CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18389|Reply: 299

[Tempatan] Wartawan RTM diserang penyokong PAS di Kelantan (Laporan polis page 7)

[Copy link]
Post time 23-4-2013 12:32 PM | Show all posts |Read mode
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ang-penyokong-parti

KOTA BHARU 23 April - Wartawan sambilan RTM,  Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di  hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang  dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas  Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya  dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.  
Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah  mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau  ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut  dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta  pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti  telah datang dan menyuraikan keadaan.
"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di  bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya  meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua  Musang dan disahkan meninggal dunia dalam  perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari  ini.
Allahyarham sebelum ini telah disahkan  menghidap sakit jantung dan darah tinggi.
Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat  liputan program calon Barisan Nasional (BN)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz  Yusoff.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada  sebarang pengesahan daripada pihak polis.



LAPORAN POLIS





Dari sumber blog


http://azmykelanajaya.blogspot.c ... m-mati-d-pukul.html

Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.



ada sesiapa dapat sahkan berita di atas?

Last edited by Magika on 23-4-2013 06:02 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 12:38 PM | Show all posts
nama je isle tp pembunuh!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:38 PM | Show all posts
hok aloh, sapa gocoh2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:40 PM | Show all posts
parti mana lagi yang samseng?

Innalillah..simpati dgn keluarga pakcik ni, jahanam punya parti samseng.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:42 PM | Show all posts
nie angkara sape ? anwar yang ancam utk humban wartawan dalam penjara? atau PAS yang fanatik??
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:43 PM | Show all posts
jonlabu posted on 23-4-2013 12:40 PM
parti mana lagi yang samseng?

Innalillah..simpati dgn keluarga pakcik ni, jahanam punya parti sam ...

2x5 je.....tp parti yg kekonon isle tunjuk la cth yg baik skit.... ni alahai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2013 12:43 PM | Show all posts
Macai macai politik, tanpa mengira idealogi, yg mana otak letak kat lutut, memang macam ni la perangai nya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:47 PM | Show all posts
darah pemberita RTM dah halal le tu....byk pahala pembunuh tu dpt agaknye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 12:50 PM | Show all posts
hal mcam ni pun da gaduh bagai
org lelaki ni ..asal gaduh mesti nak pukul2..
da x psal2 pakcik tu mati..diri sdiri gak susah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:50 PM | Show all posts
sesaja cari pasal...boleh overnight kat lokap
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:51 PM | Show all posts
memang lahanat la macai2 kepala sumbat taik mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:51 PM | Show all posts
Dah bos dia nak penjarakan orang RTM ni.. anak buah dia tak sabar kasi hantam terus..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:53 PM | Show all posts
adoii..apelaaa...tolonglaaaa buat keje tu dgn aman bukan dgn hasad dengki dendam bagaI
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:54 PM | Show all posts
nie mesti MACAI PR tengah dok sibuk carik idea nak cover up perbuatan keji

come on laa ... baru pilihanraya takkan sampai nak membunuh orang laks... belum menang lagipun
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 01:09 PM | Show all posts
kenaper lah dipukulnya orang tue....tuan rumah suro alih kete alihkan je lah...- al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 01:15 PM | Show all posts
haryatie posted on 23-4-2013 12:50 PM
hal mcam ni pun da gaduh bagai
org lelaki ni ..asal gaduh mesti nak pukul2..
da x psal2 pakcik tu  ...

abis tu nak tarik2 rambut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 01:16 PM | Show all posts
hurmmm... utusang...... nak caya ka takmo nih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 01:16 PM | Show all posts
macai2 berok nyanyok kepanasan..penyerang sebenar tak diketahui lagi..pon dah kluo patwa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 01:18 PM | Show all posts
Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS di hadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis’, katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut hari ini.

* ajer giler sampai mcm nie...puak2 ni takde akai ke? tak pasai pakcik ni meninggal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 01:19 PM | Show all posts
singajantan posted on 23-4-2013 12:54 PM
nie mesti MACAI PR tengah dok sibuk carik idea nak cover up perbuatan keji

come on laa ... baru  ...

Kenapa utusex & macai2 tak mau tulis ttg jahatnnya puak2 umno yg pukul org smp lutut tempurung pecah, tikam org dgn pisau nasib tak mati, ugut2 org, baling batu, pecahkan kereta org dll??? Semalam kat TV ada sebut beberapa org yg diupah pasang bendera bawa parang. Diupah RM80 sorang. Tp tak sebut parti mana. Blh faham2 sajalah, klu penyokong PR mau meratib ditv& paper 3 hari 3 malam.

Jgn berat sebelah menyampaikan berita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.253755 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list