CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Perompak ‘jatuh cinta’. Mintak jadi kekasih dan kawan dlm facebook. Pg4

26-6-2014 03:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29860| Komen: 269

Perompak ‘jatuh cinta’

Bandar Baharu: Seorang penjenayah yang tiba-tiba ‘jatuh cinta’ terhadap mangsanya yang juga seorang gadis berusia 24 tahun, bukan hanya menghalang rakannya daripada mencabul atau merogol gadis diminati itu, malah menawarkan diri untuk menjadi kekasih wanita itu, kelmarin.


Dalam kejadian jam 2.30 petang di Kampung Permatang Pasir di sini, suspek bersama tiga rakannya memecah masuk rumah mangsa sebelum mengepungnya di dalam bilik tidur, manakala tiga lagi ahli keluarga mangsa diikat tangan sebelum diletakkan di bilik lain.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul berkata, dia yang terjaga daripada tidur cuba menjerit apabila menyedari dua suspek yang memakai topeng berdiri di atas katilnya, namun gagal kerana seorang daripada penceroboh menekup mulutnya dengan tangan.

“Ketika saya diarahkan berbaring dalam keadaan telentang sambil mulut ditutup, seorang lagi penceroboh cuba mengambil kesempatan mencabul saya.

RAZAK (kanan) ditemani isteri mengemas barangan di bilik tidur selepas diselongkar perompak.


“Namun, tindakan itu dihalang oleh penceroboh ketiga yang memberi amaran akan memukul rakannya itu jika saya diapa-apakan dan mengarahkan saya menyerahkan semua wang dan barang kemas yang disimpan.

“Selepas itu dia mengajak saya berbual-bual dan memberitahu sering memerhatikan saya di beberapa majlis keramaian. Dia kemudian menawarkan diri menjadi kekasih selain melarang penceroboh lain mengambil komputer riba saya selepas saya merayu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 26-6-2014 07:38 AM
Untunglah cantik...
Quote makadek 26-6-2014 07:39 AM
Perompak jiwang
Upanya dah lama.usharrrr..hihi lawak la
Quote aurora273 26-6-2014 07:39 AM
Ilmu apa budak pompuan ni pakai..???
Quote enchikfitz 26-6-2014 07:46 AM
Dah lama usha rupanya. No wonder
Quote alinone78 26-6-2014 07:51 AM
no wonder
lama dah diperhatikan
Quote rosasa 26-6-2014 07:51 AM
ko dah merompak, ko bajet dia sekeluarga nak terima ko jadi ahli keluarga dia??
Quote FanTasyCreaTioN 26-6-2014 07:51 AM
sering memerhatikan saya di beberapa majlis keramaian
makna nya perompak2 ni antara orang2 situ jugak la



Quote WawaRaRa 26-6-2014 07:53 AM
alinone78 posted on 26-6-2014 07:51 AM
no wonder
lama dah diperhatikan

dah lama usha tapi sampai hati nk merompak awek yg diminat???? psycho!!!!!!!!!!!!!!!!!

macam la awek tu nak kat dia (sbb dia da rompak umah awek tu)
Quote haryatie 26-6-2014 07:53 AM
mujur x kena rogol...menakutkan..
makna org yg selalu dia jumpa la..
pasal tu jiran/kenalan bukan boleh percaya pun..
aduhaiiii..susah hati aku ni..
da la area umah aku ramai benar jiran2 bujang/pendatang..

Quote fifie_olin 26-6-2014 07:53 AM
kalo btl minat awek ni...nape la pi rompak...
dia igt minah tu nk ke berkekasih kan malaun taik kucen ..
al bengap btl jntn ni
Quote tapibukanaku 26-6-2014 07:54 AM
FanTasyCreaTioN posted on 26-6-2014 07:51 AM
makna nya perompak2 ni antara orang2 situ jugak la

ye lah tuh kot. kantoi!


Quote tapibukanaku 26-6-2014 07:55 AM
fifie_olin posted on 26-6-2014 07:53 AM
kalo btl minat awek ni...nape la pi rompak...
dia igt minah tu nk ke berkekasih kan malaun taik kuc ...

banyak tengok drama mamat ni kot...mungkin dia ingat hidup seindah dlm novel kot.
Quote tapibukanaku 26-6-2014 07:56 AM
WawaRaRa posted on 26-6-2014 07:53 AM
dah lama usha tapi sampai hati nk merompak awek yg diminat???? psycho!!!!!!!!!!!!!!!!!

macam l ...

nak anak dara org, buat cara yg betul..lahaii itu pun kena ajar ke?..
Quote tapibukanaku 26-6-2014 07:56 AM
haryatie posted on 26-6-2014 07:53 AM
mujur x kena rogol...menakutkan..
makna org yg selalu dia jumpa la..
pasal tu jiran/kenalan bukan  ...

hati2 ye. semoga semua nya selamat.
Quote tapibukanaku 26-6-2014 07:57 AM
rosasa posted on 26-6-2014 07:51 AM
ko dah merompak, ko bajet dia sekeluarga nak terima ko jadi ahli keluarga dia??

kalau muka sekacak kj sekalipun....

kbai takde motepp
Quote nikaido 26-6-2014 07:57 AM
gentleman perompak ni. menghormati wanita dan menghalang member dr melakukan kekasaran
Quote nikaido 26-6-2014 07:58 AM
mana gambar nurul? letak gambar razak buat apa?
Quote tapibukanaku 26-6-2014 07:59 AM
nikaido posted on 26-6-2014 07:57 AM
gentleman perompak ni. menghormati wanita dan menghalang member dr melakukan kekasaran

macam drama tibi je kan? hahaha. untung lah jadi orang cantekk..perompak pun syok.
Quote FanTasyCreaTioN 26-6-2014 07:59 AM
tapibukanaku posted on 26-6-2014 07:55 AM
banyak tengok drama mamat ni kot...mungkin dia ingat hidup seindah dlm novel kot.

dan tinggi pengharapan dia agar ending cam dalam novel tak pun dalam cita hindi / tamil










Lihat semua komen(269)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.141548 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top