CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17404|Reply: 154

[Tempatan] MH370 - Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama

[Copy link]
Post time 22-6-2014 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama
NIZAM ZAIN
22 Jun 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services




[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SHAH ALAM – Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini.

The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang.

Laporan itu menambah, Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain atas kapal yang didapati hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.

Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.

Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times.

Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek.

Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya.

Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yang dimuat naik di internet.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 02:49 PM | Show all posts
pulak dahhhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:52 PM | Show all posts
ada kemungkinan tak mereka semua masih hidup
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:59 PM | Show all posts
bodo gila. orang masuk guna identiti palsu. yang jadi mangsa kapten zaharie.

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:01 PM | Show all posts
teori mereka, Kapten menggunakan penerbangan MH370 untuk mengeksperimen simulasi beliau?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 03:02 PM | Show all posts
ryshaNur posted on 22-6-2014 02:52 PM
ada kemungkinan tak mereka semua masih hidup

dari lojik akal saya...kes dah berlanjutan selama hampir 60 hari..tak silap....kaya mana org itu utk memberikan makanan harian selama itu seramai itu?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2014 03:04 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-6-2014 03:02 PM
dari lojik akal saya...kes dah berlanjutan selama hampir 60 hari..tak silap....kaya mana org itu u ...

hmm itulah kan...

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:11 PM | Show all posts
biasalah zaharie telah dikambing hitam kan,  sebab dia tak boleh
nak membela diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 03:13 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 22-6-2014 02:59 PM
bodo gila. orang masuk guna identiti palsu. yang jadi mangsa kapten zaharie.

yg guna passport curi tu apa citer??? that is a crime dah
kenapa tak pergi cari tukang jual passport curi tu?
sedangkan zaharie memang sah pilot, kalau dia nak bunuh
semua penumpang sebanyak 238 tu tak payah lah nak buat turn
back bagai ,  boleh aje humban dalam big ocean tu.
and masa turn back tu kenapa pihak malaysia tak ambik tindakan
secepat mungkin tapi tunggu sampai besok pagi????

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:19 PM | Show all posts
sueism posted on 22-6-2014 03:13 PM
yg guna passport curi tu apa citer??? that is a crime dah
kenapa tak pergi cari tukang jual pass ...

sebab this is bolehland.

dulu malaysia aman damai je.

sekarang terrorist pun blh hijack aeroplane.

akak setuju pasal pasport tu.

cmne dia org boleh tahu intention pencuri???

dia orang malaikat ke nak tahu tujuan pasport palsu tu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 03:23 PM | Show all posts
sueism posted on 22-6-2014 03:11 PM
biasalah zaharie telah dikambing hitam kan,  sebab dia tak boleh
nak membela diri.

baru suspek je...belum dibuat tuduhan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:28 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 22-6-2014 02:59 PM
bodo gila. orang masuk guna identiti palsu. yang jadi mangsa kapten zaharie.

aku syak benda yg sama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:29 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 22-6-2014 03:19 PM
sebab this is bolehland.

dulu malaysia aman damai je.

kalau dah sanggup beli passport curi , for me baik kita
tengok lebih dalam lagi apa citer sebalik and macamana
in first place passport curi boleh senang di dagangkan
and kena cari sindiket yg jual passport curi nie.
asyik2 tuduh kapten, kalau kapten nak crash that plane
tak ada nya dia nak upload youtube bagai sebab tu kan
satu cara boleh trace apa dia buat.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
I mcm ilang minat dh nk tahu perkembangan kes nih..byk sgt bnda yg meragukan..cume kesian kt family yg terlibat tk tahu smp bla harus mnunggu dan dipermainkan..selebihnya kita disini jgn ptus kn doa buat mereka..
Terlalu byk tangan2 ajaib yg terlibat atas kehilangan kpl nh sudahnya capt jgk dipergunakan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sueism posted on 22-6-2014 03:29 PM
kalau dah sanggup beli passport curi , for me baik kita
tengok lebih dalam lagi apa citer sebali ...

betul iols setuju!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 03:48 PM | Show all posts
beautifulliar posted on 22-6-2014 03:45 PM
I mcm ilang minat dh nk tahu perkembangan kes nih..byk sgt bnda yg meragukan..cume kesian kt family  ...

saya plak..amik point2 je...tak kiralah siapa dia, cari kat mana sekali pun..semua kemungkinan tu boleh berlaku..mana kita boleh tolak semata2 persepsi dan teori kita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 03:56 PM | Show all posts
Lagi lagi tuduhan tanpa pembelaan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-6-2014 03:48 PM
saya plak..amik point2 je...tak kiralah siapa dia, cari kat mana sekali pun..semua kemungkinan tu  ...


Mgkin kbetulan je kejadian nih ngn apa yg ada pd simulator kt rumah capt tu..sbb tu dia dipergunakan..
yg pasti point nya mmg bleh alih perhatian semua tentang spe yg terlibat scara lgsung dlm kes nh..
Soalnye klo capt nh terlibat,hebat sgt kah beliau?
I tak rasa begitu
Pada i,rumors yg mgatakan capt nh adalah dalang ats segalanya mmg bulsittt.
Ape kejadahnye capt nh nk mmpertaruhkn nyawa dia sebegini..dia ada ank bini utk difikirkn juga,,

Last edited by beautifulliar on 22-6-2014 04:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 04:03 PM | Show all posts
beautifulliar posted on 22-6-2014 03:57 PM
Mgkin kbetulan je kejadian nih ngn apa yg ada pd simulator kt rumah capt tu..sbb tu dia dipergunak ...

macam mana kita boleh sahkan tuduhan kita itu?..berdasarkan apa yg rasa ke, apa yg kita rasa lojik ke?.

Kes ni kes polis...mereka yg jaga undang2...mereka punyai otoriti utk menyiasat...malah baru dikatakan suspek je....tak ada pun satu pendakwaan pun dibuat oleh mana2 pihak..so..dipergunakan apanye?..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah pilot ade simulator
Klu minat lumba kete. Cube cek tepon dia. Ada games kete Tk? Kalau ada Pstu dia ada kemalangan. Bole ke kita tuduh dia yg dia Mmg nk buat misi bunuh diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.109385 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list