CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Provokasi : Tingkatkan Kemampuan Mengawal Mental Dan Fizikal

19-6-2014 06:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17875| Komen: 0

Provokasi : Tingkatkan Kemampuan Mengawal Mental dan Fizikal


Sekali lagi dipaparkan untuk pengetahuan bersama.

Provokasi.Apa itu Provokasi ? Secara umumnya,masih ramai yang tidak mengetahui maksud "provokasi".Pada kali ini,penulis ingin menjelaskan apa itu provokasi.Maksud provokasi adalah perbuatan yang membangkitkan kemarahan,rasa benci,minat dan sebagainya seseorang individu terhadap individu,pasukan atau negeri seseorang.Sebagai contoh,dalam bolasepak negara,kes-kes provokasi sangat banyak berlaku dikalangan penyokong-penyokong bolasepak.

Provokasi hanya akan menimbulkan perbalahan sesama sendiri.Sebagai penyokong bolasepak negeri atau negara,anda seharusnya mengelakkan diri dari menjadi tukang provokasi atau yang terkena provokasi.Provokasi adakalanya boleh mendatangkan jenayah kepada sesiapa sahaja.Dalam era globalisasi ini,penulis banyak melihat ramai dikalangan penyokong tegar pasukan masing-masing melakukan provokasi samada melalui facebook,tweeter,blog dan lain-lain lagi.





Kemeriahan bolasepak akan suram tanpa provokasi ? Ianya memang betul,tetapi apa yang ingin ditekankan disini adalah sikap provokasi yang melampau.Sebagai seorang penyokong,anda harus bersikap profesional dalam menangai isu provokasi.Apabila berlakunye provokasi 6 elemen akan bersangkut paut iaitu evolusi, hasutan, godaan, terprovokasi, pancingan dan asungan.Ini bermakna apabila seseorang terprovokasi, sifat marah dan tekanan dlm diri muncul.Di tambah pula dgn hasutan dan godaan dari rakan-rakan.Selepas itu akan muncullah satu tindakan yang tidak sewajarnya di ambil oleh orang yang terprovokasi itu.Maka,disitulah terjadinya pergaduhan provokasi.

Bagi penulis,provokasi seharusnya dielakkan bagi menimbulkan perasaan marah atau benci orang lain terhadap pasukan dan negeri kita.Janganlah kita terlalu memprovokasi penyokong pasukan lawan sehingga menimbulkan kemarahan mereka.Cuba anda bayangkan,apa perasaan anda jika pasukan kita kalah dan kemudiannya kita dilemparkan dengan pelbagai kata-kata yang jelas memprovokasi emosi kita akibat kekalahan pasukan kita.Marah ? Suka ? Benci ? Buat tidak tahu ? Sudah tentu kita akan merasa marah dengan tindakan mereka-mereka yang berkenaan,maka akan berlakulah adegan-adegan perang siber diantara kedua-dua belah pihak penyokong yang kadangkala membawa sehingga ke pergaduhan di dalam dan luar stadium.

Lihat sahaja pada tahun lepas,sudah banyak kali penyokong kita terprovokasi oleh pihak lawan.Tanpa diduga,kita telah terjerat dalam segmen pertempuran penyokong didalam stadium,sebagaimana berlaku di Terengganu.Penulis sendiri yang berada di stadium itu merasakan kita terlalu mudah untuk diprovokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan.Jika tidak dilayan tindakan mereka itu,penulis yakin "pertempuran" yang terjadi itu dapat dielakkan.

Oleh yang demikian,pihak penulis berharap isu provokasi pada tahun ini dapat dikurangkan seterusnya dapat mengelakkan terus sikap suka memprovokasikan pihak lawan jika pasukan kita menang dengan pasukan mereka.Provokasi sebenarnya tidak elok untuk dilakukan kerana ianya hanya boleh mencetuskan pergaduhan seterusnya boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan menjatuhkan air muka/kedudukan seseorang penyokong,pasukan atau negeri lawan.Ingatlah pada orang tersayang.Apa salahnya kita berkongsi kejayaan bersama-sama.Kita bersama-sama berbincang,memuji permainan pasukan yang menang,selidiki bagaimana mereka boleh menang dengan pasukan kita,janganlah ambil jalan mudah dengan melakukan pelbagai provokasi.

Pada tahun 2012 ini,jadikan ianya sebagai titik permulaan untuk kita berubah,berubah menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.Kita semua mampu melakukannya,marilah sama-sama kita mengubah persepsi penyokong lain terhadap kita.Sebagai pahlawan ke-12 The Red Warriors,disiplin harus diutamakan jika anda inginkan orang lain menghormati anda,anda juga perlulah menghormati orang lain.Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pahlawan ke-12 The Red Warriors.Jadilah penyokong yang sentiasa bertindak bijak,bukannya bertindak mengikut emosi.

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046036 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top