CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serbuan Premis Judi Gagal

11-7-2014 04:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4187| Komen: 6

Description: “Namun Kita Percaya Kumpulan Yang Terlibat Telah Mendapat Maklumat Awal Berhubung Serbuan Ini Sehingga Menggagalkan Operasi Terbabit Yang Turut Disertai Pihak Polis Dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan A ...
JASIN - Hasil maklumat orang ramai dan intipan yang dilakukan, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyerbu tiga buah premis yang dipercayai menjalankan sindiket perjudian dalam Ops Bersih.

Pengarah Jabatan Kawalan Perniagaan, Juairiah Suleiman @ Ahmad, berkata, siasatan awal mendapati individu terbabit dipercayai berselindung di sebalik lesen kedai cenderamata, kraf tangan hiasan dan kedai alat permainan.

Bagaimanapun, menurutnya dalam serbuan itu mendapati premis tersebut kosong dan tiada sebarang aktiviti perjudian dijalankan.

“Sehari sebelum serbuan dilakukan, beberapa anggota Penguatkuasa Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan MPJ telah melakukan intipan serta siasatan setiap pagi, petang serta malam dan mendapati memang ada aktiviti perjudian dijalankan di permis tersebut.




“Namun kita percaya kumpulan yang terlibat telah mendapat maklumat awal berhubung serbuan ini sehingga menggagalkan operasi terbabit yang turut disertai pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK,” katanya.

Jelas Juariah, dalam serbuan itu AADK berjaya menahan seorang individu dalam salah sebuah premis, yang disyaki positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, tiga premis yang diserbu di tiga lokasi yang berbeza di Bandar Jasin Bestari, Bandar Baru Merlimau dan Pasar Jasin mendapati pemilik perniagaan itu berselindung di sebalik perniagaan yang sama iaitu kedai cenderamata, kraf tangan, hiasan dan alat permainan.

“Bagaimanapun MPJ tidak akan berhenti dan terus melakukan operasi sekiranya mendapat maklumat mengenai aktiviti yang menyalahgunakan lesen seperti perjudian,” katanya.

3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyainsamad 11-7-2014 03:33 PM
eleh....pdhal kai2 dia jgk bgtau ada serbuan
Quote zacrin 11-7-2014 03:40 PM
geng dia dah diabayar bgtau la..lakon je serbuan ni pun
Quote gnote_2 11-7-2014 06:32 PM
zacrin posted on 11-7-2014 07:40 AM
geng dia dah diabayar bgtau la..lakon je serbuan ni pun

haha kan.. ini smua prosedur nak isi report kosong je..
Quote alidada 13-7-2014 05:53 PM
zacrin posted on 11-7-2014 03:40 PM
geng dia dah diabayar bgtau la..lakon je serbuan ni pun

ya....setuju
Quote bangcak 13-7-2014 06:25 PM
toksah serbu2, bakarkan je.
Quote devilito2 14-7-2014 09:54 AM
ada org dlm nie...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055867 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top