CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perompak Sekarang Semakin Kaya: Rompak Pakai Audi

16-12-2013 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4297| Komen: 3

Description: Katanya, Hasil Siasatan Menerusi Kamera Litar Tertutup (Cctv) Dipercayai Kumpulan Sama Melakukan Kes Samun Pada Sebelah Pagi Berikutan Menggunakan Jenis Kereta Dan Warna Yang Sama.


TELUK INTAN - Tidak sampai tujuh jam melakukan jenayah samun, Geng Audi melakukan aktiviti sama di sebuah rumah di Taman Intan Nova, di sini, petang kelmarin.
       
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang kelmarin, apabila hanya pembantu rumah warga Indonesia bersama ibu majikannya berusia 78 tahun di rumah berkenaan.
       
"Pihak kami percaya suspek adalah kumpulan sama melakukan aktiviti samun di salah sebuah taman dekat sini, sebelum meneruskan aktiviti jenayah itu di kawasan Taman Intan Nova.
       
"Kumpulan jenayah itu menggunakan modus operandi sama di mana seorang menunggu di kereta, manakala seorang rakan di pintu pagar dan tiga lagi memecah masuk rumah melalui pintu belakang yang tidak berkunci," katanya.
       
Menurutnya, dengan bersenjatakan parang suspek mengacukan senjata itu ke leher pembantu rumah dan ibu majikannya serta mengarahkan mereka diam.
       
"Suspek berjaya melarikan beberapa utas rantai emas dan wang tunai dengan nilai kerugian lebih kurang RM4,000.
       
"Mereka kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta dipercayai jenis Audi A4 warna putih," katanya.
       
Katanya, hasil siasatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kumpulan sama melakukan kes samun pada sebelah pagi berikutan menggunakan jenis kereta dan warna yang sama.
       
“Kami sedang mencari kesemua suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 15-12-2013 05:25 PM
audi tu pun kete curi...

yang ada jet peribadi pun mencuri juga..
lagi klas...kunci pun dia ada...
Quote BurningTimes 15-12-2013 05:31 PM
Klasssnya pakai audi, ummah cina kah? sebab setahu akak ummah melayu sunni mencuri pakai kapcai buruk sahaja. Ataupun kalau dah authentic sangat pakai van jenazah terus.
Quote spiderman80 15-12-2013 05:42 PM
Malaysia kan sedang menuju ke negara berpendapatan tinggi? Perompak pun patriotik jugak dengan memandu keta mewah sewaktu bekerja.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.065583 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top