CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditegur Kerana Tidak Basuh Telur

8-7-2014 04:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11360| Komen: 66



KUANTAN - Lima peniaga roti john dan murtabak di bazar Ramadan di daerah ini diberi teguran selepas didapati tidak membasuh telur ayam dengan sempurna sebelum digunakan dalam masakan mereka.

Ketika pemantauan dilakukan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Pejabat Kadi Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kesemua peniaga itu sedang sibuk membuat persediaan untuk memulakan perniagaan.

Peniaga terbabit bagaimanapun menyambut baik teguran secara lisan itu dan membersihkan telur sebelum menyediakan masakan kepada pelanggan.

Mereka juga didapati meletakkan telur di dalam bakul tetapi masih kelihatan tidak bersih  dan boleh mengakibatkan pencemaran ke atas makanan yang dijual.

Ketua Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan bin Abdul Manan berkata, hasil pemantauan di beberapa bazar mendapati ada penjual yang tidak membasuh telur dengan sempurna dan masih terdapat kesan najis di kulit telur berkenaan.

Menurutnya, Jaip memberi teguran secara lisan supaya semua peniaga berkenaan mengubah cara membasuh telur dan bersih.

“Jika ada kesan najis, ia tersasar dari takrif halal sedangkan ketika penyediaan makanan hendaklah tidak mengandungi najis,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang menyediakan makanan di rumah juga perlu peka dengan kebersihan dan tiada sebarang unsur pencemaran ketika penyediaan dan pemprosesan.

Justeru katanya, pengendalian makanan juga perlu jauh dari tempat bernajis dan kekal bersih sepanjang proses penyediaan dilakukan.

Noridzuan berkata, Jaip sebelum ini sudah memberi taklimat berkaitan Halal kepada semua peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri.

Katanya, antara perkara yang ditekankan adalah penggunaan bahan ramuan yang disahkan halal dan menjaga tahap amalan kebersihan yang maksima ketika penyediaan makanan.

7

Bagus
12

Marah
6

Terkejut
16

Sedih
1

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 8-7-2014 01:10 PM
malas kekdahnya
tau nak utung jek
Quote hungryhenry 8-7-2014 01:12 PM
teringat keow teow telur ayam dibasuh kt sg dua penang
Quote supernaturalee 8-7-2014 01:13 PM
murtabak tebal2 yg jual kt persimpangan uniten tu
telur2 yg bnyk tu dh basuh ke belum?
klu dh basuh asal letak balik kt bekas telur yg lekuk2 tu?
korang rasssse.....
Quote famri7 8-7-2014 01:13 PM
Bukan kah haram makan telor kotor bertahi keruping krup2..

Harap2 penggemar murtabak pergi cuci darah sebelum raya.
Quote tengokjerrr 8-7-2014 01:18 PM
kalau nmpak yg jenis tak basuh dulu ... gerenti tak beli@makan.

utamakanlah kebersihan dan ISLAM sbg anutan dan pegangan.
Quote boyagombak 8-7-2014 01:20 PM
Tulur ada basuh punya.
Ayam vara punya tahi suda kasik birsih


Last edited by boyagombak on 8-7-2014 01:23 PM

Quote OmJualGas 8-7-2014 01:29 PM
Selalunya kalau telor aku la kan.  aku cuci dengan dettol, lepas tu aku kasi kering guna hair dryer, lepas tu aku bagi minyak wangi body shop white musk...
Quote otai_g 8-7-2014 01:35 PM
dah ada kes baru la sibuk nak membasuh. walhal sebelum ni dok rilek jerk...

kalo gi restoran mampley agak2 dorang basuh x? huhuhuh..


Quote HaifaHanna 8-7-2014 01:37 PM
OmJualGas posted on 8-7-2014 01:29 PM
Selalunya kalau telor aku la kan.  aku cuci dengan dettol, lepas tu aku kasi kering guna hair dryer, ...

Telor awk...????????????????????????????
Quote lucky_peace 8-7-2014 02:00 PM
supernaturalee posted on 8-7-2014 01:13 PM
murtabak tebal2 yg jual kt persimpangan uniten tu
telur2 yg bnyk tu dh basuh ke belum?
klu dh basu ...

i serik rasenye nak beli burger special sebab pernah tunggu burger i siap, terpandang telur dalam bakur ade kesan najis lagi, erkk..... terus tukar nak burger biase, huhu...
Quote chinta89 8-7-2014 02:00 PM
boyagombak posted on 8-7-2014 01:20 PM
Tulur ada basuh punya.
Ayam vara punya tahi suda kasik birsih

selalu nampak
Quote Loxlaxman 8-7-2014 02:11 PM
Tak de ke servis basuh telur kat Mesia ni ...?
Quote supernaturalee 8-7-2014 02:15 PM
Loxlaxman posted on 8-7-2014 02:11 PM
Tak de ke servis basuh telur kat Mesia ni ...?

telur sendiri cuci sendiri
Quote Loxlaxman 8-7-2014 02:17 PM
supernaturalee posted on 8-7-2014 02:15 PM
telur sendiri cuci sendiri

Tak bleh .. takut pecah ..
Quote supernaturalee 8-7-2014 02:47 PM
Loxlaxman posted on 8-7-2014 02:17 PM
Tak bleh .. takut pecah ..

xckup keras la klu mcm tu
Quote ajie2000 8-7-2014 02:52 PM
bagus lah ada pemantauan selalu..

tahniah...

Puji lah sikit..ni tak asik nak mengkondem aja..
Quote brownstone 8-7-2014 02:53 PM
Tangan lepas garu telur pon kena basuh jugak
Quote saladin780 8-7-2014 02:59 PM
Kalu malas sgt basuh telur, beli la yg mahal sikit jenis gred a tu..dah siap basuh
pun
Quote idadzira 8-7-2014 03:02 PM
tu telur ayam...telur sendiri ada basuh x?

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.053445 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top