CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebat Lapan Kali Di Mahkamah

6-6-2014 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6094| Komen: 16

Ampang: Seorang penuntut kolej mendapat pembalasan dan pengajaran apabila disebat lapan kali menggunakan rotan halus di hadapan ahli keluarga dan orang awam di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, tahun lalu.

Ainur Asyriq Aizamuddin, 19, disebat oleh pegawai dari Penjara Kajang di hadapan Hakim Manira Mohd Nor sambil disaksikan ibu bapa remaja itu, wartawan dan orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.

Bagaimanapun hukuman sebatan ringan yang dikenakan ke atas tertuduh adalah bagi pertuduhan kedua.

Pada 14 Mei lalu, bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman perintah kehadiran wajib dalam tempoh tiga bulan, setiap hari selama empat jam ke atas tertuduh mengikut Seksyen 5(1) Akta Kehadiran Wajib 1954 dan bon jaminan bercagaran RM6,000 dengan seorang penjamin.


Sementara itu, pada prosiding hari ini, tertuduh yang bertubuh kurus kelihatan tenang ketika diperintahkan membongkok di bahagian meja hadapan galeri mahkamah untuk disebat menggunakan rotan sepanjang anggaran satu meter.


Sesekali, tertuduh mengaduh kesakitan ketika disebat.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan doktor yang hadir memeriksa tahap kesihatan pesalah muda berkenaan sebelum sebatan dijalankan.

Selepas dia disahkan sihat, proses sebatan dimulakan terhadap tertuduh.

Pada 13 Disember 2013, tertuduh mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol mangsa yang juga teman wanitanya yang ketika itu berusia 15 tahun 11 bulan masing-masing pada 29 November 2013 jam 9 pagi dan 7 Disember 2013 jam 4 petang di sebuah rumah, dekat sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bell 6-6-2014 11:48 AM
Ngesek suka sama suka tp sebab awek bawah umur...

Sakit tu tak berapa tp malu yg tu lagi sakit...
Quote ell768 6-6-2014 11:52 AM
sebat jgn x sebat...adehhh mcm2 hal...
Quote tobby 6-6-2014 12:13 PM
disebabkan tak sakit sgt lepas ni nak merogol lagi ..
Quote perang_candu 6-6-2014 12:20 PM
ini boleh menyebabkan orang ramai ketakutan dan takut untuk merogol.
Quote AbukRokok 6-6-2014 12:21 PM
sesekali mengadu sakit tu ... ala mcm kne sebat dgn cikgu skola je
Quote zamnie 6-6-2014 12:31 PM
ini baru balasan kat dunia..
Quote Eljie 9-6-2014 09:35 AM
bagus juga sebagai pengajaran
Quote AHMADVW 9-6-2014 09:52 AM
baru 8 sebatan
Quote Peterpan17 9-6-2014 10:01 AM
perang_candu posted on 6-6-2014 12:20 PM
ini boleh menyebabkan orang ramai ketakutan dan takut untuk merogol.

Elok klu disebat secara public bukan dlm mahkamah. Bg nampak muka tu. Malu dan sakit dicampur. Lepas ni setiap kali kes rogol buat camni. Barulah takut org nak merogol.
Quote zorrro_03 9-6-2014 12:39 PM
Bell posted on 6-6-2014 11:48 AM
Ngesek suka sama suka tp sebab awek bawah umur...

Sakit tu tak berapa tp malu yg tu lagi sakit...

mana tahu?  
Quote annehuda 9-6-2014 12:43 PM
sepatutnye lelaki tu kenelah bijak skit. ko dah tau pompuan tu bwh umur ko pegi mengeseks jugak ngan die ngape? kan dah kene caj rogol
Quote ejans 9-6-2014 12:47 PM
rotan halus?
kenapa x sebat pakai rotan ikan pari?
Quote Cik_Andak 9-6-2014 12:50 PM
Elok sebat sekali gf dia....
Quote batmana 10-6-2014 12:01 AM
tak adil

patut pmpn tu kene sebat sekali......
Quote imthegirl 10-6-2014 12:46 AM
Hukuman rotan untuk pertuduhan kedua.

Apa pertuduhan kedua dia ya? Untuk kejadian yang kali kedua tu ke? Last edited by imthegirl on 10-6-2014 12:48 AM

Quote kecimpret 10-6-2014 10:33 AM
ternyata hudud ini kejam



macai bin ngok


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039743 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top