CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Dyana, Saya Tidak Setuju Kenyataan Awak Mengenai Hudud - Nik Aziz

13-6-2014 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5026| Komen: 7

Description: "Saya Tidak Setuju Kenyataan Awak Mengenai Hudud." Itu Antara Kenyataan Awal Yang Keluar Dari Mulut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Ketika Bertemu Bekas Calon Dap Bagi Pilihan Raya ...

LIM Kit Siang memperkenalkan Dyana Sofya Mohd. Daud kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa mengunjungi bekas Menteri Besar Kelantan itu di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan, semalam. 

KOTA BHARU 12 Jun - "Saya tidak setuju kenyataan awak mengenai hudud." Itu antara kenyataan awal yang keluar dari mulut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bertemu bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud di sini hari ini.

Dyana Sofya hadir mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang melakukan kunjungan hormat ke atas Nik Abdul Aziz di pejabat beliau di Kompleks Kota Darulnaim.

Dalam pertemuan tersebut, bekas Menteri Besar itu turut menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan.

Nasihat beliau itu adalah sebagai reaksi kepada tindakan Dyana Sofya yang dilaporkan berkata tidak akan menyokong pelaksanaan hudud ketika berkempen dalam PRK Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Bagaimanapun, butiran lanjut perbualan mereka selepas itu tidak diketahui kerana petugas media diarahkan beredar dengan alasan pertemuan itu sepatutnya diadakan secara tertutup.

Mengulas mengenai pertemuan yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu, Dyana Sofya berkata, beliau memanfaatkan sebaik mungkin ruang yang ada untuk menjelaskan pendiriannya mengenai hudud kepada Nik Abdul Aziz.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya jelaskan kepada beliau saya tidak pernah menolak hudud sebab sebagai orang Islam saya tidak boleh menolak hudud.

"Bagaimanapun pendirian saya sama seperti pendirian parti (DAP)," katanya.


Menurut Dyana Sofya, selain isu hudud, Nik Abdul Aziz turut memberi nasihat dan panduan berguna untuk beliau terus survive dalam dunia politik seperti perlu mempunyai prinsip dan sering turun padang bertemu masyarakat.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 13-6-2014 10:06 AM
so? diana 'sorang' mungkin sebut gitu.

para penyokong umngok plak mcm mana?
masih 'sama pendirian' dengan presiden ke?

[youtube]gZdKSWX5-2I[/youtube]


Quote Defcon2 13-6-2014 12:34 PM
bangcak posted on 13-6-2014 10:06 AM
so? diana 'sorang' mungkin sebut gitu.

para penyokong umngok plak mcm mana?

Hehehe... abe keross... sila * Ambil perhatian AYAT2 YG DIHITAMKAN....
Quote munchkin 14-6-2014 04:15 PM
kena setepek ngan nik aziz.
Quote LUNCH 14-6-2014 06:43 PM
Tak habis habis dengan hudud.
Quote robertocarbos 16-6-2014 05:36 PM
Dyana ni x layak jadi pemimpin
kate tegakkan agama
tp tudung pakai mcm bohsia
aikh
Quote PEPPERMAN 17-6-2014 04:06 PM
pendirian Dyana tu mirip pendirian UMNO.
semoga dia akan diberikan hidayah untuk menyertai UMNO satu hari nanti
Quote missus_meow 17-6-2014 04:13 PM
2 Statements budak comey ni cancel each othr out .... u cant hv it both ways dahlink ... sorang lg budak celaru. Join dap sbb nk tebus kkecewaan maknye ye .... better get some ideas how to it dr ankel bentong ....

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.293027 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top