CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kematian Wartawan Sambilan RTM Bukan Diserang Penyokong Parti Politik

25-4-2013 11:07 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 20412| Komen: 319

PENGKALAN CHEPA: Kematian wartawan sambilan RTM, Mohammad Yaakob, 61, di Gua Musang pada awal pagi Selasa berpunca daripada penyakit jantung dan bukan akibat diserang penyokong sebuah parti politik.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihak polis menerima laporan polis berhubung kejadian yang dibuat oleh isteri mangsa, Wan Tahirah Wan Ibrahim, 52.

"Pada kejadian yang berlaku pada pukul 12.45 pagi (Selasa), isteri mangsa mendengar bunyi hon kereta di luar rumah. Isunya adalah rumah (mangsa) berhampiran dengan markas parti politik. Bila kereta mereka dihalang (markas), suami kepada pengadu kemudiannya keluar dari kereta dan berlaku pertengkaran mulut.

"Bila (mangsa) masuk ke dalam rumah mula berasa sakit dada (dan) keadaan bertambah merisaukan. Dia dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan pada kira-kira pukul 1.45 pagi.

"Berdasarkan bedah siasat di Hospital Gua Musang, punca kematian disebabkan oleh serangan jantung," katanya pada sidang media selepas Taklimat Kepada Calon dan Wakil Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baru di sini, Selasa.

Jalaluddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Mohammad yang meninggal dunia akibat serangan jantung yang didakwa berlaku selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang di Gua Musang, awal pagi Selasa.

Menurut Jalaluddin, pihak polis menyiasat kes tersebut di bawah kematian mengejut.

"Mangsa mempunyai rekod sakit jantung (maka) tidak timbul dia diserang atau dipukul. Tiada kesan lebam pada mangsa," kataya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak mendengar sebarang khabar angin atau menyebarkan fitnah berhubung kejadian itu.

Sementara itu, anak mangsa, Nur Safran Mohammad berkata, pemergian arwah bapanya itu mengejutkan beliau dan keluarga kerana allahyarham sebelum ini tidak pernah mengadu mengalami masalah jantung.

Mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak berusia 27 tahun hingga 14 tahun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berusjamban 23-4-2013 12:38 PM
nama je isle tp pembunuh!
Quote boyagombak 23-4-2013 12:38 PM
hok aloh, sapa gocoh2 ni
Quote jonlabu 23-4-2013 12:40 PM
parti mana lagi yang samseng?

Innalillah..simpati dgn keluarga pakcik ni, jahanam punya parti samseng.
Quote singajantan 23-4-2013 12:42 PM
nie angkara sape ? anwar yang ancam utk humban wartawan dalam penjara? atau PAS yang fanatik??
Quote dino 23-4-2013 12:43 PM
jonlabu posted on 23-4-2013 12:40 PM
parti mana lagi yang samseng?

Innalillah..simpati dgn keluarga pakcik ni, jahanam punya parti sam ...

2x5 je.....tp parti yg kekonon isle tunjuk la cth yg baik skit.... ni alahai...
Quote RedDevils 23-4-2013 12:43 PM
Macai macai politik, tanpa mengira idealogi, yg mana otak letak kat lutut, memang macam ni la perangai nya
Quote Pikir 23-4-2013 12:47 PM
darah pemberita RTM dah halal le tu....byk pahala pembunuh tu dpt agaknye
Quote haryatie 23-4-2013 12:50 PM
hal mcam ni pun da gaduh bagai
org lelaki ni ..asal gaduh mesti nak pukul2..
da x psal2 pakcik tu mati..diri sdiri gak susah
Quote lizaliza 23-4-2013 12:50 PM
sesaja cari pasal...boleh overnight kat lokap
Quote jonlabu 23-4-2013 12:51 PM
memang lahanat la macai2 kepala sumbat taik mcm ni.
Quote versys 23-4-2013 12:51 PM
Dah bos dia nak penjarakan orang RTM ni.. anak buah dia tak sabar kasi hantam terus..
Quote cmf_raudah 23-4-2013 12:53 PM
adoii..apelaaa...tolonglaaaa buat keje tu dgn aman bukan dgn hasad dengki dendam bagaI
Quote singajantan 23-4-2013 12:54 PM
nie mesti MACAI PR tengah dok sibuk carik idea nak cover up perbuatan keji

come on laa ... baru pilihanraya takkan sampai nak membunuh orang laks... belum menang lagipun
Quote shamsadis 23-4-2013 01:09 PM
kenaper lah dipukulnya orang tue....tuan rumah suro alih kete alihkan je lah...- al-fatihah
Quote razhar 23-4-2013 01:15 PM
haryatie posted on 23-4-2013 12:50 PM
hal mcam ni pun da gaduh bagai
org lelaki ni ..asal gaduh mesti nak pukul2..
da x psal2 pakcik tu  ...

abis tu nak tarik2 rambut?
Quote nexusys 23-4-2013 01:16 PM
hurmmm... utusang...... nak caya ka takmo nih...
Quote razhar 23-4-2013 01:16 PM
macai2 berok nyanyok kepanasan..penyerang sebenar tak diketahui lagi..pon dah kluo patwa...
Quote ToungeSoup 23-4-2013 01:18 PM
Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS di hadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis’, katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut hari ini.

* ajer giler sampai mcm nie...puak2 ni takde akai ke? tak pasai pakcik ni meninggal dunia
Quote Peterpan17 23-4-2013 01:19 PM
singajantan posted on 23-4-2013 12:54 PM
nie mesti MACAI PR tengah dok sibuk carik idea nak cover up perbuatan keji

come on laa ... baru  ...

Kenapa utusex & macai2 tak mau tulis ttg jahatnnya puak2 umno yg pukul org smp lutut tempurung pecah, tikam org dgn pisau nasib tak mati, ugut2 org, baling batu, pecahkan kereta org dll??? Semalam kat TV ada sebut beberapa org yg diupah pasang bendera bawa parang. Diupah RM80 sorang. Tp tak sebut parti mana. Blh faham2 sajalah, klu penyokong PR mau meratib ditv& paper 3 hari 3 malam.

Jgn berat sebelah menyampaikan berita.

Lihat semua komen(319)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.124655 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top