CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hanez Berpisah Dengan Romie

24-6-2014 11:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33697| Komen: 234


Hanez Suraya. Romie Sudah Putus Cinta?

Berita yang agak (atau sebenarnya tidak) mengejutkan semua pihak hari ini nampaknya, Hanez Suraya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro yang seakan berkata hubungannya dengan Romie, yang juga masih bergelar suami orang kini sudah berakhir.

Baca elok elok kenyataan Hanez Suraya ini kalaulah tersilap faham maksudnya.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan”

“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegasan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya. Saya sudah korbankan hubungan kami”


BACA: Rasa Bersalah, Hanez Suraya Mohon Maaf Dari Semua Pihak

“Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang. Apa yang saya fikir sekarang mahu teruskan kerjaya tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini”

“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya. Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus,” ujar Hanez Suraya hari ini.

Mungkin itu jalan yang terbaik buat Hanez Suraya secara peribadi untuk kelangsungan dirinya yang masih muda & untuk terus relevan dalam kerjayanya. Sampai bila ‘kan mahu bergelumang dengan kontroversi cinta tidak bertepi sebegini. 
3

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xixin5230 22-6-2014 09:09 PM
Bagus la tuh
Dpd terus terusan dihina
Job pun tarak
Baik tingglkn rasa romiang tu
Quote chupachups 22-6-2014 09:10 PM
Saman tetap saman!
Quote siputsedut 22-6-2014 09:11 PM
Padan muka romiang..yg dikejar x dpt..yg dikendong keciciran...rasain lho laki gatal telor cam ko...
Quote nebulagazer 22-6-2014 09:11 PM
Da jd sejarah pon dik..
Lenkali pk akibat dlu br buat yerk
Quote carlis 22-6-2014 09:12 PM
Bagus hamez sedo pon kau.
Quote krukx 22-6-2014 09:12 PM
Elok la putus kalau dia tak tipu. Hampir 1 Malaysia mendoakan yg buruk2 untuk ko masa kau kebas Romiang dari Liyana  tu. Jangan takat propa dalam paper je tapi kat belakang masih melencong berdua. Orang Melayu mudah lupa, sok ko pakai tudung mesti dorang puji sampai ke langit ke 7
Quote gaj23 22-6-2014 09:12 PM
bagus....puas hati aku..hahaha
Quote NadineNajmie 22-6-2014 09:13 PM
Coverline je nehhh. Takot kena saman lettew..
Quote fazila17 22-6-2014 09:13 PM
Penat je gaduh
Quote CiliPadiSedap 22-6-2014 09:14 PM
dapat sikit tangan akak rehat daripada mencela betina ini.

fuh. terima kasih hanez sedar diri.
Quote xixin5230 22-6-2014 09:16 PM
krukx posted on 22-6-2014 09:12 PM
Elok la putus kalau dia tak tipu. Hampir 1 Malaysia mendoakan yg buruk2 untuk ko masa kau kebas ...

Kikiki
Betul gak tu
Canang dh putus
Upernya serasi bersama lg
Quote miracle_forever 22-6-2014 09:16 PM
Percaya la sgt cakap si hames ni! Coverline takut kena sama le tu! Buweeeekkkk! LM sila teruskan saman terhadap hames ni!
Quote alieyrina 22-6-2014 09:20 PM
Mcm nak kaverline jah..tah2 kat blakang ligat bepoya lagi..mcm mana nak pecaya tah stetment pompuan nihh
Quote nurwa 22-6-2014 09:21 PM
takziah....cuba lagi.....
Quote krukx 22-6-2014 09:21 PM
Aku tak nak percaya 100% bila Hanez kata dah break dgn Romiang. Tak kan sanggup nak lepas Ferrari kot
Atau pun dia dapat tau Romiang rupanya banyak utang...
Quote senahsanasini 22-6-2014 09:25 PM
krukx posted on 22-6-2014 09:21 PM
Aku tak nak percaya 100% bila Hanez kata dah break dgn Romiang. Tak kan sanggup nak lepas Ferrari ko ...

Serik naik class economy kot.
hahaha
Quote azie.dz 22-6-2014 09:27 PM
Hanez Suraya. Romie Sudah Putus Cinta?

Berita yang agak (atau sebenarnya tidak) mengejutkan semua pihak hari ini nampaknya, Hanez Suraya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro yang seakan berkata hubungannya dengan Romie, yang juga masih bergelar suami orang kini sudah berakhir.

Baca elok elok kenyataan Hanez Suraya ini kalaulah tersilap faham maksudnya.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan”

“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegasan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya. Saya sudah korbankan hubungan kami”

BACA: Rasa Bersalah, Hanez Suraya Mohon Maaf Dari Semua Pihak

“Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang. Apa yang saya fikir sekarang mahu teruskan kerjaya tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini”

“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya. Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus,” ujar Hanez Suraya hari ini.

Mungkin itu jalan yang terbaik buat Hanez Suraya secara peribadi untuk kelangsungan dirinya yang masih muda & untuk terus relevan dalam kerjayanya. Sampai bila ‘kan mahu bergelumang dengan kontroversi cinta tidak bertepi sebegini. (rtky/m)

**sumber Rotikaya**
Quote gee03 22-6-2014 09:27 PM
macammana org x kaitkan nama dalam isu mereka kalau ko terlibat sama dlm perhubungan mereka suami isteri.. buat2 heran pulak.. padanlah muka mereka berdua.. hanez dan romiang
Quote azie.dz 22-6-2014 09:27 PM
sebab tu hanez minta maaf secara terbuka ari tu...sbb dah ada tanda2 nak clash huhuhu

dah ku agak

Lihat semua komen(234)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062308 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top