Mohd Faizal dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku salah dengan sengaja merosakkan motosikal hingga menyebabkan pemiliknya iaitu ibunya mengalami kerugian sebanyak RM150 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda bukan sahaja tergamak memaksa ibunya menggantikan semula wang RM3,000 yang dicuri daripada majikannya, malah turut bertindak kejam merosakkan motosikal milik ibu malang itu. Namun, perbuatan tidak berperikemanusiaan Mohd Faizal Ramli, 28, yang layak digelar anak derhaka itu menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Keputusan itu dibuat selepas dia mengaku salah melakukan perbuatan khianat dengan niat untuk mengakibatkan kerosakan dan kerugian iaitu dengan sengaja telah merosakkan motosikal sehingga menyebabkan pemiliknya, Rotiah Ngah, 60, mengalami kerugian sebanyak RM150 pada19 Februari lalu, jam 4.30 petang di Kampung Tok Jamal Wakaf Mempelam, di sini. Mohd Faizal mengaku salah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Berdasarkan fakta kes, pada 19 Februari lalu, kira-kira jam 4 petang, adik perempuan Mohd Faizal yang bekerja sebagai juruwang dimaklumkan oleh tertuduh bahawa dia telah mencuri duit majikan sebanyak RM3,000. Mohd Faizal kemudian memaksa adik perempuannya itu dan ibunya iaitu mangsa untuk menggantikan semula wang yang dicuri tersebut. Selepas mengeluarkan wang RM3,000, adik dan ibunya mengajak Mohd Faizal memulangkan duit berkenaan kepada majikannya, tetapi dia berkeras tidak mahu mengikut. Dalam masa sama, Mohd Faizal telah mengugut akan membakar motosikal tersebut jika tidak memulangkan wang yang dicuri daripada majikannya itu serta telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) ugutan berbunyi 'Mung nak balik x boh? 15 minit lg mung dok sapa aku bakor mutor mung, dok caye mung tengok'. Sejurus menerima SMS tersebut, adik perempuannya terus ke balai polis membuat laporan kerana bimbang keselamatan diri dan ibu mereka. Mohd Faizal ditangkap pada 10 Jun lalu, kira-kira jam 1.30 pagi.
|
17
Bagus |
3
Marah |
8
Terkejut |
12
Sedih |
18
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
koondoor posted on 13-6-2014 12:49 PM
fxxked up shit this one. Kenapa kes2 macam ni banyak di area pantai timur, especially Terengganu?
biskutsusu posted on 13-6-2014 12:44 PM
i pun tak berapa paham
1 . mak dan adiknya keluarkan duit sapa rm3000 tu untuk ganti duit yang fa ...
caprut posted on 13-6-2014 01:14 PM
org klntan ngan ganu ni mmg pelik2. ak x pham cter ni. jap. die mnyebabkn kerugian rm 150 ke? halalk ...
ellZack posted on 13-6-2014 01:46 PM
myr150 tu jumlah kerosakan yang mak faizal tanggung selepas faizal ambil keputusan untuk rosakkan ...
ellZack posted on 13-6-2014 01:44 PM
1. mak dia keluarkan saving sendiri myr3000 untuk ganti duit majikan yg faizal curi.
2. msg dituj ...
ADVERTISEMENT