CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Judi Haram: Selangor Paling 'Hebat'

7-7-2014 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8096| Komen: 43

Gambar hiasan

ALOR SETAR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri bagi membincangkan mengenai masalah judi haram yang semakin berleluasa.

Katanya, tindakan melawat negeri-negeri itu bagi mendapatkan sokongan terhadap usaha kementerian itu memerangi judi haram, antaranya dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan keluarga (PHK).
   
"Saya yakin mereka (menteri besar dan ketua menteri), termasuk yang dikuasai pembangkang, akan memberi sokongan kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membanteras judi haram yang akhirnya akan merosakkan akhlak penduduk di negeri berkenaan.
   
"Masalah (judi haram) ini terlalu serius. Dan saya fikir Selangor yang paling 'hebat'," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama warga KDN Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.
   
Hadir sama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.
   
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata pasukan petugas yang diwujudkan bagi menangani kegiatan judi haram itu akan mengadakan kerjasama dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri selain Jabatan Peguam Negara, PBT, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
   
"Ini semua bagi membanteras judi haram termasuk penyitaan premis perjudian, aset perjudian, perkakasan perjudian dan harta benda dipunyai oleh mereka yang menjalankan kegiatan perjudian haram," katanya.
   
Beliau berkata, ada undang-undang berkaitan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi beberapa pindaan tambahan diperlukan untuk memperkuatkan pelaksanaan pencegahan dan pembanterasan.
   
"KDN amat mengalu-alukan usaha Jabatan Peguam Negara untuk membantu membentangkan pindaan itu. Kita harap akan dapat dilakukan dalam sidang Parlimen pada Oktober depan," katanya.
   
Beliau berkata, iltizam politik dan komitmen kerajaan amat jelas dalam membendung serta membanteras kegiatan judi haram dan beberapa mesyuarat penyelarasan antara agensi persekutuan yang terlibat telah diadakan dan akan diperluaskan di peringkat negeri.

"Ada yang mencadangkan supaya KPI (petunjuk prestasi utama) ditekankan bagi menentukan penguatkuasaan ini dilaksanakan. KPI ini adalah prestasi yang akan diukur bukan hanya untuk KDN dan PDRM tetapi juga mengukur pencapaian semua agensi pusat dan negeri apabila pelaksanaan penuh dilakukan kelak," katanya. 


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rdzaccess 7-7-2014 12:07 AM
statistik ada tapi belum diubahsuai
Quote airfilterkotor 7-7-2014 12:12 AM
"Saya yakin mereka (menteri besar dan ketua menteri), termasuk yang dikuasai pembangkang, akan memberi sokongan kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membanteras judi haram yang akhirnya akan merosakkan akhlak penduduk di negeri berkenaan.
   
"Masalah (judi haram) ini terlalu serius. Dan saya fikir Selangor yang paling 'hebat'," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama warga KDN Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Yello Dato Seri, apakah bezanya kerusakan kekal diantara JUDI HALAL (berlesen) dengan JUDI HARAM...?
Quote mbhcsf 7-7-2014 12:14 AM
well , i rasa

tak ada statitistik dinyatakan

atau

dia tak ada statistik

atau

dia fikir ....berasaskan statitisk  ( yg tak dizahirkan)

atau

dia fikir tanpa ( pengetahuan statistik )


adalah kemungkinan


so , nak kata  dia tak tahu tepat ke?






Quote rikiruj 7-7-2014 08:33 AM
Bukan pusat judi haram je banyak kat selangor ni, pusat urut pun belambak2 nak2 kat area THeresa Kok tu...
Quote shamsadis 7-7-2014 08:39 AM
kalo p kedai judi, yang main judi tue Melayu tapi speaking Budus Selangor ka tue
Quote gaara_X 7-7-2014 08:40 AM
hehehehehe.....nampak orang je...nampak kita???
Quote Al-Patih 7-7-2014 08:55 AM
ALOR SETAR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri bagi membincangkan mengenai masalah judi haram yang semakin berleluasa.

apoh punya crita mamat nie..ini bidang kuasoh polis lah ...
Quote ~anya~ 7-7-2014 08:59 AM
rikiruj posted on 7-7-2014 08:33 AM
Bukan pusat judi haram je banyak kat selangor ni, pusat urut pun belambak2 nak2 kat area THeresa Kok ...

Theresa cock itu taikor kah?
Quote jijigren 7-7-2014 10:19 AM
Pahang = Judi HALAL

Selangor = Judi HARAM

Quote mattzzx 7-7-2014 10:27 AM
jijigren posted on 7-7-2014 10:19 AM
Pahang = Judi HALAL

Selangor = Judi HARAM

Semua yang ada Selangor tak baik.......masalah air, judi, pasir,pelacuran dll....
Heran lah.....

Quote hzln 7-7-2014 10:37 AM
kes jenayah paling banyak di selangor
denggi paling banyak kes kat selangor
cerai paling ramai kat selangor
judi HARAM paling berleluasa di selangor

dah penduduk paling ramai, memanglah
menteri otak besar telur burung puyuh


Quote c===8 7-7-2014 10:43 AM
judi mesin ni dah berleluasa di selangor sejak dulu lagi, tak kira party mana perintah pun
janji boleh kowtim dgn org2 yg boleh melindungi kegiatan mereka
Quote BotakChinPeng 7-7-2014 10:50 AM
shamsadis posted on 7-7-2014 08:39 AM
kalo p kedai judi, yang main judi tue Melayu tapi speaking Budus  Selangor ka tue

cina lagi ramai main la bodoh
Quote melia_star 7-7-2014 10:51 AM
airfilterkotor posted on 7-7-2014 12:12 AM
Yello Dato Seri, apakah bezanya kerusakan kekal diantara JUDI HALAL (berlesen) dengan JUDI HARAM.. ...

bukankah yang kt atas bukit berdekatan Karak tu yg paling 'hebat'?? sembang kencang lagi jawa seberang ni........
Quote melia_star 7-7-2014 10:54 AM
hzln posted on 7-7-2014 10:37 AM
kes jenayah paling banyak di selangor
denggi paling banyak kes kat selangor
cerai paling ramai kat ...

ntahnya, haruslah 'hebat' kan...negeri urban paling maju lagik....paling padat penduduk lagi...paling tinggi pendapatan perkapita lagik....paling ramai PATI lagi...PALING apa lagik??.....zZZzzzzz
Quote pelukis.plan 7-7-2014 10:55 AM
yg aku nampak...
rumah urut banyak gila kat selangor ni
puchong dgn seri kembangan memang champion
Quote melia_star 7-7-2014 10:56 AM
c===8 posted on 7-7-2014 10:43 AM
judi mesin ni dah berleluasa di selangor sejak dulu lagi, tak kira party mana perintah pun
janji bo ...

bila otai berbicara....mcm biasa jer.....
Quote d'zeck 7-7-2014 10:57 AM
itu tandanya selangor lebih makmur
di bawah pakatan cina DAP + bekas ahli umno PKR
+ lobai2 PAS

isu pengurusan sampah, tak ada air,
logam berat dalam air tasik, lembu berkeliaran,
pertambahan aktiviti perjudian dan aktiviti GRO
dan macam2 lagi

semua tu adalah 'petunjuk'
kejayaan cemerlang dan terbaik
formula 'berpakat' yang dimaksudkan tadi
Quote bangcak 7-7-2014 11:01 AM
pelukis.plan posted on 7-7-2014 10:55 AM
yg aku nampak...
rumah urut banyak gila kat selangor ni
puchong dgn seri kembangan memang champion ...

Wow... Byk ke?
Yg paling best yg blah mana?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.107763 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top