak...
konon ...
ADVERTISEMENT