Dua lembu bertukar jadi industri besar Memayungi lebih 80 syarikat penternakan lembu kecil-kecilan bukan kerja mudah. Sebagai pembekal utama, stok haiwan terbabit perlu mencukupi untuk keperluan pelanggan. Paling mustahak lembu perlu sihat dan kualitinya terjamin. Tidak saja untuk diternak, stok lembu diperlukan pada musim perayaan terutama Aidiladha. Jika dulu usaha penternakan dilakukan secara ‘suka-suka’ di ladang sawit miliknya, bilangannya kini berlipat kali ganda. TAG ditelinga membuktikan lembu import miliknya melalui prosedur sah. Buktinya dua lembu yang dijadikan haiwan peliharaan bertukar kepada produk komersial berskala besar. Kegigihan Pengarah Urusannya, K R Thiagu harus diberi pujian kerana mampu merubah landskap penternakan ke tahap membanggakan. Usaha gigihnya membangunkan syarikat penternakan lembu JP Farm kini membuahkan hasil. Penternakan lembu secara fidlot (kandang tertutup) kini maju setapak. Syarikat itu berstatus pengimport dan pemborong lembu jantan di bawah Syarikat JP Livestock Industry (M) Sdn Bhd. Semua lembu import mempunyai sijil kesihatan dan nombor tag kelulusan yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan kastam. Jaminan kualiti lembu di kandang turut memenuhi kriteria ditetapkan termasuk syarat penyembelihan daging korban dengan tempoh usia melebihi dua tahun setengah. Dia memiliki surat kebenaran membawa masuk ternakan oleh JPV Selangor seperti termaktub dalam Ordinan Binatang 1953 Seksyen 37. Rujukan kuarantin lembu yang dibawa masuk juga antara perkara diambil keutamaan termasuk diberikan suntikan pelalian penyakit kuku dan mulut (FMD). Permulaan daripada usahanya menjadi pembekal dan pemborong lembu jantan dibuktikan dengan kemasukan lebih 3,000 lembu jantan berkualiti dari luar negara. Sehingga April lalu, sebanyak 750 lembu jantan import ditempatkan di kandang dan semuanya ditempah pelanggan. Dengan jumlah kos mengimport lembu sekitar RM12 juta, syarikat dijangka membawa masuk lebih banyak baka kacukan lembu, antaranya Brahman, Kedah-Kelantan (KK), Sindi dan LID dari Kemboja. Sempena Aidiladha, syarikat itu menerima tempahan lebih 1,000 ekor untuk lembu import. Selain itu, 600 ekor diperoleh daripada pelanggan tetap, manakala 1,500 ekor dibekalkan kepada penternak lembu kecil-kecilan pada Julai hingga Ogos ini. Syarikat itu katanya, satu-satunya pengimport utama yang dibenarkan membawa masuk lembu dari Thailand. Jumlah berkenaan juga bertambah dari semasa ke semasa untuk memastikan industri penternakan lembu berkembang. Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dan perhubungan awam di sebuah universiti swasta, Thiagu mempunyai falsafah besar dalam bidang itu. Katanya, tidak rugi menyertai sektor penternakan yang dianggap jijik, namun hasil diperoleh cukup lumayan. “Saya terbabit dengan penternakan lembu bukan untuk kaya, tetapi bidang ini sebati dalam diri kerana minat. “Jika mahu berjaya, jangan pandang status pendidikan atau kekotoran sebagai perkara menjijikkan,” katanya yang berasal dari Banting, Selangor. Semua stok lembu import jantan diuruskan Pengurus Ladang, Mohd Nizam di pusat jualan Kampung Sungai Purun, Semenyih. Aspek kebersihan lembu menjadi kriteria penting. “Air minuman perlu ada dan bersih, manakala lembu turut dibersihkan sepanjang masa dan kaedah penternakan secara fidlot, lembu tidak dilepas bebas,” katanya. Dari aspek pengurusan hariannya, lembu import dan baka tempatan dimandikan dua kali. “Jika cuaca panas, lembu akan dimandikan dua kali sehari, manakala pada waktu hujan dimandikan sekali sehari,” katanya mengakui kebanyakan lembu yang berbadan besar tidak tahan panas. Lembu yang sihat bergantung kepada pemakanan berkhasiat. “Biasanya rumput akan disediakan pada waktu pagi bertujuan membekalkan serat. “Hampas soya disajikan pada tengah hari bagi memastikan lembu itu mendapat sumber protein mencukupi. “Bagi mengelak haiwan diternak tidak kelaparan pada waktu pagi, jagung diberikan pada waktu malam,” katanya. Untuk menjamin tahap kesihatan lembu, air perlu dibekalkan bersama vitamin dan garam. Kaedah penternakan lembu hanya dapat dilaksanakan jika sumber makanan lembu dapat diperoleh pada kadar berpatutan, selain lokasi pemasaran dan bekalan lembu pengganti (feeder) yang sesuai. Sistem digunakan adalah ‘sekali masuk dan sekali keluar’ iaitu memelihara sekumpulan lembu sehingga tamat ‘penggemukkan’ sebelum memasukkan kumpulan baru. Disebabkan bekalan lembu tempatan yang terhad untuk penternakan fidlot, kaedah mendapatkan kumpulan lembu pengganti sama besar melalui pengimportan. Katanya, semua urusan penghantaran lembu disediakan secara percuma. “Perancangan masa depan, kami merancang mendirikan kandang lembu fidlot terbesar di Negeri Sembilan. “Operasinya dijangka bermula tahun depan sekali gus menjadi pusat fidlot terbesar dengan kos RM10 juta. Kami hanya menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya. Berkeluasan kira-kira 28 hektar, cawangan ketiga itu akan dilengkapi pusat pemeriksaan lembu, pusat suntikan, kolam takungan air, makanan, kilang dan jentera.
|
13
Bagus |
16
Marah |
12
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
GhostWalking posted on 2-7-2014 05:00 AM
Lembu pun mandi tau
alinone78 posted on 1-7-2014 10:48 PM
Kalau dah nama lembu
Scrub satu badan pun totap bau
Bell posted on 2-7-2014 08:03 AM
Dekat India diorg export kerbau/daging kerbau. Daging lembu tak boleh. Tapi hindu kat Malaysia selam ...
anonims posted on 2-7-2014 06:30 AM
Tak kisahlah kan jual 'tuhan', asal hasilnya nampak..
Lembu kak ijat mana, mana??
ADVERTISEMENT