CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Maut Digilis Lori - Kepala Hingga Pinggang Berkecai

18-6-2014 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14427| Komen: 88

Jatuh motosikal digilis lori

Kuala Lumpur: Mengerikan apabila otak seorang penunggang motosikal yang maut digilis sebuah lori tercampak di atas jalan raya dalam kejadian di Kilometer 35.8 Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bulatan Bilion, Cheras di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.08 pagi itu, bahagian kepala hingga pinggang mangsa hancur berkecai digilis lori sejurus mangsa terjatuh dari motosikal ditunggang.

Gambar hiasan


Difahamkan, mangsa, Bahtiyar Baharin, 52, dari Taman Cheras Utama di sini, dikatakan terjatuh ke sebelah kanan selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah motosikal lain yang mengelak sebatang dahan pokok di bahu lebuh raya.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Markandan Subramania berkata, mangsa yang terjatuh tidak sempat mengelak sebelum digilis lori berkenaan.


“Seorang lagi mangsa, Muhammad Mazheruddin Yahaya, 25, yang juga petugas di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang terjatuh hanya mengalami cedera ringan.


“Berdasarkan siasatan awal polis, Muhammad dikatakan mengelak sebatang dahan pokok yang terjuntai masuk dan menghalang laluan kecemasan di lebuh raya berkenaan.

“Akibatnya dia menggesel motosikal ditunggang Bahtiyar menyebabkan kedua-duanya terjatuh,” katanya.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal maut selepas digilis tayar belakang sebuah lori yang dirempuhnya. Dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, mangsa, Masumi Ahmad, 57, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, sebelum terbabit nahas di Jalan Cheras - Kajang di sini.

Mangsa dikatakan tidak sempat menekan brek lalu merempuh lori berkenaan menyebabkan dia terperosok di bawah lori dan digilis.


Mangsa yang digilis di leher maut di lokasi kejadian.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xdielzx 18-6-2014 09:35 AM

omaiiii
Quote shernazz 18-6-2014 09:35 AM
Cheras darul eksiden
Sian la penunggang moto tu..
Quote iman_aly 18-6-2014 09:37 AM
sadisnya....
Quote DayangKirana 18-6-2014 09:39 AM
pokok terjuntai..hishhh..bahaya betul!
Quote hanakikan 18-6-2014 09:40 AM
Kdg2 yg naik motor ni bukan sebab miskin xde kereta. Mostly penunggang motorsikal ni simpan kereta kat rumah guna masa weekend. Masa gi keje naik keta sebab elak jem. Tp tu lah risiko besar naik motor. So nak kurangkan risiko naik la kereta
Quote noor2 18-6-2014 09:40 AM
Kerajaan patut turunkan harga minyak supaya semua orang mampu pakai kereta...
Quote crossfire 18-6-2014 09:41 AM
Jalan Loke Yew dah jadi laluan MAUT terutama depan leisure mall, MRT project jln jadi sempit dan berlopak salah satu puncanya....
Quote Siddiqin 18-6-2014 09:48 AM
Menurut sahabat saya yang menjadi jiran Arwah Bahtiyar, arwah ni sama2 menyembahyangkan solat jenazah isteri Hafiz yg digilis lori yang meninggal baru 2 hari lepas di Masjid Alam Damai. Hari berikutnya beliau juga terkorban dalam incident yang serupa. Moga Allah mencucuri rahmat kepada semuanya.
Quote CauPandin 18-6-2014 09:50 AM
Al fatihah..cuak weh
Quote fiezameysekali 18-6-2014 09:55 AM
Siddiqin posted on 18-6-2014 09:48 AM
Menurut sahabat saya yang menjadi jiran Arwah Bahtiyar, arwah ni sama2 menyembahyangkan solat jenaza ...

oo yekee

ermmm inallillah kedua2nyaa
Quote prettyuglybabe 18-6-2014 09:59 AM
takziah...


Quote eco_internet 18-6-2014 10:03 AM
Highway grand saga KL - kajang  memang sibuk dgn projek MRT espesily area cheras... kepada penunggang motosikal dan pemandu, sila lebih berhati2....
Quote fifie_olin 18-6-2014 10:06 AM
ngeri la aku dgr gilis2 ni...
jauhla hendaknya
Quote jojo67 18-6-2014 10:12 AM
noor2 posted on 18-6-2014 09:40 AM
Kerajaan patut turunkan harga minyak supaya semua orang mampu pakai kereta...

hai noor, banyak ja org  m' sia ni mampu pakai reta....tapi depa malas bawak reta sbb nak elak jem....pagi ni akak dah bengang satu pemandu moto ni....agaknya jenih x berotak kut....ada ka akak dok bawak keta lelaju( 50 ja pun)boleh dia lintas moto depan akak, dah tu satu moto naik 4 org....hon ja(hobi akak time bawak reta ni memang suka hon  pd pemandu reta/ moto yg kurang ajaq)sampai somi pun selalu berletiaq....
Quote AbukRokok 18-6-2014 10:15 AM
apasal gambar xde
Quote jojo67 18-6-2014 10:15 AM
Siddiqin posted on 18-6-2014 09:48 AM
Menurut sahabat saya yang menjadi jiran Arwah Bahtiyar, arwah ni sama2 menyembahyangkan solat jenaza ...

takziah....sedih akak mendengaqnya.....ni kejadian  dilaluan kawasan yg sama ka...
Quote AbukRokok 18-6-2014 10:15 AM
fifie_olin posted on 18-6-2014 10:06 AM
ngeri la aku dgr gilis2 ni...
jauhla hendaknya

Digilis gilis dipilis...ditepungi la tawar
hai beras kunyit ditabur
disrami air mawar
Quote Sagoo 18-6-2014 10:16 AM
arwah ni bikers jugak...selalu buat aktiviti amal...
al fatihah utk arwah....
Quote lkick2113 18-6-2014 10:17 AM
mana gambar???

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054251 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top