CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kami Makan Apa Yang Ada' - Kelantan

7-7-2014 09:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10502| Komen: 56


KOTA BHARU - Puasa dalam keadaan tiada bekalan elektrik dan air amat menyukarkan hidup empat beranak pada tahun ini.

Keperitan mereka semakin bertambah apabila ketua keluarga,  Ariff Sukiman baru sahaja meninggal dunia pada April lalu.

Bukan sahaja terpaksa tinggal di rumah kayu usang yang lantainya hampir runtuh, malah ibu tunggal, Nur Azlina Razid, 34, terpaksa mengangkut air setiap hari untuk kegunaan hariannya sekeluarga.

“Boleh dikatakan setiap hari saya ambil dua tong air dari restoran berdekatan rumah untuk digunakan sebagai air mandi, minum dan memasak, juga setiap hari saya beli lilin untuk kegunaan di rumah.

“Puasa ini, kami makan apa yang ada, biasanya disedekahkan oleh jiran dan orang ramai,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ahli perniagaan, Datuk Sri Sunny  Ung di Jalan Sri Cemerlang, di sini, semalam.

Nur Azlina berkata, sejak kehilangan suami pada 26 April lalu, hidup mereka sekeluarga semakin menderita dan tidak selesa.

“Kadang-kadang saya berhutang duit dan diberi makan oleh mertua yang tinggal berdekatan serta jiran sebelah.

“Saya pernah bekerja di dobi tetapi kini tidak bekerja sebab terpaksa jaga anak, malah sewa rumah juga tertangguh dua tahun,” katanya.

Tiga anaknya iaitu yang sulung, Muhamad Munakid Hazizi, 11, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh dan dua lagi, Nur Alia Balqis Ariff Shukiman, 5, dan Nur Alia Maisara Arif Shukiman, 3, belum bersekolah.

Keluarga tersebut hanya mengharapkan bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meneruskan kehidupan.

Sementara itu, Sunny Ung berkata, beliau menemui keluarga berkenaan apabila ternampak Nur Azlina mengangkut air dari restoran berdekatan dengan membawa dua anak.

“Saya tidak menyangka di celah-celah kepesatan bandar, masih ada insan yang tercicir tinggal di rumah usang, tiada elektrik dan bekalan air,” katanya.

Atas sebab itu, beliau menghulurkan bantuan dengan membaik pulih rumah, menukar perabot, bergotong-royong membersihkan kawasan rumah dan menyediakan keperluan elektrik serta air.

“Baik pulih rumah akan dimulakan esok (hari ini) dan kami juga akan menyediakan pakaian untuk mereka meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

1

Bagus
4

Marah
2

Terkejut

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sup@rm@n 6-7-2014 11:57 PM
Tima kasih dato seri sunny ung
Quote jengkoil 7-7-2014 12:19 AM
Ku nan ic 03 ke?
Quote mikasa 7-7-2014 12:52 AM
nasib baik masih ada yang prihatin? geng pentadbir mana?



awaq la yang pakai cap tu tak bukak kasut sedangkan yang perempuan sanggup letak kasut yang mengelap kat bawah saja? kalau segan sgt nak pergi umah org miskin...dok saja laa dalam kete mahal ko tu
Quote poison_paradise 7-7-2014 01:08 AM
Comel anak2 die....
Quote slippergombak 7-7-2014 01:21 AM
Takder elektrik salah kerajaan pas.... bongok ker haper...
Quote menatang 7-7-2014 01:27 AM
muda lg ibu tunggal ni.cantik jugak.tadak sape ke yg berkenan utk memperisterikannya?niat nk tolong balu dlm kesusahan.
Quote Babai 7-7-2014 01:28 AM
Orang miskin selalunya anak melebihi kemampuan. Kalo mampu sorang, beranak sorang jela.
Quote zehra2 7-7-2014 01:33 AM
berita mcm ni buatkan kita harus lebih bersyukur dgn apa yg kita ada.
kalau berlebih tu jgn lupa bersedekah.
mungkin sikit nilainya pd kita tp besar nikmatnya pd org lain yg dlm kesusahan.
Quote senahsanasini 7-7-2014 01:37 AM
Mana wakil rakyat?
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 01:55 AM
tengkunan the barbarian tu melaka, entah mana dia dapat tengku entah
Quote sekngucing 7-7-2014 02:04 AM
melaka melaka jangan sebut
marah peYno nanti
Quote apam 7-7-2014 02:04 AM
Patutnya usung sekali golongan tukang kutip zakat tu. Jangan pandai kutip aje,,,,,,
Quote TravelerPoyo 7-7-2014 03:00 AM
kdg2 terpikir rm300 tu mampu nak beli ape je skang ni? hurm.. zakat mana zakat?
Quote FanTasyCreaTioN 7-7-2014 03:48 AM
Alhamdulillah..
suka berita macam ni
semoga makin ramai insan prihatin

Terimakasih Datuk Seri Sunny Ung







Quote tobby 7-7-2014 03:59 AM
senahsanasini posted on 7-7-2014 01:37 AM
Mana wakil rakyat?

takkan wakil rakyat tak tau ada org susah dlm kawasan sendiri?
Quote scarflicious 7-7-2014 05:00 AM
Sape yg berdegar2 kata semua golongan dpt bantuan tu??

rm300 cukup beli apa??

esok lusa ada gst nilai rm300 tinggal berapa??
Quote scarflicious 7-7-2014 05:00 AM
Zakat mana???
Quote Acong_II 7-7-2014 05:07 AM

Quote anonims 7-7-2014 05:12 AM
Kalau ikut saranan pemberi makan pun kena tangkap, habis jiran2 & mertua kena tangkap dah

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054446 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top