Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama SHAH ALAM – Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini. The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang. Laporan itu menambah, Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain atas kapal yang didapati hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan. Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan. Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times. Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek. Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya. Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yang dimuat naik di internet.
|
11
Bagus |
15
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anak_Nogori posted on 22-6-2014 03:02 PM
dari lojik akal saya...kes dah berlanjutan selama hampir 60 hari..tak silap....kaya mana org itu u ...
CiliPadiSedap posted on 22-6-2014 02:59 PM
bodo gila. orang masuk guna identiti palsu. yang jadi mangsa kapten zaharie.
sueism posted on 22-6-2014 03:13 PM
yg guna passport curi tu apa citer??? that is a crime dah
kenapa tak pergi cari tukang jual pass ...
sueism posted on 22-6-2014 03:11 PM
biasalah zaharie telah dikambing hitam kan, sebab dia tak boleh
nak membela diri.
CiliPadiSedap posted on 22-6-2014 02:59 PM
bodo gila. orang masuk guna identiti palsu. yang jadi mangsa kapten zaharie.
sueism posted on 22-6-2014 03:29 PM
kalau dah sanggup beli passport curi , for me baik kita
tengok lebih dalam lagi apa citer sebali ...
beautifulliar posted on 22-6-2014 03:45 PM
I mcm ilang minat dh nk tahu perkembangan kes nih..byk sgt bnda yg meragukan..cume kesian kt family ...
Anak_Nogori posted on 22-6-2014 03:48 PM
saya plak..amik point2 je...tak kiralah siapa dia, cari kat mana sekali pun..semua kemungkinan tu ...
beautifulliar posted on 22-6-2014 03:57 PM
Mgkin kbetulan je kejadian nih ngn apa yg ada pd simulator kt rumah capt tu..sbb tu dia dipergunak ...
ADVERTISEMENT