CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pagi Jual Roti Canai, Malam Jual Kanabis

12-12-2013 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4945| Komen: 4

Description: Ayer Keroh - Seorang Peniaga Roti Canai Terlepas Hukuman Mati Di Tali Gantung Apabila Dijatuhi Hukuman Penjara Selama 30 Tahun Dan 20 Sebatan Oleh Mahkamah Tinggi Di Sini, Semalam Atas Kesalahan Memil ...


AYER KEROH - Seorang peniaga roti canai terlepas hukuman mati di tali gantung apabila dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas kesalahan memiliki 902.38 gram kanabis.
       
Hukuman diputuskan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil terhadap Mohammad Shah Hashim, 48, yang membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan.
       
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan pilihan, Mohammad Shah didapati memiliki 165.97 gram dan 736.41 gram kanabis di sebuah rumah di Jalan Paya Rumput kira-kira 9 malam pada 30 Oktober 2012.
       
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tempoh tidak kurang lima tahun dan minima 10 sebatan.
       
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri menahan tertuduh yang sedang menebar roti canai di hadapan rumahnya.


Bagus
2

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 11-12-2013 10:58 AM
Roti canai doplosen.  Hahaha
Quote kelip2_07 11-12-2013 11:05 AM
roti canai berkanabis
Quote mak_wa95 11-12-2013 11:11 AM
rajin nya dia...
buat 2 kerja...
nak tambah pendapatan....

sekarang dak rilek r....
30 tahun semuanya ditaja...free...
Quote DeMax 11-12-2013 11:13 AM
Dia ikhlas nak menjana ekonomi tu...endless possibilities

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.209627 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top