CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laksana Hukuman Sebat

25-11-2013 04:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3863| Komen: 5

Description: Alor Setar - Sidang Dun Kedah Kelmarin Meluluskan Tiga Rang Undang-Undang Berkaitan Syariah Iaitu Rang Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah, Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah Dan Rang U ...


Mohd Rawi Abd Hamid


ALOR SETAR - Sidang Dun Kedah kelmarin meluluskan tiga rang undang-undang berkaitan syariah iaitu Rang Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah, Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah dan Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata ia dibentang semula untuk membuat beberapa penambahbaikan kepada undang-undang syariah sedia ada agar selari dan sama seperti hukuman yang dikuatkuasakan di negeri lain.

Belau menganggapnya sebagai satu kejayaan kerana kelulusan itu amat penting dan sudah lama dinanti-nantikan peguam syarie kerana Kedah adalah negeri terakhir membuat penambahbaikan kepada undang-undang itu.  

“Sebenarnya ia melibatkan beberapa pindaan kepada undang-undang syariah yang lama. Misalnya berkaitan hukuman sebat, kaedah pelaksanaan hukuman sebat dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, perkara itu dibangkitkan semula bagi memperbaiki undang-undang yang sudah terlalu lama digunakan di Kedah dan dipercayai terdapat banyak kelemahan dan lompang pada pelaksanaannya.

“Perkara ini kita kaji bersama pihak penggubal undang-undang negara dan mendapat pandangan dari pejabat penasihat undang-undang negeri. Banyak perkara yang perlu kita beri perhatian terutama dalam soal pemakaian dan ketidakseragaman pelaksanaan hukuman itu berbanding negeri lain,” katanya.

Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013

Sementara itu Mohd Rawi berkata, bagi perkara berkaitan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013, pihaknya membuat penambahbaikan kepada bahagian 5, prosiding dalam pendakwaan iaitu berkaitan bab 7, perihal kehakiman.

“Dalam perkara ini, Seksyen 126 dibuat penambahbaikan untuk membolehkan diadakan hukuman sebat kepada pesalah dengan bukti-bukti berkaitan, berbanding sebelumnya tidak mempunyai hukuman sebat.

"Tujuan diadakan hukuman sebat ini adalah mudah iaitu untuk memalukan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan pada masa akan datang. Hukuman itu juga ditetapkan sekurang-kurangnya enam sebatan akan diberikan kepada mereka yang didapati bersalah berdasarkan kaedah-kaedah pembuktian dan juga bidang kuasa,” katanya.

Berdasarkan rujukan pada keterangan Seksyen 126, hukuman sebat hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada hukuman pemenjaraan. Hukuman sebat itu tidaklah boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh mahkamah rayuan yang berkenaan.

Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah dari jenis yang sama dan dibuat sama ada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai kerajaan untuk diperakui bahawa dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman sebat. Jika pesalah itu sedang hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tempoh tiga bulan selepas melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Hukuman sebatan itu juga hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Sebatan itu boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah juga hendaklah memakai pakaian yang mengikut hukuman syarak. Sekiranya pesalah itu adalah lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan di berdiri dan jika pesalah itu perempuan, dalam keadaan dia duduk.

Sekiranya pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu, oleh sebab umur tua, keuzuran atau apa-apa sebab lain tidak dapat menjalani hukuman sebat pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujukkan kepada mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksanakan mengikut cara yang difikirkan munasabah.

“Secara dasarnya, hukuman sebat ini adalah tidak sama seperti kaedah pelaksanaan di mahkamah sivil. Ia mengikut hukum syarak yang dibolehkan,” katanya.

Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013

Beliau berkata, berkaitan Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah pula dibuat sedikit pindaan dan perubahan khas supaya dapat membantu pemiutang mendapatkan haknya kembali.

“Dalam perkara ini, telah dipersetujui bahawa kaedah untuk mengenakan deposit kepada si isteri untuk komit si suami selepas bercerai berhubung kegagalan tuntutan nafkah dan sebagainya adalah dihapuskan.

“Kaedah ini dibuat supaya dapat membantu dan memudahkan si isteri yang tidak bekerja ataupun tidak berkemampuan untuk menuntut hak mereka tanpa mengenakan pembayaran deposit berbanding pada pelaksanaan sebelumnya,” katanya.



4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 22-11-2013 11:37 PM
Poyo ah mamat ni bukan betul sangat
Quote zorrro_03 23-11-2013 12:52 AM
Sebat di khalayak ramai bagi kesalahan tertentu sebagai pengajaran kpd semua.
Quote AdsMsia 23-11-2013 04:50 AM
kesalahan apa ntah hukuman sebat ni ???
Quote Al-Patih 23-11-2013 05:37 AM
GhostWalking posted on 22-11-2013 11:37 PM
Poyo ah mamat ni bukan betul sangat

dia dari sini ke ....


Quote GhostWalking 23-11-2013 03:20 PM
Al-Patih posted on 23-11-2013 05:37 AM
dia dari sini ke ....

Tolak campur lebih kurang la weh,luaran je tu.belakang lain citer.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.040405 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top