CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

150 Gelandangan Di Selangor !

19-8-2013 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8101| Komen: 15


KELIHATAN beberapa orang gelandangan yang mendiami kawasan di bawah jambatan di sekitar ibu negara. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bantuan Malaysia Bersatu Selangor (PBMBS), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbentuk kebajikan, mengenal pasti lebih 150 gelandangan di tiga daerah di Selangor.


Pengerusinya, Datin K. Mageswary berkata, jumlah itu diperoleh menerusi hasil kajian dan soal selidik pasukan sukarelawan khas yang ditubuhkan NGO itu bagi mendekati golongan gelandangan di daerah Klang, Banting di Kuala Langat dan Kuala Selangor.


"Majoriti gelandangan atau kutu rayau yang terbiar tanpa tempat tinggal dikesan bertumpu di pusat-pusat bandar seperti di daerah Petaling, Klang dan Kuala Selangor.


"Antara punca yang dikenal pasti ialah hampir kesemua mereka dihalau kerana sikap yang tidak dapat diterima ahli keluarga masing-masing termasuk pengaruh alkohol," katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.





1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jaa139 19-8-2013 08:12 AM
pastu ape penyelesaiannya?..keluarga sendiri pun dah taknak mereka..
Quote gaara_X 19-8-2013 08:14 AM
depa pun tak nak kesihankan diri mereka......
Quote lee_sakura 19-8-2013 08:19 AM
bagi aku diorg yg pilih nk hidup mcm tu...bg aku keje belambak kt KL nie...7E, mcd, kfc, guardian & etc byk yg nk pakai pekerja...aku dulu pon penah keje 7e, gaji mmg cukup2 makan...tp xde plak sampai nk merempat...dpt gak kirim duit kt kampung bg mak ayah n tanggung abg aku kt universiti....aku dulu pon duduk kat flat je...
Quote Bell 19-8-2013 08:20 AM
Penagih dadah, penagih alkohol, malas berkerja...biarkan mereka....
Quote totokreturn 19-8-2013 08:37 AM
Sendiri cari susah.....

Seperti kes harituh yg dok bawah jambatan sungai gombak, masjid jamek ituhari dibantu dan diberi tempat tinggal oleh sepasang suami isteri.... tup2 lari semula dan rembat duit tuan rumah....
Quote leylapple 19-8-2013 09:11 AM
ada sebabnya diorang jadi manusia gelandangan nie....

1. pemalas tegar
2. jenis manusia yang tak kisah pun pasal diri sendiri
3. tak ada agama (agama menitikberatkan kebersihan dan sifat rajin usaha)
Quote pakwetizzaqyah 19-8-2013 09:19 AM
gelandangan ni patut dulunya di tahan di bawah ISA...pasal diorang ni tk produktif la duit rakyat terpaksa disuap free2 kat mereka
Quote mute 19-8-2013 02:29 PM
gelendangan..ape la dieorg ni, keje jela kedai mkn mamak tu...mkn dpt gaji dpt...
Quote shamsadis 19-8-2013 02:31 PM
kerja banyak.....diaorang yang taknak kerja....selalu kalo diberi peluang kerja...akan buat 'spoil' bukan tak diberi peluang tapi dah diberi....susah kalo dah hadap 'benda' tue...paler pun ting tong
Quote munchkin 20-8-2013 05:28 AM
lee_sakura: bagi aku diorg yg pilih nk hidup mcm tu...bg aku keje belambak kt KL nie...7E, mcd, kfc, guardian & etc byk yg nk pakai pekerja...aku dulu pon penah ...


kagum dgn orang macam sakura
Quote sue_y05 20-8-2013 05:32 AM
kat Mesia ada 2 juta pekerja asing halal dan 2 juta pekerja asing haram.

majikan 2 juta PATI haram tu asyik risau je kena raid, kena rasuah sana sini,sorok pekerja mereka.
kalaulah datang seorang gelandangan ni serius mintak kerja dgn majikan haram ni, takkan
tak dapat.
Quote BotakChinPeng 20-8-2013 05:41 AM
150 orang saja ?
Quote batmana 20-8-2013 11:18 AM
lee_sakura posted on 19-8-2013 08:19 AM
bagi aku diorg yg pilih nk hidup mcm tu...bg aku keje belambak kt KL nie...7E, mcd, kfc, guardian &  ...

7E, mcd, kfc, guardian mana nk amik org gelandangan..? lainla klu ade modal dari pama duit dtg dari kg ke bndar, sewa uma pstu apply keje.. psl

time aku zmn muda dulu minta keje situ, ada gak mamat gelandangan dtg minta keje, ditolaknye awl2, psl dia duk bwh jambatan..  yela, mana dorg brani nk amik, dibuatnya dia mat pit, dh la muke semacam aja..



Quote sitihawa 20-8-2013 11:27 AM
seminggu sebelum raya aku dah rakan2 melawat dan menyumbang derma bagi rumah warga2 terdampar/tua yang tidak dituntut oleh waris/anak2 mereka yg ditinggalkan di hospital kerana sakit kronik.
masa aku pergi tu hanya 25 orang lelaki. termasuk 2 kaum cina dan 1 india.



antara penghuninya adalah seorang pelakun zaman 70an, drama no 5 persiaran 1. pakcik berahim



pakcik india ni akhirnya masuk islam selpas bermimpi wanita dalam gambar belakang katil dia tu bangun dan bercakap2 denganya dan mengaji al quran



pakcik ni umur lebih 100 tahun dah




Quote Syd 20-8-2013 11:30 AM
ohhh

sem lepas kami buat program kat Anjung Singgah KL

transit tuk gelandangan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040257 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top