Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun musim kering dijangka melanda negara mulai bulan ini namun kesannya hanya dirasai pada Julai. "Buat masa ini, paras air di Empangan Sungai Selangor hanya meningkat tujuh peratus kepada 43 peratus berbanding 36 peratus pada dua bulan lalu ketika catuan bekalan air dilakukan. "Jika musim kering menyebabkan paras tersebut kembali menurun, maka catuan terpaksa dilakukan kerana 60 peratus bekalan air di Lembah Klang datang daripada empangan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kebangsaan Teknologi Hijau bersempena Minggu Teknologi Hijau 2014 di sini hari ini. Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama tiga bulan antara Februari dan April ekoran kekurangan bekalan semasa musim panas baru-baru ini. Mahdzir berkata ketika catuan dilakukan, kadar pengeluaran air di Lembah Klang diturunkan kepada 1,700 juta liter sehari berbanding kadar biasa 2,700 juta liter sehari. "Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor akan melakukan pelbagai cara untuk meningkatkan paras air di empangan tersebut, termasuk mengepam air dari kolam takungan dan menggunakan air bawah tanah selain kaedah pembenihan awan oleh Jabatan Meteorologi," katanya. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air baru-baru ini mengeluarkan garis panduan untuk kegunaan operator air di seluruh negara sepanjang tempoh Malaysia dilanda fenomena El Nino atau cuaca kering. Garis panduan itu, antara lain, mengarahkan operator air memantau rapi paras sungai dan empangan yang membekalkan air mentah kepada loji rawatan di negeri masing-masing; mengaktifkan Pelan Kontingensi Bekalan Air sekiranya paras air menyusut pada paras waspada dan menyediakan keperluan logistik bagi menghantar bekalan air bantuan. Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara mengalami musim kering bermula bulan ini hingga September manakala Pertubuhan Meteorologi Dunia menjangkakan fenomena El Nino berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara enam hingga 18 bulan.
|
10
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
xy_daen posted on 9-6-2014 10:55 PM
Dah MB Selangor lg syok main badminton drpd uruskan masalah air nih...nk wat camne...:lol
revolusi_30 posted on 9-6-2014 10:41 PM
Npe yg cakap kerajaan persekutuan... Bukan kerajaan negeri ... ?
ADVERTISEMENT