CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cergas Murni Menang Tender Jambatan Ke-3 Klang

27-6-2014 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12357| Komen: 50

Tanpa ‘kabel politik’, Cergas Murni menang tender Jambatan Ke-3 Klang

SHAH ALAM, 26 JUN: Memiliki ‘kabel’ politik atau hubungan baik dengan pegawai jabatan kerajaan bukan satu kelebihan bagi mana-mana kontraktor yang berminat menjalankan projek di bawah Kerajaan Selangor.


Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebaliknya kontraktor yang menawarkan harga munasabah dan melepasi penilaian teknikal adalah syarat utama kejayaan sesebuah syarikat memenangi tender projek Kerajaan Negeri.

“Ini merupakan dasar dan Kerajaan Negeri sekaligus menjimatkan duit rakyat.



“Kepada kontraktor yang berminat tidak perlu melobi Exco, Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebab kalau kertas kerja mereka terbaik dan harga munasabah untuk menang tender pasti cerah,” kata Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Pengarah Eksekutif Cergas Murni Sdn Bhd, Mohamed Sharif Yaacob pula berkata, walaupun beliau tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana pegawai atau pemegang jawatan eksekutif Kerajaan Selangor tetapi yakin dengan amalan ketelusan Kerajaan Negeri dalam mengendalikan proses tender projek Jambatan Ketiga Klang yang dimenanginya itu.

“Ini kali pertama kami berurusan dengan Kerajaan Negeri dan kami juga tidak kenal sesiapa pun ‘orang dalam’.

“Alhamdullilah tender yang kami cuba masuk ini berjalan lancar dan menang pula,” kata beliau ketika ditemui Selangor Kini dalam Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Projek Membina Jambatan Ketiga Klang di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Jelas beliau, pengalaman syarikatnya ketika terlibat dalam pembinaan sebuah jambatan di Kemaman, Terengganu antara faktor yang membolehkan beliau mengemukakan kertas cadangan pada harga terbaik dalam tender yang dimenanginya itu.

Proses tender terbuka bagi projek ini dibuka kepada umum pada 19 Mac hingga 22 April lalu.

Seramai 23 kontraktor mengambil bahagian dalam proses tender ini dan proses pembukaan tender diadakan pada sebelah petang hari penutupan.

Syarikat Cergas Murni Sdn Bhd berjaya memenangi tender projek ini apabila berjaya melepasi syarat penilaian teknikal pada harga RM199,156,069.36.

Sejak 2008, Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghapuskan amalan rundingan terus atau penganugerahan projek seperti mana diamalkan pentadbiran di era Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir ahli politik yang memiliki kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan sektor pembinaan di Selangor.
Sejak itu timbul gerakan senyap dan bersistematik dalam percubaan untuk menjatuhkan reputasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang disegani.
20

Bagus
7

Marah
27

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 26-6-2014 04:34 PM
itu psl khalid kena berundur kan....
patut bg la kat kroni pkr plak.... kroni umno dah lama merasa....
Quote pendeta 26-6-2014 05:38 PM
mungkin la jugak..MB khalid ni teruk mana pun dia, tak penah lg dia seleweng duit rakyat
Quote gnote_2 26-6-2014 05:57 PM
pendeta posted on 26-6-2014 05:38 PM
mungkin la jugak..MB khalid ni teruk mana pun dia, tak penah lg dia seleweng duit rakyat

dia tak teruk pn.. tapi sebab ramai yang xleh cari makan.. ade je la usaha nak jatuh kn dia
Quote MengkuduMasam 26-6-2014 06:24 PM
aku suka khalid bior pun bukan pro PR...

dia uruskan selangor mcm menguruskan sebuat syarikat...

cuma bab air dia agak fail.... asik kene catu je umah aku wei!!

ooo.. dan juga isu penurapan jalan negeri...
Quote a_gen2 26-6-2014 06:30 PM
MengkuduMasam posted on 26-6-2014 06:24 PM
aku suka khalid bior pun bukan pro PR...

dia uruskan selangor mcm menguruskan sebuat syarikat...
...

air fail pasal sabotaj Syabas.. cuba kalau air 100% bawah kerajaan negeri, semua boleh selesai.

Quote yaminz 26-6-2014 06:31 PM
Bagus tu jimat duit rakyat...

Air ada jea, xda plak kena catu... tp da prepare awal kat rumah, air dlm tong stiasa brisi...
jln da bturap... & skrg almost stiap mgu org kutip sampah & org sapu jalan2...

ADUN tpt sy mmg prihation...
Quote spiderman80 26-6-2014 06:50 PM
Saya suka Khalid dan akan sentiasa protect beliau dari penjahat.
Quote lkick2113 26-6-2014 06:54 PM
cergas murni ni la yang buat jamb. ke dua penang tu yg struktur perancah jatuh dekat batu maung dudlu kan???? pemiliknya dato' paul letimer, org kuat sammy vellu masa dia pegang muntri kerja raya...
Quote Knights 26-6-2014 06:56 PM
Kalau kerajaan bn pilih cergas murni yang buat sampai runtuh di penang ari tu
Mesti dh kecoh
Quote badaksumbu 26-6-2014 06:56 PM
lkick2113 posted on 26-6-2014 06:54 PM
cergas murni ni la yang buat jamb. ke dua penang tu yg struktur perancah jatuh dekat batu maung dudl ...

kan, baru je google, dah jd kes mahkamah pun, jgn la dia letak harga rendah sampai x tercover kos semata2 nak dpt kontrak.
Quote badaksumbu 26-6-2014 07:01 PM
Knights posted on 26-6-2014 06:56 PM
Kalau kerajaan bn pilih cergas murni yang buat sampai runtuh di penang ari tu
Mesti dh kecoh

kerajaan penang bwh lim guan eng kan yg pilih cergas murni ni.

Quote Knights 26-6-2014 07:08 PM
spiderman80 posted on 26-6-2014 06:50 PM
Saya suka Khalid dan akan sentiasa protect beliau dari penjahat.

Mesti penjahat itu adalah pas, pkr dan dap yang sekarang nak tukar mb baru selangor kan
Quote kecimpret 26-6-2014 09:06 PM
[youtube]qBxOj-9o4O8#t=18[/youtube]


Quote kecimpret 26-6-2014 09:08 PM
utk yg lupa atau buat2 lupa...jambatan ke3 ni janji UMNO yg x penah ditunaikan



Quote spiderman80 26-6-2014 09:45 PM
Sebagai seorang anak Klang, wa sangat gembira dengan berita ini. Syabas PR!!!!!
Quote HUHA 26-6-2014 09:54 PM
cergas murni ni bukan kroni umno ka
Quote rospinki 26-6-2014 09:57 PM
spiderman80 posted on 26-6-2014 09:45 PM
Sebagai seorang anak Klang, wa sangat gembira dengan berita ini. Syabas PR!!!!!

Lu klang punya org ka spide? Asal khangkaw ke?
Quote spiderman80 26-6-2014 10:00 PM
rospinki posted on 26-6-2014 09:57 PM
Lu klang punya org ka spide? Asal khangkaw ke?

Ya. Saya dilahirkan di Klang. Membesar di Jalan Kapar dan Taman Klang Utama sebelum berpindah ke Setia Alam sekarang.
Quote rospinki 26-6-2014 10:10 PM
spiderman80 posted on 26-6-2014 10:00 PM
Ya. Saya dilahirkan di Klang. Membesar di Jalan Kapar dan Taman Klang Utama sebelum berpindah ke S ...

Wahh dekat sgt dh tu..tp u dh pindah setia alam..agak ke sana sikit dri tmpt saya.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.187228 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top