Parit Buntar: Luluh hati seorang ibu apabila anak perempuannya yang juga anak sulung disedari menghilangkan diri sewaktu ingin dikejutkan untuk bersahur awal Ramadan kelmarin, dengan hanya meninggalkan SMS memberitahu mengikuti seorang rakan. Azizah Che Rus, 46, berkata, dia bangun daripada tidur dan terus ke dapur untuk menyiapkan juadah sahur untuk dinikmati ahli keluarga sempena hari pertama berpuasa, namun sebelum itu, dia pergi ke bilik tidur anak sulungnya Nor Hidayah Mat Saad, 20,untuk mengejutkannya daripada tidur memandangkan Nor Hidayah akan keluar bekerja di sebuah kilang di Perai, Pulau Pinang, seawal jam 5 pagi. “Saya tergamam mendapati Nor Hidayah tiada dalam biliknya dan pemeriksaan lanjut mendapati pakaian di dalam almarinya juga semakin berkurangan dan saya lantas mensyaki dia sudah melarikan diri.
“Saya segera mengejutkan suami untuk menjejaki Nor Hidayah di sekeliling kawasan rumah, namun usaha menemuinya gagal,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Menurutnya, kira-kira jam 5.30 pagi, suaminya berjaya menemui pemandu van kilang yang sering dinaiki Nor Hidayah untuk ke tempat kerja, namun lelaki terbabit menegaskan anaknya tidak menaiki van itu untuk pergi ke tempat kerja pada hari kejadian. Azizah berkata, selepas lebih dua jam kebingungan dengan kehilangan Nor Hidayah, dia kemudian menerima satu SMS daripada anak sulungnya itu pada jam 7.30 pagi. “Kiriman SMS dihantar Nor Hidayah berbunyi, ‘Dayah minta maaf sebab keluar dari rumah. Dayah terpaksa buat, Dayah nak cari kerja jauh sikit. Lagipun kilang tu dah nak tutup, nanti kalau tanya ayah tak bagi. Tapi Dayah pergi dengan kawan Dayah dan duduk rumah emak dia, nanti tiap-tiap bulan Dayah bagi duit dekat emak. Mak bagi nombor akaun bank sekali’. “SMS itu benar-benar mengharukan kami sekeluarga kerana Nor Hidayah sebelum ini tidak pernah bertindak nekad begini dan kami bimbang dengan keselamatannya,” katanya. Katanya, dia sekeluarga yakin anak perempuannya itu menghilangkan diri dari rumah kerana mengikut seseorang yang dikenalinya dan kelakuan anaknya juga pada malam sebelum kehilangannya dilihat sering gelisah dan tidak tidur meskipun sudah lewat malam. “Kemungkinan Nor Hidayah sudah merancang untuk keluar rumah bersama seseorang pada hari kejadian kerana sebelum ini, kami terlihat sebuah kereta PROTON Wira berada di pekarangan rumah dalam keadaan mencurigakan,” katanya. Justeru mereka membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Piandang, di sini, dan meminta orang ramai yang ada maklumat untuk menghubungi balai polis berhampiran. |
11
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT