KAWASAN bawah jambatan diletakkan dengan logam panjang dan tajam bagi menghalang golongan gelandangan menjadikan kawasan itu tempat tidur LONDON - Para pemilik premis di bandar ini kini menemui cara untuk mengatasi masalah individu yang tidak memiliki tempat tinggal atau gelandangan tidur di pekarangan bangunan mahupun kediaman penduduk setempat. Beberapa logam panjang dan tajam setinggi 43 sentimeter diletakkan di bahagian yang sering menjadi tumpuan golongan ini untuk tidur seperti di kaki lima bangunan serta bawah jambatan. Tindakan itu menyebabkan beberapa pengguna laman sosial Twitter melahirkan rasa tidak puas hati mereka, bagaimanapun ada kalangan pengguna yang bersetuju dengan langkah yang diambil. "Mereka layak tinggal di kawasan yang lebih baik daripada tidur di sepanjang jalan," kata seorang pengguna Twitter, Katharine Sacks-Jones.
|
obelisk posted on 9-6-2014 11:45 AM
nak tak nak orang gelandangan ni pasti akan wujud disebabkan oleh pelbagai faktor tapi paling utam ...
ADVERTISEMENT