CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Seluar Dalam Malaysia - Amiruddin

19-6-2014 03:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14341| Komen: 149


Sudah berapa lama anda tidak membeli seluar dalam baharu?

Menurut pakar seluar dalam Malaysia yang dikenali sebagai Amiruddin, setiap lelaki sewajarnya membeli seluar dalam baharu antara tiga bulan hingga maksimum enam bulan.Katanya, seluar dalam yang selalu dicuci akan `mengembang' dan kurang `anjal' sehingga kehilangan fungsi optimum untuk melindungi alat sulit lelaki.

Amiruddin berkata, setiap lelaki juga wajar mempunyai tujuh pasang seluar dalam tetapi mereka yang kuat bersukan seharusnya mempunyai 10 pasang.

"Bagi lelaki yang selalu memakai seluar panjang atau jeans ketika bekerja, maka seluar dalam jenis T back dan boxer adalah sesuai.

"Ketika bersukan pula, seluar dalam yang rapat badan tetapi dengan fungsi pengudaraan yang baik perlu dipilih untuk mengurangkan pergeseran dengan alat sulit dan kawasan berhampiran," katanya.

Tambahnya, boxer target merupakan seluar dalam yang sesuai dipakai ketika tidur. Dalam pada itu, Amiruddin turut mengulas kononnya seluar dalam yang berwarna gelap mempunyai kandungan bahan kimia yang lebih banyak.

"Kebanyakan seluar dalam berjenama tidak akan mengalami kelunturan warna sekali gus pemakai tidak perlu bimbang mengenai kesan bahan kimia," katanya.

Namun menurut Amiruddin, pemilihan warna seluar dalam dan jenis seluar dalam sebenarnya melambangkan keperibadian seorang lelaki.

"Lelaki yang lebih lembut umpamanya lebih menggemari seluar dalam berwarna terang selain yang mempunyai corak bunga-bungaan," katanya.

Menurutnya lagi, lelaki kini semakin berani untuk mencuba seluar dalam yang seksi termasuk jenis G string dan T back. Namun mengikut pemantauannya, seluar dalam G string dan T back kebanyakannya dibeli oleh pengguna dengan selera gay.

"Boleh dikatakan tiada golongan isteri yang akan membelikan seluar dalam jenis ini untuk suami mereka," katanya.

Namun menurutnya, hanya lelaki yang mempunyai bentuk badan kurus sesuai memakai seluar dalam G string. Mengenai T back pula, sesetengah lelaki yang berdepan masalah kulit memilih seluar dalam jenis itu untuk mengurangkan sentuhan kapas dengan kulit. Setelah berbicara mengenai pelbagai isu seluar dalam lelaki, mungkin terdapat pembaca yang tertanya-tanya apakah kelulusan yang melayakkan Amiruddin bergelar pakar seluar dalam.

Hakikatnya, Amiruddin menerima gelaran dan jawatan pakar daripada syarikatnya dan beliau tidak pernah sesekali melanjutkan pengajian dalam bidang `Sarjana Muda Seluar Dalam'. Amiruddin sebaliknya merupakan lulusan dalam bidang sains makanan, tetapi mempunyai ilmu dan kepakaran luar biasa mengenai seluar dalam.


10

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 19-6-2014 10:34 AM
org pompuan klo shoping, kiri kanan beg shoping.suma bju die..blik2 tunjuk la kt suami beli bju selai.suar dlm sekotak..lol
Quote insulin 19-6-2014 10:35 AM
Wahhh......pakar seluar dalam lelaki di Malaysia
Quote debab_78 19-6-2014 10:40 AM
selagi x koyak, selagi tu la aku akan pakai... pekejadah nak beli pakai buang...
Quote voiletiris 19-6-2014 10:46 AM
debab_78 posted on 19-6-2014 10:40 AM
selagi x koyak, selagi tu la aku akan pakai... pekejadah nak beli pakai buang...

hahahaha ada betul juga kata kau tu ..tapi kalau dah longar akibat di cuci  selalu kang tersalah parking lak
Quote ckitjer 19-6-2014 10:46 AM
Iols penah tgk jiran sbelah umah sidai suaq dalam hubby dia kat tp tingkap dlm bilk.. dah rupa roti jala suaq dalam tu
motip iols duk intai suaq dlm hubby orang!!
Quote debab_78 19-6-2014 10:49 AM
voiletiris posted on 19-6-2014 10:46 AM
hahahaha ada betul juga kata kau tu ..tapi kalau dah longar akibat di cuci  selalu kang tersalah p ...

nak parking mcmne bai.... xkan maintain pny.... haha

tp yer la... kalo dh ilang anjal getah, tukar je la... hodoh pulak dok sidai org nengoknya...
Quote melia_star 19-6-2014 10:50 AM
kdg suar dlm yg berlubang2 tu best dipakai...selesa sgt katanya...
Quote NIXAR 19-6-2014 10:51 AM
pakai jean x yah pakai suar dlm xpe. kasi dia bebas sket
Quote tupaiterbang 19-6-2014 11:16 AM
bangla pakai suar dalam 1 helai seminggu
cinapek pakai suar dalam 2 kali sehari, sebab ada skidmark..
Quote Dewa19XKangen 19-6-2014 12:05 PM
aku kalo membeli bertemu tukang jual laki yang cerita pasal kriteria brand seluar dalam jadi menakutkan.. manakala sales girl yang cerita kriteria brand seluar dalam jadi memalukan..
Quote shamsadis 19-6-2014 12:08 PM
NIXAR posted on 19-6-2014 10:51 AM
pakai jean x yah pakai suar dlm xpe. kasi dia bebas sket

pepatah dahulu ada mengatakan....'kepala atas berbalut kemas, kepala bawah dibiarkan bebas'
Quote spiderman80 19-6-2014 12:09 PM
Nasib baik saya tak suka pakai seluar dalam. Ia memudahkan kerja saya ketika bermesra ngan China Doll.
Quote mattzzx 19-6-2014 12:09 PM
debab_78 posted on 19-6-2014 10:40 AM
selagi x koyak, selagi tu la aku akan pakai... pekejadah nak beli pakai buang...

Teringat citer seluar kirai Ramle dalam filem  Bujang Lapuk...


Quote batmana 19-6-2014 12:10 PM
org laki simple

asal bole pakai, skalipn berlubang, dia akan pakai

yg penting bli bnda lain..tuk kluarga dlu..
Quote NIXAR 19-6-2014 12:10 PM
shamsadis posted on 19-6-2014 12:08 PM
pepatah dahulu ada mengatakan....'kepala atas berbalut kemas, kepala bawah dibiarkan bebas'

bebas xpe. jgn x boleh kontrol jah.....lg pun rimas lama2 dlm spentot. lagi2 kalau cuaca panas
Quote shamsadis 19-6-2014 12:13 PM
NIXAR posted on 19-6-2014 12:10 PM
bebas xpe. jgn x boleh kontrol jah.....lg pun rimas lama2 dlm spentot. lagi2 kalau cuaca panas

kalo bebas nanti dia meliar menjalar mencari.....
Quote tupaiterbang 19-6-2014 12:13 PM
Tips utk bebird besar,jgn pakai suar dalam
Quote monreyes 19-6-2014 12:18 PM
spendar longgar x bagus kot...
nanti dua2 peralatan jadi sama panjang...akibat perlendutan...
Quote NIXAR 19-6-2014 12:20 PM
shamsadis posted on 19-6-2014 12:13 PM
kalo bebas nanti dia meliar menjalar mencari.....

jika tiada yg menawar dia dok diam2 saja.

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061323 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top