CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lokasi Panas Tumpuan Kaki Ponteng Puasa

17-6-2014 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6922| Komen: 31

Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengenalpasti 20 lokasi panas tumpuan golongan ponteng puasa di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kawasan berkenaan bukan sahaja bertumpu di premis makanan malah di kafe siber, pusat snuker, pusat karaoke dan seumpamanya.

"Kerajaan negeri menerusi JHEAIPP akan melipatgandakan rondaan di semua daerah seawal pukul 7 pagi di lokasi berkenaan bagi membendung gejala maksiat dan salah laku sepanjang Ramadan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, tahun lepas, sebanyak 103 kes telah dibawa ke mahkamah mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 kerana tidak menghormati bulan puasa, berjudi, berkhalwat, lelaki berpakaian wanita dan perbuatan tidak sopan.

Katanya, kerajaan negeri telah mengedarkan 212 kain rentang amaran penguatkuasaan sempena Ramadan kepada semua masjid di negeri ini. - Bernama

22

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 16-6-2014 09:44 PM
dalam opis makan megi...
Quote gusikuberdarah 16-6-2014 09:51 PM
pempuan dikecualikan
Quote MissNigga 16-6-2014 09:51 PM
OmJualGas posted on 16-6-2014 09:44 PM
dalam opis makan megi...

ni sure dlm drawer opis uols.. penuh ngan koleksi makanan dan air khenzz sepanjang bulan pose
Quote Al-Patih 17-6-2014 04:33 AM
gusikuberdarah posted on 16-6-2014 09:51 PM
pempuan dikecualikan

sembahyang jumaat ...poong pempuan dikecualikan ...
Quote Acong 17-6-2014 04:49 AM
cuba pantau MCD drive thru
Quote HUHA 17-6-2014 04:57 AM
kedai kopi ah cong dkt lebuh champbell sebalah kedai kain pun selalu jadi port org ponteng puasa...
pernah sekali saya masuk situ... ramai melayu dlm tu, mamak pun ada jugak tapi tak la byk sgt mcm melayu.
dlm 10 melayu ada la 2 mamak... camtu

JHEAIPP patut pantau tu... dah lama dah camtu. dah patut diambil tindakan sewajarnya.
Quote Orange1 17-6-2014 04:58 AM
Masak sendiri bwk bekal.
Quote munchkin 17-6-2014 05:00 AM
hmmmm....hmmmm...hmmm
Quote DayangKirana 17-6-2014 06:08 AM
Takyah jalan2 meronda..duduk je kat drive thru window tuh...mcd ker..kepsi ke..buat seprais..sure terkezut jantan2 yg uzur tuh..
Quote alinone78 17-6-2014 06:16 AM
OmJualGas posted on 16-6-2014 09:44 PM
dalam opis makan megi...

1 opis bau
Quote ice_sky92 17-6-2014 06:21 AM
Kat tempat aku kalo bulan puasa ada sorang makcik ni dah bukak gerai seawal tengahari lg. Dia berniaga nasi ayam. Damn. Kejadahnya awal sangat. Nmpk sangat dia bersubahat dgn org tak puasa. Ramai la lelaki yg dok tapau nasi ayam wktu tghari. Tnggung la dosa makcik oiii.
Quote tak_tahu 17-6-2014 08:21 AM
2-3 thn lps pernah terserempak mangkuk ayun mcm ni. aku g bank withdraw duit dalam kul 11 pagi. selang 2-3 buah lot ada kedai mamak, non muslim la kot rilek je meniaga siang2 buta. area sri gombak.

si mangkuk ni selambe je menapau sirap ais ngan seplastik besar roti canai. si bapak tggu kat motor, disuruhnya anak dlm umur 6-7 tahun pergi beli. berjenjet2 la budak tu bawak.

aku rase nak cabut kepala bapaknya tu, lempor ateh kuali roti canai. nak buat dosa, x payahla libatkan anak. jgnla budak tu terikut dgn peel x snonoh bapak mcm tu.
Quote aechae 17-6-2014 08:24 AM
Mostly org laki liat nk puasa...xtau la knapa
Quote zafira 17-6-2014 08:41 AM
kat depan sogo pun ada port kaki ponteng posa (salah satu kedai makan)... kalo ko intai kat dalam2 sket mesti korang terkejut beruk tengok rata-rata sape yang tengah soru kat situ.... Dah bertahun2 aku beli lauk tuk buka posa... mcm tu jugaklah senarionya (dari 1.00 tgh sampai ke petang)..
Quote Z77 17-6-2014 10:53 AM
aku kalau nampak orang melayu tak posa aku dok biar jer..dah besar kan..depa tau dosa pahala..hukum semua...baik buat ibadah sendiri dari sibuk amik tau amalan orang lain..rasa2 masa zaman nabi dulu ada ke orang islam arab dok serbu rumah orang cari orang tak posa..(lepas ni sure aku kena lahar dgn lebai segera )
Quote ninjago 17-6-2014 10:56 AM
ah-ha! kat area umah aku pun, ada umah bdk2 bujang laki sewa.. time bulan pose, bole eh dia bawak geng2 malaun dia segala makan kt situ.. aku nampak siang2 hari bawak berbondong2 tapau ngan air ikat tepi masuk umah. bdk2 tu pulak semua budak2 geng kete sport lak tu.. gerammmmm je aku nengok.. cam nk g report jais je!
Quote gusikuberdarah 17-6-2014 01:32 PM
Al-Patih posted on 17-6-2014 04:33 AM
sembahyang jumaat ...poong pempuan dikecualikan ...

untung jd pompuan kan?
Quote TuntungReturn 17-6-2014 01:34 PM
org pelik klo x puasa knp nk mkn kt luar? alang2 x pose x kn nk mkn megi?? kurang2 pekena nsik kndar..bru bebaloi x pose.ni x pose mkn roti.chait..buang masa jalol
Quote Artemesiaa 17-6-2014 01:43 PM
Ala cuba buat spot check kat driver room dan2 ada café pasang siap sepanjang bulan posa siap berkarok lagi.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.042041 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top