CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Kubur Tidak Cukup

8-7-2014 02:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11727| Komen: 20

10 kampung perlu tanah kubur

KUALA TERENGGANU – “Mungkin tak sampai 10 tahun saja lagi kawasan kubur ini tak dapat diguna kerana sekarang pun sudah berhimpit.”

Demikian kata penduduk ketika mengadakan Program Gotong-royong Perdana Komuniti 1Malaysia Mukim Chabang Tiga Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Lama, yang turut diakui Pengerusi JKKK Makam Lama, Sayed Hassan Sayed Abd Kadir.

Sayed Hassan berkata, permohonan untuk menyediakan tanah perkuburan sudah dikemukakan kepada pihak berwajib sejak tiga tahun lalu, namun setakat ini usaha itu belum berhasil.



Sabri (kanan) bersama Sayed Hassan (dua, kiri) membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Lama pada Program Gotong-royong Perdana Komuniti 1Malaysia Mukim Chabang Tiga.


“Sudah tiga kali saya mohon kepada kerajaan untuk sediakan tanah kubur di kampung ini kerana kubur yang ada (Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Lama) digunakan hampir 10 kampung, antaranya Makam Lama, Seberang Baruh, Masjid Tok Ku, Tok Kaya, Hiliran, Losong Haji Su, Kubang Buyong dan banyak lagi.

“Saya rasa dalam tempoh 10 tahun lagi, kawasan ini akan penuh sekali gus menyukarkan penduduk untuk mengebumikan sanak-saudara mereka. Saya sudah fikirkan perkara ini dan beberapa kali buat permohonan, tetapi masih tiada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Menurut Sayed Hassan lagi, sekiranya kerajaan perlu mengambil semula tanah untuk dijadikan tanah perkuburan, perkara itu boleh dibawa berbincang.




Namun katanya, sebarang kata putus belum dibuat sehingga kini walaupun penduduk sudah menunggu selama tiga tahun.

Dalam pada itu, Sayed Hassan turut meminta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menebang hampir 20 pokok cengal yang semakin membesar di tanah perkuburan seluas kira-kira 1.21 hektar tersebut.

“Kami manalah ada alat nak tebang pokok cengal yang besar macam ini, dan berharap MBKT supaya dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya.

16

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 8-7-2014 01:10 PM
Terengganukan banyak laut..buat underwater cemetary pulok lah..baru anak durhaka ada alasan xnak melawat kubur ibubapa mureka..
Quote leylapple 8-7-2014 01:17 PM
baitulmal ada satu lagi cabang sub business, iaitu land banking utk tanah wakaf.

tapi banking2 tanah last2 develop jadi kawasan komersial..even tanah kubur pun nak diambik utk mix development...
Quote CiliPadiSedap 8-7-2014 01:20 PM
leylapple posted on 8-7-2014 01:17 PM
baitulmal ada satu lagi cabang sub business, iaitu land banking utk tanah wakaf.

tapi banking2 ta ...

dekat tanah arab mereka dh buat kubur apartment.

bertingkat.

satu liang lahad boleh masuk 7 orang.

dekat malaysia sahaja masih amalkan satu liang lahad satu orang.



Quote Z77 8-7-2014 01:23 PM
CiliPadiSedap posted on 8-7-2014 01:20 PM
dekat tanah arab mereka dh buat kubur apartment.

bertingkat.

arab wahabi kat sini sunni..tak sama..heheher

Quote edoraixora 8-7-2014 01:23 PM
bace tajuk tred, ingat sumber dr mastika tadi....haishhh
Quote scorpionkiki 8-7-2014 01:27 PM
Kena Mari awallah kalau mcm tu until make sure dpt tempat
Quote twins 8-7-2014 01:33 PM
alaaa.... kesian kat tok adi... lepas ni tok adi dah tak ada job laa....
Quote prettyuglybabe 8-7-2014 02:47 PM
kalu ye pun berlakon, amik la jarak sikit menyapu tu
Quote azrain98 8-7-2014 03:20 PM
nampak sngt berlakon ekekekek
Quote azrain98 8-7-2014 03:20 PM
prettyuglybabe posted on 8-7-2014 02:47 PM
kalu ye pun berlakon, amik la jarak sikit menyapu tu

kantoi sudah
Quote TuntungReturn 8-7-2014 03:22 PM
kne buat kubur cm kt arab
.satu liang 10 mayat pun ada..
Quote lavatukarsofa 8-7-2014 03:31 PM
TuntungReturn posted on 8-7-2014 03:22 PM
kne buat kubur cm kt arab
.satu liang 10 mayat pun ada..

100 mayat pun takpe...itu hanya kubur..

tempat terakhir Allah menutup aib manusia....



Quote TuntungReturn 8-7-2014 03:32 PM
lavatukarsofa posted on 8-7-2014 03:31 PM
100 mayat pun takpe...itu hanya kubur..

tempat terakhir Allah menutup aib manusia....

bgusla lu dh jdk uztad
lu sudah.mntk.maap ngn dino ka belum
Quote lavatukarsofa 8-7-2014 03:35 PM
TuntungReturn posted on 8-7-2014 03:32 PM
bgusla lu dh jdk uztad
lu sudah.mntk.maap ngn dino ka belum

dimanakah sampian belajar agama yang disalahi harus menuntut maaf dari yang menyalahi..??

apakah sampian berguru dengan pak kiai sesat..??


Quote TuntungReturn 8-7-2014 03:36 PM
lavatukarsofa posted on 8-7-2014 03:35 PM
dimanakah sampian belajar agama yang disalahi harus menuntut maaf dari yang menyalahi..??

apaka ...

maaf salah ka x salah kne mintak.lu bljar mna time salah ja.mntak maaf..lu kne bukak kitab blik.ni
Quote lavatukarsofa 8-7-2014 03:40 PM
TuntungReturn posted on 8-7-2014 03:36 PM
maaf salah ka x salah kne mintak.lu bljar mna time salah ja.mntak maaf..lu kne bukak kitab blik.ni

jadi dimana letaknya darjat orang yang disalahi kalau harus terus2an menuntut maaf dari yang menyalahi..??

apa agama mengajar kita terus2an ditindas...padahal mempertahankan haq sesuatu yang wajib di dalam islam...???



Quote TuntungReturn 8-7-2014 03:42 PM
lavatukarsofa posted on 8-7-2014 03:40 PM
jadi dimana letaknya darjat orang yang disalahi kalau harus terus2an menuntut maaf dari yang menya ...

lu pas buka nnti.mkn ubat   doktor suruh..wa phm posa ni lu x stabil.haha
Quote Bell 8-7-2014 03:44 PM
Dkt Spore kubur org islam ada limited time. Lepas 3-5 tahun - kubur digali semula dan tulang-tulang dipindahkan ke bangunan khas. Kubur yg dikosongkan akan digunakan mayat berikutnya.
Quote nebulagazer 8-7-2014 03:45 PM
Laman istana sultan besau..tumpang je la...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.124044 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top